Ini merupakan salah satu daripada tapak arkeologi yang paling misteri di Russia – sebuah kompleks purba yang hampir memenuhi keseluruhan sebuah kepulauan kecil di tengah – tengah tasik yang terpencil di pergunungan Selatan Siberia. Pada pandang pertama, ia kelihatan seperti sebuah kubu purba, perimeter dindingnya yang tinggi dibina untuk menghadapi musuh.

Walaubagaimanapun, yang lain ada mengemukakan bahawa binaan yang berusia 1300 tahun ini kemungkinan merupakan istana musim panas, biara, kompleks memorial, tempat pemujaan, ataupun balai cerap astronomi. Menurut Siberian Times, setelah lebih satu abad penemuan semula, pakar masih tidak mencapai kefahaman mengenai misteri disebalik runtuhan yang sukar dirungkai ini.

Tapak arkeologi ini dikenali sebagai Por Bajin (juga dieja Por – Bazhyn), bermaksud ‘ rumah tanah liat ’. Ia bertempat di sebuah pulau di tengah – tengah Tasik Tere-Khol di Tuva, Siberia, hanya 20 batu (32 km) dari perbatasan Mongolia. Pertama kali diteroka pada 1891, tapak ini tidak diekskavasi sehingga 1957 – 1963. Walaubagaimanapun, ia tidaklah diselidik sehingga 2007 – 2008 kali pertama penyelidikan berskala besar ini dimulakan, dilaksanakan oleh Por Bajin Cultural Foundation.

Apa yang mereka temui mempersembahkan sebuah teka – teki – binaan tersebut terletak di kawasan yang sangat terpencil di penghujung Empayar Nomad Uighur, dibina dengan ciri – ciri cina, tetapi tiada petanda pemukiman kekal, dan telah ditinggalkan setelah digunakan  untuk jangka masa yang pendek.

Mengapakah ia dibina? Bagaimanakah ia digunakan? dan mengapa ia ditinggalkan? inilah antara  persoalan  yang terus mempersona dan menghampakan para pakar semenjak ia ditemui.

Kawasan dalaman Kompleks Por Bajin. Credit: Por Bajin Cultural Foundation

Dipecayai telah dibina pada 757 AD, kompleks purba ini mempunyai dinding luar yang masih berdiri pada ketinggian 40 kaki (12 meter) dan dinding dalam berukuran 3 –  5 kaki (1 – 1.5 meter), sebahagian masih dilitupi dengan plaster kapur berwarna dengan belang merah melintang. Sebuah pintu utama telah diteroka, yang terbuka kepada dua halaman yang bersambung secara berturutan oleh pintu yang lain.

Dinding yang mengelilingi kawasan seluas 7 ekar ini memiliki peninggalan 30 bangunan, tetapi dengan struktur dua bahagian yang terhubung  oleh laluan pejalan kaki yang berlapik, yang dahulunya berbumbungkan jubin dan disokong oleh 36 tiang kayu yang bertapakkan batu – bata.

Pemetaan laser kawasan ini sebelum aktiviti penggalian utama pada 2007  telah membantu pakar membina sebuah model 3D yang berkemungkinan gambaran kompleks tersebut.

Pembinaan semula Por – Bajin yang dilihat dari timur . Kredit : Por Bajin Cultural Foundation

Hanya sebilangan kecil artifak yang ditemui di tapak tersebut – jika ia telah didiami secara tetap semestinya sudah menemui lebih banyak artifak. Tiada sebarang bukti sistem pemanasan, yang membuatkan ia mustahil untuk didiami di sana, pada 2300 meter atas paras laut, dalam keadaan musim sejuk.

Antara penemuan utama termasuk tablet tanah liat tapak kaki manusia, lukisan berwarna yang pudar, serpihan – serpihan kayu yang dibakar, jubin – jubin bumbung, pisau belati besi, sebuah piala batu, satu subang perak, dan binaan paku – paku perak. Tiada satupun artifak – artifak ini menyediakan satu definisi jawapan kepada mengapa struktur tersebut dibina, dan bagaimana ia telah digunakan.

Salah satu daripada jubin – jubin yang telah ditemui di Por Bajin. Kredit: Por Bajin Cultural Foundation

Asal – Usul dan Tujuan Por Bajin

Semenjak di penghujung abad ke – 19, Por-Bajin telah terhubung dengan Emapayar Nomad Uighur Khagante (744 – 840 AD), terdiri daripada orang nomad yang bertutur bahasa Turk yang bergabung bersama pahlawan-pahlawan berkuda. Empayar ini meliputi Mongolia dan Selatan Siberia, walaubagaimanapun, lokasi Por Bajin masih terlalu jauh daripada kawasan penempatan dan jalan – jalan perdagangan.

Mengapa mereka mahu bina di lokasi yang sangat terpencil? Pernahkah ia menjadi kawasan istana atau sebuah memorial untuk seorang penguasa? Susun atur yang unik, lebih banyak hiasan daripada kubu – kubu Uighur pada ketika itu, telah membawa beberapa ahli sarjana beranggapan ia mungkin mempunyai peranan ritual.

Masih, terdapat beberapa ciri – ciri yang mengelirukan. Seni bina tersebut menggambarkan gaya bina cina yang tersendiri, sebagai bukti kepenggunaan bahan binaan cina, seperti jenis – jenis tertentu jubin bumbung, dan kepenggunaan kaedah – kaedah binaan cina. Susun atur dengan perancangan yg berpaksi , bangunan tengah yang dominan, dan kuarters kediaman yang konsisten dengan ciri – ciri yang dilihat pada biara – biara Buddha yang lainnya. Tetapi Por-Bajin tidak menunjukkan sebarang aktiviti keagamaan.

Halaman-halaman kecil (kiri) di sepanjang setiap dinding Por-Bajin mempunyai bangunan ditengahnya. Sebuah digital binaan semula (kanan) berdasarkan aktiviti penggalian menunjukkan setiap bangunan mempunyai fungsi sebagai sebuah tempat tinggal, kemungkinan untuk para sami sekiranya tapak itu merupakan sebuah biara. Kredit: Por Bajin Cultural Foundation

Mengapa Ianya Ditinggalkan?

Bukan sahaja Por Bajin mempersembahkan seuah misteri berdasarkan tujuannya, tetapi bukti arkeologi mencadsngkan ia telah ditinggalkan hanya selepas digunakan untuk jangka masa yang singkat.

Tiada bukti yang telah ditemui mencadangkan kompleks tersebut telah diserang dari tentera lawan. Perubahan politik dalam kawasan tersebut kemungkinan menawarkan satu penjelasan, walaupun tiada bukti kukuh untuk menyokong teori tersebut. Menurut Dmitriy Subetto, dari Jabatan Fizikal Geografi RGPU, kemungkinan struktur tersebut telah ditinggalkan sebelum siap sepenuhnya disebabkan para pembina kurang biasa dengan permafrost.

Hingga ke saat ini, Por Bajin masih kekal sebagai salah satu misteri di Russia.

TERJEMAHAN:

Aprilholloway. (2014, November 17). 1,300-year-old fortress-like structure on Siberian lake continues to mystify experts. Retrieved August 16, 2020, from https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/1300-year-old-fortress-structure-siberian-lake-013323


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.