Biografi penuh ‘Musang Padang Pasir’. Rommel merupakan panglima p3rang Jerman yang paling sensasi dan digeruni. Dikenali dengan Desert Fox (Musang Padang Pasir), beliau terkenal dengan memimpin Afrika Korps menentang tentera British di Afrika.

Mukadimah

Dilahirkan pada 15 November 1891 di Heidenheim, selatan Jerman merupakan anak kepada pesara tentera, Lt. Erwin Rommel Sr. dan ibunya seorang suri rumah Helene von Lutz. Anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini memasuki Sekolah Pegawai Kadet di Danzig pada 1910, sebelum ditauliahkan sebagai 2nd Lieutenant pada Januari 1911.

Ketika menuntut ilmu di Sekolah Pegawai Kadet, beliau telah jatuh cinta kepada bakal isteri iaitu Lucia Maria Mollin, seorang gadis kacukkan Poland dan Itali. Mereka berdua berkahwin selepas P3rang Dunia Pertama tamat dan dikurnikan seorang anak lelaki bernama Manfred.

Rommel juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Gertrud hasil daripada hubungan beliau dengan seorang penjual buah bernama Walburga ketika beliau bertugas sebagai pegawai rekrut di Weingarten.

Era P3rang Dunia Pertama

Rommel ketika P3rang Dunia Pertama

Ketika Jerman mengisytihar p3rang terhadap pihak bersekutu pada Ogos 1914, Rommel dipostingkan ke 124th Infantry Regiment. Beliau bertempur di Perancis, Romania dan Itali.

Rommel seorang yang tangkas dan tajam pemikirannya. Pertempuran pertama beliau ialah Pertempuran Verdun. Sebagai seorang ketua platun, beliau menunjukkan bakatnya yang tersendiri apabila menawan kubu musuh ketika memimpin kumpulan tinjau. Hasilnya, beliau dianugerahkan pingan Iron Cross, kelas kedua dan kelas pertama. Beliau juga dinaikkan pangkat ke Oberleutnant (1st Lieutenant).

Pada Ogos 1917 di Itali dalam aksi di Pertempuran Caporetto, Rommel mengadaptasikan taktik infiltrasi dalam menawan tiga posisi pergunungan musuh di Itali. Kisah ini menjadi sangat terkenal di Jerman apabila Rommel menawan 9,000 tentera Itali, 150 orang pegawai dan 81 meriam. Beliau pada ketika itu memimpin anggota cuma seramai 150 orang.

Rommel menggunakan s3rangan di mana musuh tidak dapat menjangka dan menggunakan bentuk muka bumi pergunungan untuk menawan posisi musuh. Ada satu ketika, musuh menjangka yang tentera Jerman sudah bocor di belakang posisi mereka dan terus surrender kepada Rommel. Padahal, hanya Rommel dan 150 orang anggota Jerman sahaja yang berada di belakang mereka.

Pada 9 November, Rommel sekali lagi menggunakan taktik infiltrasi ini dengan membawa sebilangan kecil anggotanya untuk ‘cut-off’ posisi tentera Itali. Hasilnya seluruh 1st Italian Infantry Division seramai 10,000 orang menyerah kalah kepada Rommel.

Dengan kejayaan ini, Rommel dinaikkan pangkat kepada Hauptmann (Captain) dan dianugerahkan darjah kebesaran tertinggi ketika itu iaitu Pour le Merite.

Selepas P3rang

Apabila P3rang Dunia Pertama tamat, Rommel dipilih untuk menyambung perkhidmatan dalam angkatan tentera Jerman yang baru iaitu Reichswehr. Angkatan baru ini merupakan yang dipersetujui setelah Perjanjian Versailles dimeterai dengan hanya ada 100,000 anggota tentera sahaja.

Captain Rommel dan unitnya, 124th Infantry Regiment sibuk dengan tugas baru selepas p3rang iaitu menamatkan kekacauan Revolusi Jerman 1919-1920. Beliau dan unitnya pergi ke bandar yang dirampas puak revolusioner untuk menyuruh mereka meletak senjata. Rommel berjaya menawan bandar-bandar tersebut tanpa melepaskan sebarang tembakan. Taktik Rommel hanyalah diplomasi. Rommel dikatan merupakan seorang yang sangat relax dan tenang dalam menguruskan puak-puak revolusioner ini.

Rommel dan isterinya, Lucia (atau nama manjanya Lucie)

Pada 1929, beliau ditukarkan untuk menjadi jurulatih di Sekolah Infantri di Dresden. Beliau seterusnya dinaikkan pangkat kepada Major pada April 1932. Pada ketika ini, beliau menghasilkan satu buku teks baru apabila menjawat jawatan sebagai Ketua Jurulatih Sekolah Infantri Dresden. Buku ini dinamakan sebagai “Infantrie Greif an” atau “Taktik S3rangan Infantri”. Adolf H!tler merupakan peminat yang menyimpan buku tulisan Rommel sehingga akhir hayatnya.

Pada Oktober 1933, Rommel dinaikkan pangkat kepada Oberstleutnant (Lieutenant Colonel) dan berpindah ke unit baru iaitu 3rd Jaeger (Ranger) Regiment. Di sinilah beliau bertemu dengan H!tler untuk pertama kali apabila H!tler membuat lawatan ke unit ini pada 1934.

