Trump baru saja membatalkan perjumpaan rahsia dengan Taliban di Camp David untuk membincangkan “deal” menarik keluar askar US dari Afghanistan.

Ramai mungkin tak sedar bahawa Perang US di Afghanistan sebenarnya masih belum tamat, walaupun dah 18 tahun berlalu. Itu menjadikan Perang Afghanistan sebagai “the longest war” dalam sejarah US, mengatasi rekod Perang Vietnam (1965-1973).

Beberapa hari yang lepas, ada ura-ura Trump dan Taliban dah capai “deal” untuk menamatkan perang dengan menarik keluar askar US secara berfasa, mengurangkan jumlah askar US di Afghanistan dari 14,000 kepada 8,500. Tapi Taliban tak puas hati dengan terma dan syarat deal tersebut. Taliban nak semua askar US keluar, dan juga kuasa dalam kerajaan Afghanistan. Bila semua tu tak ditunaikan, maka Taliban melancarkan serangan letupan sini sana sebagai tanda protes.

Jadi Trump rasa tak guna nak meneruskan perundingan, lebih baik cancel buat sementara waktu. Dan gaya perundingan Trump pun memang macam tu, suka cancel perundingan separuh jalan untuk menampakkan diri “in control”. Kata Trump dalam buku “The Art of the Deal”: “the worst thing you can possibly do in a deal is seem desperate. That makes the other guy smell blood, and then you’re dead”.

Warga Twitter US terkejut dengan pengumuman tersebut. Macam mana US boleh berunding dengan Taliban, yang mereka anggap sebagai dalang 11 September? Jadi mereka pun duk serang Trump dekat Twitter, lagi-lagi nak dekat dengan ulang tahun peristiwa 11 September tersebut. Warga Twitter tak kira orang US ke orang Malaysia, perangai sama je, cara pemikiran superficial.

Tapi kalau orang kita pun rasa jam. Bukan ke US dan Trump ni “benci umat Islam”? Apasal pulak dia nak berunding dengan Taliban yang dilihat sebagai “pejuang Islam” oleh sesetengah pihak? Dan kenapa Taliban yang “pejuang Islam” pun sanggup berunding dengan US si “dajjal”? Maka datanglah segala teori konspirasi yang kata Taliban pun sebenarnya wayang Yahudi.

Itu yang kita salah faham dari awal lagi. Perang Afghanistan tak ada kaitan dengan agama, Islamophobia, “Islam vs. the West”. Ia adalah purely geopolitical game yang melibatkan pelaku dalaman, pelaku serantau dan kuasa besar.

Selepas pakatan China-Rusia-Asia Tengah (Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan) atau Shanghai Cooperation Organization ditubuhkan pada Jun 2001, US memerlukan satu tapak yang dekat untuk tujuan pengimbangan kuasa. 11 September memberikan alasan kepada US untuk merealisasikan langkah tersebut. Dan sebagai bonus, Afghanistan juga bersebelahan dengan Iran (yang juga merupakan rakan China dan Rusia).

Afghanistan pula ada perang saudara antara Taliban dan Northern Alliance. Taliban ni mewakili kaum Pashtun di selatan yang majoriti, manakala Northern Alliance merupakan pakatan kaum Tajik dan Uzbek di utara. Apabila US menggulingkan Taliban, ia mendirikan kerajaan pro-US yang dipenuhi oleh golongan Tajik-Uzbek, walaupun presiden masih seorang Pashtun (Hamid Karzai, kemudian Ashraf Ghani).

Dan bila berlaku keadaan kerajaan yang didominasi oleh kaum minoriti, maka Taliban dapat mempergunakan sentimen tersebut untuk bangkit semula sekitar tahun 2004. Lebih kurang macam keadaan Iraq, dominasi Syiah-Kurd dalam kerajaan pasca-Saddam membolehkan kebangkitan ISIS yang klaim mewakili Sunni. Dan selepas kematian Mullah Omar (yang rapat dengan Osama bin Laden) pada tahun 2013, Taliban dah tak berapa kamcing dengan Al-Qaeda dan makin dilihat sebagai pejuang nasionalis Pashtun.

Geografi Afghanistan yang unik menjamin ketahanan Taliban. Walaupun US dan kerajaan pro-US menguasai Kabul, tapi kawasan Afghanistan yang lain yang bergunung-ganang memudahkan Taliban untuk beroperasi dalam gua dan dalam celah pergunungan. Jadi US basically tak ada harapan nak “menang” secara total, makin drag, makin ramai nyawa askar US yang terkorban dan menelan perbelanjaan dan aset ketenteraan US.

Jadi langkah yang bijak adalah berundur tapi buat deal dengan Taliban. Taliban berjanji untuk tidak lagi terlibat dengan kegiatan keganasan, tak akan membuat pakatan dengan ISIS. Sebagai balasan, US akan menarik keluar tenteranya, dan Taliban berharap US akan endorse mereka sebagai pemain politik yang sah di Afghanistan.

Bagaimana US nak kawal Taliban? Melalui Pakistan. Pashtun pun merupakan salah satu kaum utama di Pakistan. PM Pakistan sekarang, Imran Khan ialah seorang Pashtun. Malala yang femes tu pun seorang Pashtun. Dan sebab linkage Pashtun ni lah Pakistan selama ini menyokong Taliban secara diam-diam, untuk memperluaskan pengaruh Pakistan di Afghanistan. Sebab tu sebelum deal dengan Taliban, Trump jumpa Imran Khan, dan Trump pun harap langkah US dalam isu Taliban akan memenangi hati Pakistan, supaya Pakistan jangan asyik condong ke China sangat.

Tapi kerajaan di Kabul menganggap deal tersebut sebagai satu pengkhianatan yang menggadaikan kepentingan Tajik-Uzbek yang selama ni menjadi sekutu US. Tapi demi menjaga kepentingannya, US boleh je nak ngam dengan Taliban yang merupakan musuh suatu ketika dahulu. Macam dulu zaman Perang Vietnam pun, orang Vietnam Selatan ikut US mati-mati lawan Vietnam Utara dan Viet Cong yang komunis, last-last US yang pergi berunding dengan komunis untuk menamatkan Perang Vietnam.

Begitulah hakikat politik antarabangsa. Ia lebih rumit dari gambaran simplistik kita, tapi pada masa yang sama, setiap kejadian didorong oleh prinsip yang berulang-ulang dalam sejarah: “no permanent friends, no permanent enemies, only permanent interest”.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.