Tatkala kita enak menikmati sajian nasi kandar atau bermain dam aji di kedai kopi, tular di laman media sosial usaha yang dibuat oleh negara Korea Selatan dalam memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu. Perkongsian ini dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Zakaria Azizi semalam. Anda boleh melihat tangkap skrin hantaran saudara Zakaria di bawah:

Rajah 1: Kredit: https://lobakmerah.com/bahasa-melayu-diangkat-martabat-di-bumi-korea-netizen-bangga-lihat-papan-tanda-di-korea-guna-bahasa-

Status hantaran ini sebelumnya dibuat oleh seorang lagi pengguna Facebook bernama Ummu Mu’az Yaie sebelum ia tular di laman media sosial. Menurut Zakaria, kerajaan Korea Selatan berbuat demikian kerana kebanjiran pelancong yang datang dari rantau Nusantara termasuk Malaysia. Justeru dengan meletakkan Bahasa Melayu pada papan tanda mereka, ia memudahkan pelancong yang menggunakan perkhidmatan awam dan mencari kawasan tumpuan pelancong.

Selain Bahasa Melayu, panda tanda ini turut memasukkan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Jepun dan Mandarin. Antara lokasi dan jalan yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu seperti, perhentian bas ulang alik Namsan tempat perhentian Namsam, teater Myeong-dong, Masjid Besar Seoul dan jalan perabot antik Itaewon.

Perkongsian Zakaria menarik perhatian warga maya yang memuji kesungguhan Korea Selatan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara mereka. “Pada saya ini petanda Korea agak yakin dengan bahasa dan budaya mereka dan tidak was-was menggunakan bahasa asing bagi tujuan praktikal,” tulis Robert Lip. Manakala Jo As memuji inisiatif Seoul sambil mengeluh Bahasa Melayu dilihat lebih dihargai orang asing berbanding warga Malaysia.

Manakala Amar berpendapat, pelaksanaan tulisan Bahasa Melayu di beberapa lokasi tumpuan pelancongan di Korea Selatan dilihat bukan sebagai ancaman sebaliknya tarikan. Kata Chom, “Sebab orang Malaysia ramai datang ke Seoul Korea, itu banyak terpampang ayat-ayat bahasa Melayu di Korea… Orang Malaysia paling ramai datang untuk lawatan.” JD Belfort 2 menambah, “Tahun lepas kalau pergi perkampungan Bukchon Hanok, ada pemandu pelancong boleh tutur dalam Bahasa Melayu dah tunjukkan Korea amat hargai pelancong dari Nusantara.”

Rajah 2: Komentar warga maya berkenaan inisiatif papan tanda Korea Selatan dalam Bahasa Melayu. Kredit: https://lobakmerah.com/bahasa-melayu-diangkat-martabat-di-bumi-korea-netizen-bangga-lihat-papan-tanda-di-korea-guna-bahasa-malaysia/

RUJUKAN:

  1. Ismail, Syaida. (2020). “Bahasa Melayu diangkat martabat di bumi Korea. – Netizen Bangga Lihat Papan Tanda di Korea Guna Bahasa Malaysia. https://lobakmerah.com/bahasa-melayu-diangkat-martabat-di-bumi-korea-netizen-bangga-lihat-papan-tanda-di-korea-guna-bahasa-malaysia/
  2. Abdul Lajis, Syairah. (2020). ‘Bahasa Melayu dimartabat di bumi Korea’. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/66739/BERITA/Viral/Bahasa-Melayu-dimartabat-di-bumi-Korea

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.