Binatang Apa Yang Pelik Semacam Ni?

1,417

Pra-tempah hanya di Shopee

Meep merupakan nama yang diberikan kepada seekor haiwan yang dikenali sebagai axolotl. Oleh sebab bentuk badannya yang gempal berbanding axolotl yang lain, Meep jadi popular dalam forum-forum internet dan media sosial.

Axolotl (sebut: akselotel), secara umumnya turut dikenali sebagai “Mexican walking fish”. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa axolotl bukanlah sejenis ikan. Haiwan ini merupakan sejenis amfibia.

Oh, dekat tepi kepala tu insang ya.

Tetapi kenapa badan Meep lebih gempal berbanding axolotl yang lain? Adakah sebab Meep makan fast food banyak sangat?

Bukan..

Meep dipercayai mengalami salah satu bentuk kekerdilan (dwarfism). Kekerdilan itu menyebabkan tubuh badan Meep menjadi lebih pendek daripada normal.

Nak cerita sikit.. axolotl ni merupakan haiwan yang luar biasa, walaupun dalam kalangan amfibia.

Hal ini demikian kerana, axolotl menginjak ke usia dewasa tanpa menjalani proses metamorfosis atau pertukaran dan perubahan struktur dan tabiat semasa membesar.

Apa maksudnya?

Begini..

Contoh perbandingan paling mudah adalah katak.

Kita semua sedia maklum bahawa setelah telur katak menetas, haiwan itu memulakan hidupnya sebagai berudu kemudian bermetamorfosis untuk menjadi katak dewasa.

Jadi, axolotl macam Meep tak lalui fasa ni.

Axolotl mengekalkan sifat-sifat semasa dalam fasa larva, iaitu mempunyai insang luaran, ekor (caudal fin) dan kekal berada di dalam air walaupun setelah menjadi dewasa sepenuhnya.

Tidak seperti katak yang akan kehilangan insang luaran, ekor dan keluar dari air setelah dewasa.

Mengapa axolotl tak melalui fasa metamorfosis?

Sebabnya, axolotl tidak berupaya menghasilkan thyroid stimulating hormone (TSH).

TSH berfungsi merangsang kelenjar tiroid untuk menghasilkan dan merembeskan hormon T4 (thyroxine) yang penting untuk tumbesaran.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.