Blemmyes : Makhluk Tanpa Kepala & Mempunyai Wajah Di Tubuh Badan

136

Dengar tajuk pun mesti nak gelak. Jadah apa tiada kepala & wajah ada di badan? Di sini akan disuapkan fakta mengenai makhluk yang dipercayai muncul dalam waktu sekitar 2,500 tahun yang lalu.

• Seorang ahli sejarah Yunani, Herodotus mengatakan di dalam bukunya ‘The Histories’ yang ditulis pada abad ke-5 SM :

“Makhluk tanpa kepala, mempunyai dua biji mata di dada.”

• Menurut sumber & beberapa pendapat, makhluk ini menetap di sebuah tempat iaitu di barat Libya.

• Menurut Herodotus, makhluk ini suka gemar tinggal di kawasan berbukit, berhutan tebal & bersosial dengan kehidupan liar yang lain.

Herodotus juga mengatakan : “Mungkin ia bukan sebuah dongeng semata-mata.”

• Makhluk yang dinamakan Blemmyes ini boleh ditemukan di dalam sebuah buku bertajuk ‘The Geography of Starbo’.

Seorang penulis yang juga ahli geografi abad pertama, Starbo, mengatakan Blemmyes bukan merupakan suatu makhluk yang aneh melainkan mereka merupakan sekelompok suku yang menetap di dataran yang rendah. Dataran yang rendah yang dimaksudkan di sini adalah kawasan di sepanjang Sungai Nil yang mengarah ke Laut Merah.

• Pliny the Writer, seorang penulis pada zaman Rom Kuno mengatakan Blemmyes yang dimaksudkan oleh Starbo berkemungkinan menyerupai makhluk yang dimaksudkan oleh Herodotus.

• Dalam catatan ‘ Natural History’, Pliny mencatatkan :

” The Blemmyes are said to have no heads, their mouths and eyes seated in their breasts.”

• Dikatakan pengetahuan Pliny & Herodotus tentang Blemmyes hanyalah daripada sebuah khabar angin.

• Kisah Blemmyes tidak terhenti setakat itu sahaja, kerana pada zaman pertengahan, dalam sebuah karya abad ke-14 bertajuk ‘The Travels of Sir John Mandeville’ diceritakan Blemmyes sebagai :

“Suku yang busuk & diumpamakan sebagai kaum yang disumpah. Tidak mempunyai mata, malah mempunyai biji mata di bahu mereka.”

• Sir John Mandeville mengatakan makhluk ini menetap dalam sebuah tempat di Asia & bukannya di Afrika.

• Pada abad ke-16, seorang pengembara Inggeris, Sir Walter Raleigh mencatatkan catatan tentang makhluk yang menyerupai Blemmyes. Beliau mengatakan :

“Makhluk ini dipanggil Ewaupanoma, dikatakan mereka ini makhluk yang mempunyai mata di bahu & mulut yang terletak di tengah dada mereka.”

• Tidak seperti penyataan Herodotus, Phily mahupun Mandeville, Raleigh mendakwa makhluk-makhluk ini menetap di sebuah kawasan di Amerika Selatan.

• Raleigh juga mendakwa dia membuat catatan berdasarkan khabar angin bukan melihat dengan kepala mata sendiri.

Kesimpulan : Apa-apa pun khabar angin ataupun keshahihan tentang kewujudan makhluk ini, ia juga makhluk yang diciptakan Allah swt. Keberadaannya mungkin YA atau mungkin TIDAK. Wallahu’alam.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.