Siapa tidak pernah menyaksikan siri Netflix, Stranger Things yang popular dalam kalangan pelanggan setia Netflix? Artikel ini akan membicarakan tentang seorang pelakon yang baru sahaja memasuki serta melakonkan watak utama pada musim ketiga.

Dialah, Maya Hawke. Maya Hawke melakonkan watak Robin Buckley dalam siri Stranger Things pada musim ketiga, rakan sekerja Steve Harrington di Scoops Ahoy. Secara tidak sengaja, dia juga terjebak di dalam perjuangan untuk melawan Demagorgan Dogs bersama-sama dengan pelakon-pelakon utama yang lain.

Hawke dilahirkan di New York. Anak kepada Ethan Hawke dan Uma Thurman yang juga merupakan pelakon terkenal. Hawke mengidap disleksia sejak dari kecil. Dia mempunyai masalah membaca dan menulis. Dia sudah banyak kali pindah sekolah untuk memastikan sekolah yang mana sesuai dengan kapasitinya.

Sehinggalah dia didiagnos disleksia dan pindah ke Saint Anne’s School, iaitu satu sekolah seni di Brooklyn yang agak lama dia berada di sana. Akhirnya juga, dia pindah ke Julliard School yang juga merupakan sekolah seni terkenal di Amerika Syarikat. Katanya, belajar di Julliard adalah lebih banyak input berbanding dengan sepanjang hidupnya.

Hawke seorang yang berjiwa besar, bercita-cita tinggi, sangat degil dan suka memasukkan tumit ke dalam mulutnya. Dia lebih mudah belajar dan meningkatkan prestiasi peribadinya di sekolah seni berbanding dengan sekolah biasa yang lebih mementingkan teori semata-mata. Sekarang, Hawke sudah menjadi model dan pelakon terkenal dan terhebat dengan jumlah hampir 3 juta pengikut di Instagram.

Dia banyak belajar menggunakan audiobook, memandangkan membaca dan menulis amatlah payah baginya. Dia teringat yang novel pertama yang dia habis baca dari kulit ke kulit ialah novel tulisan Loisa May Alcott, iaitu Little Women. Dia sangat meminati watak Jo dalam novel tersebut. Baginya, Jo telah memberi inspirasi kepadanya untuk terus membaca dan menulis meskipun ianya sangat-sangat mencabar baginya.

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ini ialah kita perlu mencari platform yang sesuai untuk kita latih diri kita untuk menjadi lebih baik. Bukan semua sesuai untuk kita kembangkan diri kita. Maka, kita yang harus carinya sendiri, demi masa depan yang lebih cerah.

Tidak mustahil seseorang yang mempunyai cabaran berbeza, misalnya mengidap disleksia untuk berjaya di masa depan! Lihatlah Maya Hawke!

Artikel kiriman Sadiq Salihoddin untuk The Patriots.

RUJUKAN:

Editor. (2019). Stranger Things. Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Stranger_Things

Editort. (2019). The untold truth of Maya Hawke. Retrieved from Nicki Swift: https://www.nickiswift.com/160385/the-untold-truth-of-maya-hawke/

Mahjouri, S. (2018, March 29). Maya Hawke On Dyslexia And ‘Little Women’ Role: ‘I Have Been Preparing For This Character My Entire Life’. Retrieved from ET Canada: https://etcanada.com/news/313861/maya-hawke-on-dyslexia-and-little-women-role-i-have-been-preparing-for-this-character-my-entire-life/

Weaver, H. (2019, Julay 9). Everything You Need To Know About Maya Hawke. Retrieved from Elle: https://www.elle.com/culture/celebrities/a28327103/who-is-maya-hawke/

Wright, T. (2018, March 29). Maya Hawke admits to having dyslexia and discusses preparing for role of a lifetime in Little Women miniseries. Retrieved from Mail Online: https://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-5559343/Maya-Hawke-admits-having-dyslexia-preparing-role-lifetime-Little-Women-miniseries.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.