Selepas itu, H!tler menyedari tentang kehebatan dan kebolehan Rommel sebagai jurulatih. Rommel kemudiannya berpindah ke War Academy untuk mengajar di sana. Selepas itu, Rommel berpindah untuk menjadi jurulatih kepada skuad paramilitari parti N4zi iaitu H!tler Youth, atas permintaan H!tler sendiri.

Apabila bertengkar dengan Ketua H!tler Youth, Baldur von Schirach melibatkan skuad paramilitari H!tler Youth diletakkan dibawah pentadbiran Tentera Darat Jerman berbanding dengan dibawah Parti N4zi, Rommel dipecat dan ditukar ke Akademi P3rang Triesten di Austria sebagai Komandan pada 1938. Beliau dinaikkan pangkat ke Oberst (Colonel).

P3rang Dunia Kedua

Ketika S3rangan Keatas Poland pada 1 September 1939, Rommel dinaikkan pangkat ke Generalmajor (Major General) dan ditugaskan sebagai Ketua Skuad Pengawal Peribadi H!tler (Führerbegleitbatallion). Pada ketika ini, Rommel semakin kurang masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi isteri tercinta, Lucie Rommel.

Namun, untuk mengubat rindu, beliau sering menulis surat kepada isterinya. Surat-surat ini menjadi terkenal selepas p3rang kerana ia melibatkan pandangan dan pengalaman Rommel yang dikongsikan dalam surat tersebut.

Sebagai Ketua Skuad Pengawal Peribadi H!tler, beliau semakin senang mendapat pengaruh dan mengenali sisi jiwa Adolf H!tler. Rommel menulis kepada isterinya bahawa H!tler sangat susah difahami tetapi sangat menghorm4ti semangat beliau. Di mana sahaja H!tler pergi, di situ jua lah adanya Rommel.

Selepas Poland tumbang, beliau ditugaskan untuk mengendalikan majlis perarakan kemenangan Jerman di Warsaw. Rommel meluahkan kesedihan beliau terhadap penduduk di Warsaw. Tiada air, tiada gas, tiada makanan untuk penduduk di sana. Datuk Bandar Warsaw beranggapan bahawa kemungkinan 40,000 penduduk sudah pun m4ti akibat perkara tersebut.

Pertempuran Perancis

Rommel kemudiannya menyatakan hasrat untuk mengetuai divisyen kereta kebal panzer di Jerman, yang pada itu hanya ada sepuluh buah divisyen sahaja. Kejayaan Rommel ketika P3rang Dunia Pertama dengan menggunakan taktik kejutan dan pergerakkan membuatkan beliau ingin mencuba taktik berkenaan menerusi kereta kebal.

Sebagai panglima yang cepat naik pangkat berbanding panglima senior lain, Rommel dicemburui oleh ramai. Apabila beliau meminta untuk menjadi komander panzer division, permintaan beliau ditolak dan diberikan divisyen pergunungan (Mountain Division) sebagai ganti oleh Jabatan Arah Tentera Darat Jerman. Namun, beliau mendapat sokongan oleh H!tler dan beberapa ‘orang kampungnya’ seperti General Wilhelm List dan General Heinz Guderian.

Rommel bersama-sama tawanan p3rang British, 1940

Akhirnya, Rommel diberi mandat mengetuai 7th Panzer Division dibawah naungan XV Corps yang diketuai General Hermann Hoth. Maka semakin ramailah orang mendengki dengan Rommel kerana hubungan rapat Rommel dan H!tler.

Pada 10 Mei 1940, Jerman meny3rang Perancis dari arah Belanda dan Belgium. Rommel dan 7th Panzer Division menerjah masuk sehingga ke Sungai Meuse iaitu sungai yang menjadi sempadan Perancis-Belgium.

Ketika Pertempuran Perancis, Rommel menggunakan taktik kejutan dan pergerakkan yang digunakan ketika P3rang Dunia Pertama. Tetapi, kali ini beliau menggunakan kereta kebal. Rommel seorang yang sangat berani. Beliau mengingkar arahan pihak atasan untuk meny3rang kedudukan Perancis ketika mereka dalam keadaan yang lemah. Beliau dan panzernya memotong masuk lorong-lorong ‘tikus’ sehingga memerangkap II French Corps.

Rommel bercakap dengan seorang tawanan Perancis, 1940.

H!tler dan pihak atasan sangat risau apabila Rommel dan 7th Panzer Division selalu ‘hilang’ dan tidak dapat dihubungi kerana Rommel selalu meny3rang tanpa memberi tahu pihak atasan. Walaupun begitu, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Knight Cross of the Iron Cross.

Pada 24 Mei, komander Army Group A, Generaloberst Gerd von Rundstedt menghantar memo kepada H!tler untuk mengeluarkan arahan supaya tentera Jerman berhenti meny3rang.

Hal ini kerana taktik Blitzkrieg kereta kebal panzer Jerman sangat pantas memintas musuh sehingga tidak dapat dikejari oleh tentera infantri. Perkara ini boleh menyebabkan panzer-panzer Jerman di ‘cut-off’ oleh counter attack tentera British dan Perancis. H!tler setuju akan perkara ini.

Ramai komander-komander tentera seperti Guderian, Hoth dan Rommel mengecam arahan ini. Kerana arahan ini boleh memberikan peluang kepada musuh untuk menyusun semula tentera mereka yang sedang kucar kacir.

Dalam pada itu, Rommel tanpa segan silu melanggar arahan ini. Beliau dan 7th Panzer Division menyelinap masuk ke dalam kedudukan Perancis pada 5 Jun dan mara sejauh 100km dalam masa dua hari. Rommel yang ‘hilang’ kemudiannya menghantar telegram ke corps komandernya, General Hoth; “Kami sudah berada di pantai!”.

