Dalam dunia yang fana ini, untuk membina satu tamadun yang mantap dan tidak terkalahkan nak tak nak mesti seimbangkan antara teknologi dan peradaban. Tamadun dijanakan dengan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi manakala peradaban umumnya dijana oleh sejarah, kebudayaan, seni dan kesusasteraan selain elemen-elemen agama.

Memanglah selama ini kita terpelik-pelik mengapa negara-negara Barat yang kita dambakan kemajuan materialnya tapi pada masa yang sama amat obses dengan seninya, kebudayaan yang digambarkan dalam filem-filem waima Amerika sendiri yang hanya ada berkebudayaan koboi sekalipun mengembangkan apa jua kebudayaan yang dia ada sampai kita nampak terkagum-kagum – dari kostum topi koboinya hingga muzik blues dan country-nya.

Kita juga terpelik-pelik mengapa di sana muziumnya sampai beratur orang nak masuk. Perpustakaannya penuh dan nampak gah manakala arkibnya penuh dengan item-item dari seluruh dunia termasuk manuskrip-manuskrip kita sendiri pun ada!

Kita hairan orang-orang yang maju ini amat obses dengan aktiviti seni dan kebudayaan walaupun seni yang kita tak faham macam lukisan abstrak conteng-conteng Picasso. Mengapa kamu ini amat maju dari kami tapi kamu jaga sejarah kamu, seni kamu dan kebudayaan kamu. Mengapa? Kita pun cubalah bertanya tapi tak tau menahu malah pi mai pi mai tang tu.

Apa rahsianya? Lalu kita anggap ini adalah perkara mistik dan ghaib seperti siksa kubur dan alam jin malakut jabarut.

Kita di sini cuba menyalin kemajuan yang dibuat oleh orang-orang yang amat maju ini, namun malangnya kita hanya berusaha menyalin setengah dari rahsianya. Itu pun masih belum-belum berjaya. Kita hanya menumpukan kepada teknologi, perkilangan, industri sahaja. Kita tak nampak ada setengah lagi rahsianya dalam blueprint itu.

Namun ada yang berjaya melengkapkan blueprint itu, seperti Jepun, China dan Korea Selatan. Teknologi mereka maju, dan kebudayaan serta kesusasteraan mereka pun turut dimajukan, seiring dan bersama-sama.

Oleh kerana kesusasteraan kita di sini dijadikan sasaran polemik, dimitosdongengkan, dibodoh-bodohkan dan bakulsampahkan maka layaklah Korea Selatan yang mengangkat kesusasteraan dan kebudayaan itu dinobatkan begini. Sudahlah majujaya teknologinya, sejarahnya dijaga dan dipulihara ketat-ketat, ditambah pula kebudayaan dan kesusasteraannya gemilang dan cemerlang. Kelass giteww.

Adakah orang Korea ini makan batu dan besi, bertubuh seperti raksasa berotak besar? Mereka sama seperti kita… orang Asia makan nasi. Adakah kita ini cacat sejak lahir atau terencat akal. maka inilah alasan kita tidak mampu untuk berdaya seperti mereka?

Hanya insan berjiwa-rohkan pokok saja masih tidak nampak apa yang berlaku sebenarnya di dunia yang fana ini.

Pautan Berita Yang Berkaitan: https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2017/11/345265/bucheon-kota-sastera-unesco-pertama-asia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Leave A Reply