Ini merupakan sebuah kisah benar. Bagaimana seorang insan yang telah hilang segalanya menemui kembali harapan untuk terus hidup dengan bantuan seekor kucing.

SEWAKTU KECIL

James Bowen dilahirkan pada Mac 1979 di daerah Surrey, UK. Zaman kanak-kanak Bowen boleh dikatakan penuh derita. Beliau bukanlah dari satu institusi keluarga yang bahagia. Kehidupan beliau ketika itu boleh dikatakan penuh penderitaan. Ibubapa beliau telah bercerai sewaktu usia beliau masih lagi muda. Disebabkan penceraian itu Bowen terpaksa mengikut ibunya berpindah dan menetap di Australia. Mereka sering berpindah randah dan tidak sempat tinggal lama di sesuatu kawasan. Disebabkan itu, Bowen tidak mempunyai begitu ramai kawan dan ini menyebabkan beliau sering menjadi mangsa buli. Beliau tidak menghabiskan persekolahan beliau dan sekadar berhenti pada tahun ke dua sekolah menengah sahaja. Pada ketika itu beliau boleh dikatakan mempunyai pelbagai masalah pembelajaran seperti  ADHD, schizophrenia dan juga masalah depresi yang amat serius.

MULA HIDUP SEBAGAI GELANDANGAN

Pada tahun 1997 beliau telah kembali semua ke England. Ketika itu beliau menumpang berteduh di rumah kakak beliau. Akan tetapi lama kelamaan hubungan mereka menjadi semakin renggang sehingga Bowen terpaksa membawa diri keluar dari rumah kakaknya itu. Beliau tidak mempunyai pilihan selain tidur di kaki lima atau di bangku taman. Maka bermulalah hidup Bowen sebagai seorang gelandangan. Kehidupan beliau ketika itu amatlah tidak terarah. Tekanan yang dihadapi oleh beliau menyebabkan beliau mula mendekati dadah. Bowen berkata dalam satu temu ramah,

“Bila kita hidup di jalanan kita cuba sedaya upaya mencari keselesaan biarpun sekelumit, dan ramai berpaling arah ke dadah bagi melupakan masalah yang dihadapi oleh mereka” – James Bowen

Beliau kekal dengan keadaan hidup yang sedemikian buat satu tempoh yang agak lama. Bowen hidup di jalanan hinggalah beliau dapat menyewa sebuah rumah melalui program perumahan untuk golongan gelandangan yang dilaksanakan oleh kerajaan UK. Rumah sewa beliau yang terletak di Tottenham, London ketika itu kecil sahaja saiznya namun itu sudah ibarat syurga bagi Bowen berbanding kaki lima yang amat sejuk di waktu malam. Pada ketika itu beliau membayar sewa rumah beliau menggunakan hasil kutipan dari bermain gitar di jalanan.

BERTEMU KUCING CEDERA

Pada satu hari berhampiran dengan stesen kereta api Bowen melihat seekor kucing berwarna oren yang sedang menjilat luka di kakinya. Luka tersebut berkemungkinan hasil dari pergaduhan diantara kucing tersebut dengan kucing jalanan lain. Pengalaman beliau yang pernah hidup di jalanan menimbulkan perasaan belas dalam dirinya. Bowen tidak boleh membiarkan kucing yang cedera itu begitu yang dilihat begitu memerlukan pertolongan dari manusia jika ingin terus hidup. Kucing tersebut diambil dan dibawa oleh Bowen untuk dirawat di klinik haiwan berhampiran. Biarpun hidup Bowen ketika itu boleh diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, beliau cuba sedaya upaya membayar kos rawatan kucing tersebut dengan hasil busking beliau yang tidak seberapa.

Dengan rawatan dari doktor haiwan dan juga preskripsi ubatan kucing tersebut akhirnya beransur pulih. Bowen yang pada awalnya menyangka kucing tersebut mungkin mempunyai tuan melepaskan semula kucing tersebut. Namun kucing tersebut seakan enggan meninggalkan Bowen. Bowen menjadi sebak ketika itu. Rata-rata ahli keluarga beliau seakan melupakan beliau dan memandang jijik keadaan beliau namun di mata kucing tersebut Bowen hanya seorang manusia yang telah menyelamatkan ia. Sejak dari itu kucing tersebut mula tinggal dengan Bowen.

