Sebuah perkahwinan yang diikat dengan cinta, aturan keluarga atau paksaan masyarakat tidak semestinya berakhir dengan kem4tian pasangan. Hubungan luar nikah merupakan dugaan paling besar buat seseorang, untuk mengetahui bahawa pasangan kesayangan mereka telah curang.

Menurut Kajian Sosial Umum (GSS) dibuat Universiti Chicago, hubungan luar nikah diakui 12% peserta lelaki dan 7% peserta perempuan. Bermakna dalam 100 orang ditanya bagi setiap jantina, 12 lelaki dan 7 perempuan pernah tidak setia terhadap pasangan hidup mereka.

Dapatan daripada Universiti Washington pula lebih inklusif. Populasi <35 dan >60 tahun paling cenderung untuk curang, berdasarkan penyelidikan melibatkan 19,065 orang. Bayangkanlah 20%-28% lelaki mengakui pernah menidvri orang lain. 5%-15% pula ialah peratusan daripada para isteri. Itu belum lagi dibicarakan tentang anak yang bukan milik pasangan mereka, tetapi dibuat diam sahaja… sampai sekarang pun.

Ng3ri. K3ji. D4hsy4t.

Banyak kata sifat boleh dilemparkan untuk menyuarakan keg3r4man. Namun kadangkala perceraian tidak berlaku sebab pasangan tidak setia semata-mata. Kecurangan boleh juga menjadi timbal balas daripada hubungan tidak sihat (Vinopal, 2018). Perg4dvhan dan hubungan s3ks yang semakin berkurangan selalu menyebabkan suatu kecurangan, sekaligus kearah perceraian. Namun tidak boleh dinafikan bahawa curang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Lima lelaki yang ditemubual selepas berlaku curang mengalami hidup yang tidak tenang. “Saya berasa lebih celaru” merupakan perkongsian biasa atas rasa kecewa atas ketel4njvran diri. Perkongsian tersebut datang daripada lelaki yang menidvri rakan sekerja yang teman tetapi mesra (Pelley, 2018). Ada lelaki yang curang selepas isterinya didapati mempunyai teman lelaki pun. Ada “berasa diri macam n4jis” selepas curang terhadap isteri yang setia selama 20 tahun (Francis, 2019).

Pengaruh p0rn0grafi turut memberikan impak negatif terhadap pasangan berkahwin. Ini juga antara sebab utama kenapa aurat (atau modesty) diperjuangkan sebagai adab dan moral. Apabila seseorang dipengaruhi sedemikian, pelbagai persoalan akan digunakan untuk mempertikaikan seperti saiz dan style yang mematikan cinta dan kepercayaan (Gorbein, 2019).

Walaubagaimanapun, jangan terkejut jika diberitahu bahawa betapa ramainya orang yang enggan bercerai walaupun pasangan telah curang. Ribut duka, am4rah dan kecelaruan akan memb4dai mangsa keadaan sebegini yang terpaksa tunduk rayu sambil menelan kepahitan kelakuan sebegitu. Selalunya dalam situasi begini, kaunseling sememangnya jalan terbaik untuk menjodohkan semula jambatan yang rvntvh.

Selalunya orang yang curang akan dikecam rapat sehingga punca tidak dapat dikaji secara saintifik. Memandangkan topik ini lebih kepada ilmiah, berbanding sensasi, sebab-sebab bercurangan perlu diulaskan juga berdasarkan dapatan daripada seorang pakar psikiatri bernama Dr. Justin Lehmiller (Lehmiller, 2018).

  1. Marah – perasaan ini juga termasuk dengan keinginan untuk memb4l4s d3nd4m terhadap pasangan yang telah curang (ataupun disyaki telah curang). Jangan pelik – ada anai-anai sentiasa membisik di telinga isteri yang kecelaruan dengan prasangka buruk bahawa suami telah curang.
  2. Keinginan sy4w4tn4fsu sememangnya boleh mendorong seseorang ke lembah sebegini. Kadangkala posisi s3ks pun boleh menyebabkan sedemikian (mungkin posisi tersebut tidak disetujui kedua-dua pasangan). Kadang mungkin pasangan menyukai orang sejantina (ini serius).
  3. Tiada lagi perasaan cinta. Apabila gvgvrnya rasa sayang kepada pasangan, semua orang akan mula nampak tampan atau cantik. Kebosanan dan ketiadaan spark ialah cetusan yang sentiasa berlaku – maka seharusnya berjaga-jaga.
  4. Terabai. Kebun yang kosong pun boleh dicita orang, apatah lagi manusia.
  5. Tiada lagi komitmen. Kerjasama dan komunikasi memang penting dalam perkahwinan. Kalau salah satu tiada, berkemungkinan besar pasangan boleh dapatkan tarikan daripada orang lain.
  6. Faktor situasi. M4buk, kawan rapat dan dorongan naluri kadangkala boleh menjadi punca utama yang membuka laluan z1na.
  7. Diri sendiri. Perkara ini agak rumit juga. Memandangkan perkahwinan mendesak peraturan, pasangan mungkin melihatnya sebagai liabiliti. Kebebasan yang diimpikan selalu disalahgunakan, terutamanya dengan hal ehwal perkahwinan.
  8. Kepelbagaian. Minat seseorang selalu berubah-ubah. N4fsu pun boleh memainkan peranan.

Jadi senang kata curang dan cerai pada hari ini telah disebut senantiasa.  Sebenarnya kegiatan ini tidak menjadi kebiasaan angkara kedatangan zaman lebih moden. Memang media sosial memainkan peranan – tetapi hakikatnya, media sosial juga mudah menguar-uarkan cerita. Jadi yang mana suatu masa dahulu pengetahuan terhad pada kejiranan sekeliling (dan media akhbar), kali ini pekung seseorang mudah terbuka dengan hanya suatu klik yang kadangkala fitnah pun.

Ada juga kisah yang disensasikan walaupun tidak benar pun, diperbesarkan dan dikilas daripada landasan kebenaran untuk berlaku dusta demi menjatuhkan maruah seseorang. Jika mangsa fitnah tersebut tidak disukai, lagi mudahlah cerita tersebar – puas dikutuk atas kononnya dasar agama dan moral, walhal umpat-mengumpat pun suatu dosa besar (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

RUJUKAN:

Francis, L. (2019, December 10). 5 Men On What They Felt After Cheating on Their Wives. Fatherly. Retrieved from https://www.fatherly.com/love-money/feelings-affairs-infidelity-5-dads/

Gornbein, H. (2019, August 21). 14 Most Common Causes of Infidelity in a Marriage. Divorce Magazine. Retrieved from https://www.divorcemag.com/blog/most-common-causes-of-infidelity-in-a-marriage

Lehmiller, J. (2018, February 16). These Are the 8 Main Reasons People Cheat. Lehmiller. Retrieved from https://www.lehmiller.com/blog/2018/2/16/these-are-the-8-main-reasons-people-cheat

Pelley, V. (2018, May 4). When Complaining About Your Spouse Crosses the Line. Fatherly. Retrieved from https://www.fatherly.com/love-money/when-complaining-about-your-spouse-crosses-the-line/

Vinopal, L (2018, October 9). Stop Blaming Your Divorce on Infidelity. Fatherly. Retrieved from https://www.fatherly.com/health-science/cheating-does-not-cause-divorce/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.