Rommel, bersama-sama 7th Panzer Division di Perancis, 1940

Kemudiannya, Rommel menawan Pelabuhan Dieppe dan Cherbourg di pesisir pantai Perancis di sepanjang Selat Inggeris. Disebabkan itu, 7th Panzer Divisyen pimpinan Rommel digelar “Divisyen Hantu”. Kerana musuh dan rakan tidak tahu mana pergerakkan Rommel dan tenteranya. Tahu-tahu dan berada di belakang kawasan musuh.

Selepas Pertempuran Perancis tamat, H!tler menganugerahkan Rommel pangkat Generaluetnant (Lieutenant General).

Kempen di Afrika Utara

Pada 6 Februari 1941, H!tler melantik Rommel sebagai komander Deutsches Afrika Korps (DAK) untuk menyelamatkan tentera Itali di Afrika Utara selepas teruk dihentam oleh tentera British. Di sinilah nama panggilan “Desert Fox” ataupun Musang Padang Pasir diberikan kepada beliau. Nama itu terkenal di Jerman dan British disebabkan beliau sering melakukan s3rangan-s3rangan yang mustahil di padang pasir Afrika Utara.

Rommel dan Afrika Korps diletakkan dibawah pemerintahan Gabenor-Jeneral Itali di Afrika, Italo Gariboldi. Pemerintahan Tertinggi Tentera Jerman (Oberkomando der Wehrmacht, OKW) mengarahkan Rommel berada dalam posisi pertahanan sehingga diberitahu. Rommel enggan.

Rommel di Libya

Pada 25 Mac 1941, Rommel meny3rang kedudukan British yang sedang kepenatan akibat ofensif besar pada tahun sebelumya. Tentera British pimpinan Lt. General Philipp Neame tidak menjangka bahawa Rommel akan mara ke posisinya. Menurut maklumat perisikan ULTRA, tentera Rommel tidak akan mara sehingga diberitahu sehingga bulan Mei.

Maklumat risikan ULTRA berjaya memintas mesej OKW kepada markas Afrika Korps yang mengatakan sedemikian. Namun, s3rangan Rommel ini hasil daripada mesej personal sendiri yang ditulis oleh Adolf H!tler.

Mengamuk orang-orang atasan seperti Gariboldi dan Franz Halder (Ketua Staf Angkatan Tentera) apabila mendengar Rommel sedang meny3rang. Walaupun begitu, Rommel berjaya menawan semula pekan yang dit4kluk British seperti El Aghalia dan Mersa El Braga. Kemudiannya, Rommel menawan ibukota Benghazi pada malam 3 April 1941. \

Terkontang-kanting British meninggalkan kota berkenaan. Rommel bijak memutuskan jalan berundur tentera British dengan melalui padang pasir Afrika dengan menggunakan panzer-panzernya

Oleh hal yang demikian, pemberita-pemberita British memberikan nama panggilan “Desert Fox” kepada Rommel.

Gariboldi berang dengan tindakan Rommel, menyuruh beliau untuk berpatah balik untuk berkampung di Mersa El Braga. Rommel menjawab “Peluang yang indah seperti ini seharusnya kita tidak sia-siakan. Kita mesti S3RANG”.

Satu signal khas kepada Rommel daripada General Franz Halder mengarahkan Rommel untuk berhenti meny3rang akibat bekalan minyak yang kronik. Apabila ditanya oleh Gariboldi mengenai mesej itu, Rommel yang sedar Gariboldi tidak reti berbahasa Jerman menjawab; “Mereka suruh kita s3rang, tuan.”

Gariboldi akur.

Pada 3 April, Rommel mendapat nasihat daripada pegawai lojistiknya bahawa bekalan minyak akan habis jika tidak diteruskan. Rommel mara sangat jauh daripada Tripoli sehingga Benghazi tanpa menanam “dump” minyak. Rommel mengambil keputusan dengan memunggah semua barang-barang dalam lori keluar dan mengetuai semua lori Afrika Korps untuk mengambil minyak di Tripoli pada malam itu juga.

S3rangan Rommel kemudiannya diteruskan pada 6 April dengan menolak tentera British keluar daripada bumi Libya. Pada hari tersebut, Rommel berjaya menawan 3 panglima yang merupakan pucuk pimpinan tentera British tertinggi di Libya

– Lt. General Philipp Neame, Gabenor-Jeneral Cyrenaica

– Lt. Richard O’Connor, Panglima Western Desert Force

– Brigadier John Combe, Panglima Kereta Kebal British

Dengan lumpuhnya organisasi tentera British di Libya, Rommel menyambung s3rangan mereka, mengepung Tobruk pada 8 April, dan menawan seluruh Libya pada 11 April 1941.

Rommel di Tobruk

Rommel mendapat kesukaran untuk meny3rang Tobruk. Dengan menawan kota berkenaan, Rommel boleh mengurangkan masalah lojistik mereka kerana kota berkenaan terdapat pelabuhan yang boleh membawa bekalan minyak kepadanya. Rommel meminta OKW supaya memberikan beliau lebih banyak divisyen tetapi dinafikan oleh OKW kerana mereka sedang bersiap-siap untuk meny3rang Soviet Union pada 22 Jun 1941.

