Perbincangan pasal penjelajahan angkasa semakin panas sejak kebelakangan ini. Agensi kerajaan dan pihak swasta sedang memerhati Marikh dengan penuh azam. Dulu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet gigih berlumba untuk mendarat di Bulan. Selepas berjaya, Amerika Syarikat beralih ke Marikh pula.

Sampai hari ini, mereka belum sampai kerana terlalu banyak cabaran. Salah satu cabaran adalah kos yang sangat tinggi. Ikut harga sekarang, kos untuk kembali ke Bulan adalah AS$30 bilion. Tetapi kos misi ke Marikh mencecah AS$500 bilion (Taylor, 2010). Itu sekadar jangkaan.

Selalunya bab bajet, kos sebenar mesti berkali-kali ganda. Buat masa sekarang, biar angka ini menjadi gambaran.

Kos misi Marikh terlalu tinggi kerana jarak sangat jauh. Persekitaran Marikh pula tidak sama langsung untuk dibandingkan dengan Bumi. Sini orang boleh keluar rumah pakai baju macam mana pun.

Advertisements
Tidak pasti jika ini gambaran pelukis atau gambar diambil rover.

Kalau buat benda sama di Marikh, angkasawan boleh meninggal dunia dalam masa dua minit (Bouchard, 2019). Jadi saintis kena fikir macam mana untuk 1) pergi ke Marikh dan 2) hidup dalam Marikh. Kalau boleh, tiada apa boleh diangkut dari Bumi.

Pembinaan Rumah Untuk Angkasa

Sumber alam di Bumi sangat banyak. Sebutir bata boleh dibeli dengan harga mampu milik. Kos untuk mengangkut bata sama ke Marikh adalah AS$2.69 juta. Jadi saintis cuba cari alternatif.

Fikir punya fikir, Universiti Manchester menemui jalan. Tidak perlu guna sumber dari Bumi. Guna saja sumber alam di Marikh. Mereka mendigitalkan komposisi tanah di Marikh dalam bentuk data.

Kemudian data ini digunakan dalam sebuah simulasi komputer. Kira saintis guna “tanah maya” sebagai kajian.

Dengan cara ini, mereka tidak perlu mendapatkan tanah betul daripada Marikh… untuk dibazirkan dalam ujian yang barangkali sia-sia. Dengan menggunakan tanah maya, saintis cuba cari jalan untuk membuat bata pula. Dan sumber sampingan pula diperolehi daripada dαrαh manusia yang disebatikan dengan air kencing atau peluh.

Sebatian ini boleh menguatkan tanah Marikh sampai jadi lebih keras berbanding konkrit.

Sampel sebatian yang lebih kuat berbanding konkrit.

Teknologi robotik sekarang semakin maju. Jadi saintis boleh sediakan rumah untuk angkasawan Marikh tanpa menggunakan bata daripada Bumi.

Kelebihan Cara Manchester

Banyak syarikat sedang fikir cara terbaik untuk bina sebuah rumah di Marikh. Projek ini tiada jaminan jangka pendek, kerana menelan belanja sangat banyak untuk tujuan penyelidikan. Walau bagaimanapun, seandainya berjaya tentu sekali pihak terbabit akan menimba populariti luar biasa.

Syarikat AI Space Factory mencadangkan pembinaan sebuah bangunan mirip sarang lebah, iaitu secara menegak untuk keselamatan empat angkasawan jika kawasan terbabit dipυkυl ribut kuat.

AI Space juga mencadangkan guna bahan binaan yang boleh diperolehi secara semulajadi di Marikh. Bahan ini kemudian kena proses dan dicetak menggunakan mesin 3D. Tetapi bezanya, Universiti Manchester menyediakan kaedah penghasilan bata di Marikh terus.

Binalah menara atau bangunan sekalipun, senang cerita guna saja kaedah Universiti Manchester. Yang baiknya, kaedah ini menjimatkan kos sambil memenuhi kehendak misi (Roberts, et al., 2021).

Walau bagaimanapun, sebatian ini perlu dibuktikan terlebih dahulu. Penggunaan tanah maya tidak boleh dianggap sebagai hasil yang tuntas. Kerana guna tanah Marikh yang sebenar, bagi memastikan kesinambungan kaedah Manchester.

Cuma kalau angkut sebutir bata ke Marikh sudah sebegitu mahal… hantar pengangkut dengan kebolehan lancar balik ke Bumi bersama sekilogram tanah macam mana pula?

RUJUKAN:

Bouchard, A. (2019, Februari 11). Ever wonder how long you’d survive on other planets without a space suit? Lab Roots.

Roberts, A., et al. (2021). (ditapiskan), sweat and tears: extraterrestrial regolith biocomposites with in vivo binders. Materials Today Bio.

Taylor, F. (2010). The Scientific Exploration of Mars. Cambridge University Press. Halaman 306.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.