Pada waktu itu Bowen merasakan sangat sukar untuk berpisah dengan kucing tersebut yang diberi nama Bob oleh Bowen. Bob mengikut Bowen ke mana saja Bowen pergi. Bob mengikuti Bowen menaiki bas untuk bekerja dan apabila Bowen bermain gitar di jalanan Bob akan duduk berhampiran dengan Bowen. Perkara itu sedikit sebanyak menarik perhatian orang awam untuk berhenti dan melihat Bob. Pendapatan Bowen mengalami peningkatan yang mendadak pada waktu itu. Bob seolah-olah satu rezeki dari tuhan yang membantu Bowen untuk terus hidup. Keuntungan yang diperolehi oleh Bowen telah membantu beliau untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.

Bob mengikuti Bowen menaiki kenderaan awam.
Bob menaiki bas bersama Bowen
Bob mengikuti Bowen berbusking
Keletah Bob sewaktu Bowen berbusking menyebabkan pendapatan mereka meningkat.
“Give me five” kata Bob

REZEKI DARI BUKU DAN FILEM

Tidak lama selepas itu gambar-gambar dan video Bob bersama Bowen sewaktu Bowen bermain gitar di jalanan mula tular di Internet. Bowen mula mengetahui perkara ini apabila beliau melihat begitu ramai telah menunggu beliau dan Bob di tempat mereka berbusking sebelum mereka mula membuat persembahan lagi. Salah satu video tersebut telah menarik perhatian seorang penerbit buku.

Penerbit tersebut menawarkan Bowen menerbitkan sebuah buku di bawah beliau mengenai kisah hidup beliau dan Bob. Bowen ingin menerima tawaran tersebut namun beliau sedikit resah kerana beliau tidak pernah menulis buku. Namun beliau menarik nafas lega apabila penerbit tersebut memberitahu mereka ada menyediakan khidmat ghostwritter bagi membantu Bowen menulis buku tersebut.

Buku tersebut yang diberi nama “Street Bob Cat: A Man And A Cat In The Street Have Hope” telah diterbitkan tidak berapa lama selepas itu. Buku tersebut mengisahkan pengalaman persahabatan diantara Bowen dan Bob sang kucing dan juga motivasi bagaimana untuk bangkit semula selepas jatuh. Ia juga mengandungi banyak kisah-kisah beransur komedi tentang pengalaman Bob dan Bowen di jalanan. Buku tersebut telah menjadi sebuah best-seller di mana rata-rata kedai yang menjual buku tersebut telah kehabisan stok buku tersebut dalam masa yang singkat!

Di dalam buku tersebut Bowen ada mengatakan bagaimana tindakan beliau menyelamatkan seekor kucing mampu mengubah hidup beliau. Persahabatan yang dihulurkan oleh Bob telah menyembuhkan hati Bowen yang hampir remuk kerana kesengsaraan hidup. Mungkin, jika seekor kucing mampu berkata-kata Bob juga akan mengatakan perkara yang sama.

Bob sewaktu sesi suai kenal pelancaran buku A Street Cat Named Bob
Bob bersama buku beliau.

Rezeki Bowen dan Bob semakin bertambah selepas itu. Populariti buku tersebut telah menyebabkan satu tawaran filem diberi kepada Bowen dan Bob untuk kisah hidup mereka berdua difilemkan. Filem tersebut yang diberi nama A Street Cat Named Bob telah ditayangkan di panggung wayang pada tahun 2016. Filem tersebut telah memenangi anugerah Best British Film di U.K. National Film Awards pada Mac 29, 2017. Walaubagaimanapun filem tersebut tidak begitu berjaya di pasaran antarabangsa dan hanya ditayangkan di panggung wayang yang terpilih di luar UK.

Poster filem A street Cat Name Bob

MASA SEKARANG

Bowen dan Bob kini terlibat secara aktif dalam pelbagai pertubuhan kebajikan bagi membendung gelandangan dan juga perlindungan haiwan. Mereka masih membuat persembahan berkala di tempat mereka sering berbusking di mana hasil kutipan dari busking terserbut didermakan pada pertubuhan kebajikan.

Berikut merupakan lagi gambar-gambar menarik mengenai Bob dan Bowen:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

Leave A Reply