Rommel cuba untuk meny3rang Tobruk pada 25 April tetapi berjaya dinafikan oleh tentera Australia yang berkampung di situ pimpinan Lt. General Leslie Morshead.

Menyedari kelemahan tentera Rommel, Panglima British di Afrika, General Archibald Wavell meny3rang kedudukan Afrika Korps pada 15 Mei 1941 tetapi gagal menyelamatkan tentera Komanwel di Tobruk.

Wavell kemudian meny3rang lagi pada 15 Jun menerusi Operation Battleaxe dengan harapan untuk melenyapkan tentera Rommel terus dari bumi Afrika. S3rangan itu gagal apabila Rommel mendapatkan kembali supply minyaknya untuk melancarkan counter-offensive.

Wavell kemudian dipecat dan digantikan oleh General Claude Auchinleck.

Pada bulan Ogos, Rommel dinaikkan pangkat ke Generaloberst (Colonel-General) dan memimpin sebuah ketumbukkan tentera baru, Panzer Army Afrika. H!tler kemudiannya menghantar pasukan tentera udara Luftwaffe pimpinan Field Marshal Albert Kesselring untuk membantu Rommel di Afrika Utara.

Sepanjang tahun 1941, Rommel bertempur dengan tentera British di Afrika Utara dalam misi menstabilkan kedudukan mereka di sana dan menawan Tobruk. Namun pada Disember 1941, tentera British pimpinan Auchinleck berjaya memecah masuk kedudukan Rommel dan menawan semula Tobruk yang dikepung sejak April lalu.

Rommel kemudiannya mula mengorak langkah. Beliau mengumpul semua lojistik dan minyak untuk melancarkan s3rangan seterusnya. Kali ini beliau nekad untuk menawan Tobruk. Beliau memperbaharui s3rangan terhadap tentera British pada 26 Mei 1942. S3rangan kali ini dibantu dengan bantuan hebat armada udara Luftwaffe dan beberapa kereta kebal versi baru iaitu Panzer IV.

Akhirnya, pada 20 Jun, Tobruk berjaya ditawan oleh Rommel. Beliau juga menawan 35,000 tentera British, pelabuhan, dan bekalan minyak yang sangat banyak di kota berkenaan. Winston Churchill menyifatkan kejatuhan Tobruk merukan yang kedua terburuk dalam sejarah British selepas Singapura.

Pada 22 Jun 1942, Adolf H!tler menganugerahkan Rommel pangkat Field Marshal menjadikan beliau komander lima bintang termuda dalam angkatan tersebut pada masa itu.

Meny3rang Mesir

Goggel yang dipakai Rommel adalah hadiah daripada seorang tawanan p3rang British manakala skaf yang dipakainya adalah dikait oleh anak perempuannya, Gertrud.

Pada 1 Julai 1942, Rommel menyeberang sempadan Mesir dan meny3rang kedudukan tentera British di El Alamein. Objektif utamanya ialah ibukota Alexandria. El Alamein merupakan pekan penting kerana ia merupakan ‘chokepoint’ untuk ke Alexandria. Mana tidaknya, di utaranya ialah laut, di selatannya pula ialah laluan padang pasir berbatu, tidak sesuai dilalui tenteranya.

Namun s3rangannya gagal dan Rommel sudah menghabiskan banyak bekalan akibat daripada s3rangan tersebut. Beliau terpaksa bertukar ke posisi pertahanan sehingga bekalan tiba dari Tobruk, 250km dari kedudukannya.

Manakala itu, tentera British dibawah pentadbiran baru pimpinan Lt. General Bernard Montgomery menyusun strategi baru. Kelebihan yang ada pada British ialah mereka sangat dekat dengan pelabuhan Alexandria maka mereka boleh membawa banyak masuk bekalan untuk s3rangan keatas Rommel.

Pada Ogos 1942, akibat daripada mengekang s3rangan bertali arus oleh tentera British, Rommel terpaksa diterbangkan ke hospital di Jerman untuk mendapatkan rawatan akibat masalah tekanan darah dan jangkitan pada hati. Beliau melantik General George Stumme sebagai komander sementara Panzer Army Afrika.

Kedudukan tentera Jerman di El Alamein, Mesir sangat kritikal. Hanya 30% sahaja bekalan yang tiba kepada Panzer Army Afrika akibat s3rangan tentera British terhadap konvoi Jerman di Laut Mediterranean.

Pada 23 Oktober 1942, menyedari masalah ini, tentera British pimpinan Montgomery melancarkan S3rangan El Alamein Kedua terhadap kedudukan tentera Jerman. S3rangan kali ini lebih koordinasi dan tersusun apabila tentera British dibekalkan dengan pelbagai bekalan dan kereta kebal baru seperti model Sherman.

Komander sementara, George Stumme pada mulanya dapat menguasai keadaan pertahanan tetapi akibat beliau terbvnuh akibat s3rangan jantung apabila tembakan artileri terkena markasnya, tentera Jerman di El Alamein semakin kucar kacir.

Rommel kemudiannya tiba semula di Afrika untuk menstabilkan keadaan pada 25 Oktober. Tetapi semuanya sudah terlambat. Montgomery sudah menusuk masuk memerangkap banyak divisyen Rommel di El Alamein. Kedudukan Rommel sudah bocor.

Rommel menelefon OKW untuk kebenaran berundur, dibalas secepat mungkin oleh H!tler sendiri. Beliau menyuruh Rommel supaya bertahan sehingga ke titisan darah terakhir. Rommel enggan dan mengarahkan pengunduran.

Pengunduruan ke Tunisia

Rommel meminum teh ketika berundur ke Tunisia, 1942

Rommel dan tenteranya berundur terus daripada Mesir sehinggalah ke Tunisia, melepaskan semua bandar-bandar utama seperti Tobruk, Benghazi dan Tripoli kepada tentera British. Hal ini mendapat kritikan pedas oleh Panglima Jerman di Selatan, Field Marshal Kesselring namun beliau terpaksa akur kerana tentera British terlalu ramai dan kuat.

Rommel mengambil keputusan untuk mengambil kedudukan di Tunisia yang lebih mudah untuk mendapat bekalan dari Itali. H!tler mengaktifkan ketumbukan baru iaitu Army Group Afrika dengan melantik Rommel sebagai panglimanya. Dibawahnya terdapat 1st Italian Army (Marshal Giovanni Messe) yang akan menjaga medan timur dan 5th Panzer Army (General Jurgen von Arnim)

Pada November 1942, tentera Amerika mendarat di Casabalanca dan Algiers di sebelah barat kedudukan Rommel. Beliau kini terpaksa berhadapan dengan dua musuh di timur (British) dan barat (Amerika).

Pada Februari 1943, Tentera Amerika dibawah General Dwight D. Eisenhower melancarkan s3rangan keatas kedudukan Rommel di pekan Kasserine dengan harapan untuk memutuskan bekalan lojistik Jerman di sana. Rommel mebalas dengan menghantar segerombolan kereta kebal baru iaitu Tiger I dan meriam Flak 88 untuk meranapkan s3rangan Eisenhower. Ini merupakan kemengan pertama dan terakhir Rommel terhadap Amerika.

Pada 9 Mac 1943, Rommel dipanggil H!tler untuk pulang ke Jerman untuk mengelakkan beliau ditawan oleh tentera British dan Amerika. Pada 13 Mei, tentera Jerman dan Itali di Tunisia menyerah kalah.

Kembali ke Eropah

H!tler dan Rommel

Pada 23 Julai 1943, Rommel dilantik sebagai panglima Army Group E di Greece untuk mengekang kemungkinan s3rangan amfibia oleh tentera British di sana. Selepas kejatuhan Mussolini pada 24 Julai, Rommel dipanggil untuk menjadi panglima Army Group B di Itali. Beliau ditugaskan untuk menyahsenjatakan tentera Itali yang belot terhadap Jerman selepas menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata selepas kejatuhan Mussolini.

H!tler kemudiannya memilih Kesselring sebagai komander tentera Jerman di Itali dan mengetepikan Rommel. Hal ini kerana Rommel tidak se-optimis dan se-aggresif Kesselring. Rommel dan Army Group B dihantar ke Perancis untuk mengendalikan pertahanan “Atlantic Wall”.

Pada ketika ini, H!tler sudah sedikit menyampah dengan p3rangai Rommel yang suka sahaja menjawab dan membuat keputusan sendiri. Perkara ini dikongsi sendiri oleh beberapa panglima-panglima yang lain seperti Panglima Keseluruhan Medan Barat, Field Marshal Gerd von Rundstedt.

Rommel tiba di Perancis pada 13 Januari 1944 dan menunjukkan rasa kekecawaannya terhadap pertahanan di sana. “Atlantik Wall adalah sampah” luah Rommel kepada isteri. Rundstedt juga memberitahu Rommel bahawa Atlantic Wall hanyalah propaganda sahaja. Ia sangat terdedah.

Oleh hal yang demikian, Rommel bertungkus lumus membina sistem pertahanan yang efektif di sepanjang pesisir pantai Perancis. Kubu-kubu dan kawad berduri dibina di sepanjang pantai di barat laut Perancis menghadap Selat Inggeris.

Rommel sedikit sebanyak berjaya mengetatkan sistem pertahanan di sana. Hanya ada dua masalah yang Rommel hadapi ketika itu.

Pertama, Rommel tidak tahu di mana tentera Berikat akan mendarat. Adakah Pas-de-Calais, tempat paling dekat untuk tentera Berikat mendarat? Adakah Normandy, tempat laut paling dalam untuk kapal-kapal lalu? Ataupun tentera Berikat takkan mendarat langsung? Itu semua menjadi perkara yang sangat menghantui Rommel.

Kedua, jika tentera Berikat mendarat, macam mana tentera Jerman ingin meny3rang balas? Rommel bercadang untuk meletakkan ketumbukkan pasukan simpanan kereta kebal iaitu Panzer Group West dekat dengan pesisir pantai supaya senang untuk counter-attack.

Namun cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh Rundstedt yang bercadang untuk meletakkan Panzer Group West di ibukota Paris supaya beliau boleh menggunakan taktik klasik Blitzkrieg Jerman. Rundstedt, yang bersengketa dengan Rommel, memanggil Rommel ‘anak rimau’ (Little Tiger) atau ‘Field Marshal Cub’. Rundstedt menegaskan Royal Navy dan US Navy akan membedil semua panzer-panzernya di pantai.

Rommel pula yang berpengalaman ketika di Tunisia mengatakan bahawa, meletakkan tentera panzer jauh di tempat pertempuran akan mengundang s3rangan daripada Royal Air Force yang menguasai ruang udara Perancis pada ketika itu. Ia akan mengucar kacirkan dan melambatkan koordinasi s3rangan panzer ke pantai.

Kemudian, datangnya H!tler memberikan solusi. H!tler mengarahkan Panzer Group West dibahagikan tiga. Separuh untuk Rommel dan separuh lagi untuk Rundstedt dan separuh lagi untuk Army Group G di selatan Perancis. Perkara ini semakin mengundang amarah mereka berdua kerana kekuatan Panzer Group West akan semakin berkurangan untuk melancarkan counter-attack jika tentera Berikat mendarat. Aduhai.

Rommel melihat sistem pertahanan Atlantic Wall, 1944
  • Day

Pada 5 Jun 1944, Rommel pulang ke Jerman untuk meraikan ulangtahun hari jadi isterinya, Lucie. Para pegawai atasan pada ketika itu juga tidak ada di barisan hadapan kerana sibuk mengadakan eksesais ‘war game’. Ramalan meteorilogi 3rd Air Fleet juga meramalkan cuaca buruk di sepanjang Selat Inggeris untuk dua minggu yang mana mustahil bagi sebarang operasi pendaratan dilakukan.

Pada keesokkan harinya, tentera Berikat mendarat di Normandy.

Rommel dipanggil untuk bergegas semula ke markas Army Group B pada jam 10 malam untuk menstabilkan situasi di sana. Tentera Berikat pula sudah bertapak kuat di seluruh Normandy.

Rundstedt dan Rommel mengarahkan counter-attack besar-besaran tetapi H!tler hanya memberi kebenaran untuk menghantar dua divisyen panzer sahaja ke Normandy. H!tler yakin bahawa Normandy merupakan s3rangan helah. Pas-de-Calais merupakan s3rangan utama tentera Berikat.

Pada 7 Jun, s3rangan balas tidak berlaku kerana 12th SS Panzer Division dan Panzer-Lehr Division masih belum tiba di Normandy akibat s3rangan hebat oleh Royal Air Force. Seluruh organisasi tentera Jerman di Perancis tumbang akibat s3rangan bertali arus terhadap sistem komunikasi tentera Jerman di Perancis.

Pada 7 Jun juga, tentera Berikat sudah kuat di Normandy. Mereka sudah mendaratkan 155,000 anggota tentera di sana. Cukup kuat untuk meny3rang seluruh posisi tentera Jerman di barat daya Perancis.

Pada 17 Jun, Rommel dan Rundstedt memujuk H!tler untuk berundur supaya mendapatkan posisi yang baik untuk counter-offensif. Rommel juga menempelak H!tler supaya lebih menerima nasihat komander-komandernya atau sesuatu yang lebih buruk terhadap Jerman berlaku. Tetapi H!tler memberi  amaran bahawa untuk mereka fokus kepada bahagian ketenteraan dan bukannya politik negara.

Pada 17 Julai, ketika Rommel pulang melawat Obergruppenfuhrer Sepp Dietrich, komander I SS Panzer Corps, Rommel dis3rang oleh sepasukan fighter Royal Air Force. Keretanya terbabas di pesisir jalan dan Rommel tercampak keluar, mencederakan mata kirinya dan menghadapi keretakan pada kepala.

Plot Membvnuh H!tler

Rundstedt dan Rommel

Apabila tentera Berikat mendarat di Normandy, jelas sekali bahawa Jerman sudahpun kalah. Ramai panglima-panglima Jerman menyatakan hasrat supaya H!tler untuk menghentikan p3rang ini dengan segera.

Ketika tentera Berikat mendarat pada 6 Jun, Rundstedt menelefon markas H!tler tetapi disambut oleh Field Marshal Wilhelm Keitel, Panglima Angkatan Tentera. Rundstedt mengarahkan Keitel kejut H!tler yang sedang tidur tetapi Keitel enggan. Rundstedt meminta kebenaran untuk menggerakkan tentera panzer tanpa pengetahuan H!tler tetapi Keitel enggan

Keitel bertanya lagi “Apa kita nak buat ni?”

Rundstedt menjawab “Buat perjanjian damai lah, bodoh!”

Rommel juga menghantar surat supaya H!tler memberhentikan p3rang pada 17 Julai 1944. Surat itu berbunyi; “Mein Fuhrer, buat perjanjian damai. Ini peluang terakhir kamu”.

Pada 20 Julai 1944, sebuah b0m meletup di Wolf’s Lair, Prussia Timur ketika H!tler dan para panglimanya sedang mengadakan mesyuarat mengenai situasi tentera Jerman di Soviet. B0m tersebut yang diletakkan oleh Colonel Claus von Stauffenberg gagal membvnuh H!tler. Selepas itu, H!tler melancarkan kempen menahan semua konspirator dan konco-konco yang cuba membvnuh H!tler. Salah seorang daripadanya ialah Rommel.

Nama Rommel telah disebut-sebut oleh beberapa orang tahanan yang diseksa seperti General Erich Hoepener dan Field Marshal Erwin von Witzleben. Rommel yang sedikit sebanyak menyokong plot menjatuhkan H!tler tetapi tidak terlibat secara langsung seperti panglima-panglima yang berkenaan.

Rommel disebut-sebut untuk menjadi Panglima Tentera Darat dan Witzleben menjadi Panglima Turus Angkatan Tentera jika plot ini berhasil

Sebelum ini juga terdapat panglima-panglima lain yang menyokong jika Rommel ingin mengadakan kudeta, mereka akan menyokong penuh kerana reputasi Rommel yang cukup terkenal di Jerman dan di luar negara. Pihak Berikat akan suka jika dapat mengadakan perjanjian damai dengan orang paling terkenal di Jerman.

Panglima Medan Barat iaitu Rundstedt juga memberikan lampu hijau jika perkara tersebut berlaku. Komander-komander SS (Schutzstaffel, pengawal peribadi H!tler) seperti Sepp Dietrich, Wilhelm Bittrich dan Paul Hausser sanggup bersumpah untuk setia dengan Rommel jika perkara itu terjadi.

Selepas p3rang, balu Rommel iaitu Lucie menegaskan Rommel tidak mungkin mahu menyokok pergerakkan resistance terhadap H!tler, lebih-lebih lagi membvnuh Fuhrer kerana ia akan menyebabkan P3rang Saudara Jerman yang dahsyat. H!tler masih lagi terkenal dan dianggap sebagai nabi dan messiah kepada Jerman.

Kem4tian Erwin Rommel

Pengebumian Field Marshal Erwin Rommel, 1944

Bukti-bukti yang diberikan sudah cukup membawa Rommel mahkamah kangaroo yang membicarakan ramai konspirator Anti-H!tler pasca Pengeb0man 20 Julai untuk membvnuh H!tler. Hoepner dan Witzleben dilayan dengan teruk sekali di mahkamah tersebut sebelum dijatuhkan hukuman gantung sampai m4ti menggunakan penyangkut daging babi.

H!tler mahukan Rommel dihukum akibat berkomplot untuk membvnuhnya. Namun, beliau tidak mahu “hero Jerman” dan panglima paling terkenal di dunia itu dibicarakan di khalayak ramai. Ini akan memporak-perandakan morale penduduk di Jerman.

Oleh itu, H!tler mahu Rommel membvnuh diri.

H!tler menghantar dua adjutannya, General Wilhelm Burgdorf dan General Ernst Maisel pada 14 Oktober 1944 untuk menjalankan tugas tersebut. Setibanya di rumah Rommel, mereka membaca pertuduhan yang dilakukan oleh Rommel dalam plot membvnuh H!tler. Selepas itu, mereka mengemukakan tiga pilihan;

  1. Menghadap H!tler di Berlin
  2. Dibicarakan di Mahkamah Kangaroo, di mana Rommel akan digantung dan seluruh keluarganya terseksa
  3. Membvnuh diri dan menerima majlis pengebumian gilang-gemilang. Beliau akan digelar hero yang ‘syahid’ ketika bertempur di Normandy. Keluarganya tidak akan disentuh.

Rommel tidak ada pilihan. Jika beliau memilih pilihan pertama, beliau akan dilenyapkan dengan senyap. Tambahan pula, sepasukan pengawal fanatik SS sudah mengepung kampung halamanya. Sama ada beliau m4ti sebelum tiba di Berlin ataupun keluarganya akan terancam.

Jika Rommel memilih pilihan kedua, Rommel keberangkalian akan memburukkan lagi keadaan dan beliau akan dianggap sebagai pembelot yang hina. Beliau amat menyayangi keluarganya dan tidak mahu H!tler mengapa-apakan mereka.

Rommel memilih untuk membvnuh diri. Beliau memberitahu isteri dan anak lelakinya Manfred mengenai hal tersebut. Selepas memeluk erat anak lelakinya dan memberi isterinya kucupan terakhir, Rommel menyarung pakaian Afrika Korps dan membawa baton Field Marshal sebelum melambai keluarganya.

Rommel menaiki kenderaan yang dipandu Sergeant Heinrich Hoose, membawa sekali Burgorf dan Maisel ke hujung kampung. Burgdorf mengarahkan Maisel dan Hoose meninggalkan mereka bersendirian.

Rommel kemudiannya menelan sebiji cyanide sambil disaksikan Burgdorf. Kemudian Burgdorf memanggil Doose dan Maisel. Kemudian, mereka membawa mayat Rommel ke hospital berdekatan untuk mendaftarkan kem4tian. Saksi-saksi menyatakan mendiang Rommel terdapat senyuman kepuasan di wajahnya. Selepas membuat topeng muka mayat Rommel, mereka pulang ke kediaman Rommel dan memberitahu isterinya, yang sayup menahan sebak.

Seperti dijanjikan, Rommel diberikan majlis pengebumian yang gilang-gemilang. Kem4tiannya telah direka akibat komplikasi kecedaraan kepala yang diterima ketika dis3rang Royal Air Force pada 17 Julai.

H!tler menghantar Field Marshal Rundstedt untuk memberikan kata-kata terakhir. Rundstedt sendiri tidak tahu yang Rommel sebenarnya telah membvnuh diri akibat perbuatan H!tler. Keluarganya diberikan duit pencen dan hidup aman sehingga p3rang tamat.

Epilog

Erwin Rommel merupakan antara panglima Jerman yang paling berkaliber dalam sejarah Jerman. Rommel dipuji oleh rakan dan lawan. Rommel seorang komander barisan hadapan. Beliau sanggup turun untuk melihat situasi semasa agar ia menjadi lebih efektif dan efisien.

Seorang anggota staf yang pernah berkhidmat dengan Rommel mengatakan “Tidak guna menyuruh Rommel berhenti, dia akan turun juga di barisan hadapan”.

Rommel seorang tentera berbangsa Swabian Jerman. Oleh hal yang demikian ramai panglima atasan yang berbangsa aristokrat Prussia seperti von Rundstedt, von Kluge, von Schweppenberg tidak menyukai keperibadian Rommel. Bagi Rommel, seorang komander perlu tahu apa yang patut dilakukan dan sepatutnya menunjukkan contoh; dengan berada di barisan hadapan.

Rommel melayan tawanan p3rang dengan baik selaras dengan Geneva Convention. Lihatlah betapa ramai yang berkunjung ke kuburnya di Ulm, Jerman. Musuhnya ketika kempen di Afrika dan Perancis datang melawatnya.

Hubungan beliau dengan H!tler yang rapat menyebabkan banyak faedah yang diperolehi oleh Rommel. H!tler amat menyayangi Rommel kerana beliau bijak, menawan dan berpengaruh.

Gaya kepimpinan Rommel sangat diminati oleh golongan bukan aristokrat seperti H!tler. Mereka juga berkongsi pengalaman yang sama apabila pernah merasai bagaimana sakitnya pep3rangan parit ketika P3rang Dunia Pertama. H!tler juga menyimpan buku tulisan Rommel sehingga ke hujung hayatnya.

Walaubagaimanapun bagi H!tler, Rommel bukanlah seorang ahli politik. Ketika memilih untuk mengisi jawatan Panglima Medan Itali, H!tler diberi nasihat agar memilih Kesselring kerana Rommel begitu naive dalam politik Itali berbanding Kesselring.

Rommel amat menyayangi keluarganya. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan amat menyayangi kakak sulungnya. Berkahwin dengan Lucie selepas P3rang Dunia Pertama dan dikurniakan seorang anak Manfred.

Ketika P3rang Dunia Pertama dan Kedua, Rommel sering menulis surat kepada isterinya Lucie, meluahkan segala kerinduannya ketika di medan p3rang. Surat-suratnya boleh didapati apabila isterinya memutuskan untuk membukukan ia pada tahun 1953.

Rommel juga mempunyai anak perempuan hasil hubungan dengan gadis bernama Walburga ketika menjadi pegawai rekrut di Weingarten pada 1912. Rommel dan Lucie pada ketika itu tidak tinggal bersama apabila tungangnya pada waktu itu sedang belajar di Danzig. Tahun berikutnya lahirnya Gertrud dan Rommel begitu gembira. Rommel memanggil Walburga “little mouse” dan berjanji untuk membina rumah untuk mereka berdua.


Keluarga Rommel. Dari kanan, Manfred, Gertrud, Rommel, Lucie, Rommel Sr. dan Helene

Namun hubungan mereka berdua berakhir apabila ibu Rommel memaksanya untuk memutuskan hubungan dengan gadis berkenaan. Ibunya berkata Walburga tidak sesuai untuk dijadikan isteri seorang pegawai.

Walaupun Lucie mengetahui perkara ini, mereka berdua masih menjaga Walburga. Ketika P3rang Dunia Pertama, Rommel menulis surat apabila beliau m4ti, semua insurans akan pergi ke Walburga dan anak perempuannya. Selepas kem4tian Walburga pada 1928, keluarga Rommel masih lagi menjaga Gerturd seperti anak sendiri.

Hubungan Rommel dengan tentera Itali agak sukar untuk diulas. Rommel memimpin tentera Jerman dan Itali sama-rata, sama-rasa. Walaupun, ramai panglima Itali kurang menggemari Rommel, tetapi sekurang-kurangnya Rommel memerintah mereka lebih baik, lebih cerdik dan lebih bagus daripada komander Jerman yang lain.

Rommel menganggap orang Itali sebagai pekerja yang sangat bagus tetapi lemah dalam bab ketenteraan. Hermann Goering pernah memfitnah Rommel dengan mengatakan Rommel berat sebelah terhadap tentera Itali tetapi disangkang hebat oleh Mussolini.

Rommel, merupakan antara panglima kontroversi. Beliau tidak pernah memasuki Parti N4zi tetapi menunjukkan minat terhadap Adolf H!tler. Beliau menyanjungi H!tler kerana berjaya membawa Jerman keluar daripada kancah kehinaan.

Topeng Kem4tian Wajah Erwin Rommel

Namun, apa yang dilakukan Rommel di penghujung hayatnya mendapat pujian pasca P3rang Dunia Kedua. Beliau sanggup menentang H!tler walaupun tahu nyawanya akan tergadai. Winston Churchill memuji dan memberi kritikan positif terhadap Rommel di parlimen pada 5 Februari 1950.

Kini, Rommel dianggap hero, lagenda dan ‘syahid’ dikalangan sesetengah pemimpin dan golongan tentera. Nama ‘Musang Padang Pasir’ ini sudah pasti termaktub di dalam sejarah sebagai “Kesatria Terakhir Jerman”.

RUJUKAN:

1. Citino, Robert (2012). “Rommel’s Afrika Korps”. HistoryNet. Retrieved 3 March 2016.

2. Erwin Rommel: The Desert Fox. Simple History. Published 14 March 2018. https://www.youtube.com/watch?v=TpsMgKwzOuE

3. Erwin Rommel – Infantry Attacks During World War 1 I WHO DID WHAT IN WW1? Published by The Great War. 29 Februari 2019.

4. Hart, Russel A. (2014). “Rommel and the 20th July Bomb Plot”. In Ian F.W. Beckett (ed.). Rommel Reconsidered. Stackpole Books.

5. Erwin Rommel: The General Who Defied Hitler. Published by Biographics. 29 Disember 2017.

6. Rommel, Erwin (1982) [1953]. Liddell Hart, B. H. (ed.). The Rommel Papers. New York: Da Capo Press.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Comments are closed.