Ramai terkejut dengan tindakan Jokowi melantik Prabowo sebagai Menteri Pertahanan. Yang dulu berkempen habis-habisan untuk Prabowo kata nak tumbangkan Jokowi demi agama… sekarang jadi krik krik.

Tajuk berita Kompas ni lagi kejam habis. Sekali lagi, ingat, dalam politik tiada kawan atau musuh yang kekal. Teman hari ini boleh jadi musuh esok hari, dan sebaliknya. Yang kekal hanya kepentingan dan kuasa.

Tapi sisi positifnya, ini adalah contoh “post-election reconciliation”, yang sebenarnya bagus untuk membina semula negara yang “divided” teruk akibat kempen politik yang toksik. Keputusan Pemilu yang lepas memang merisaukan: Jawa undi Jokowi, Sunda undi Prabowo; Islam undi Prabowo, bukan Islam undi Jokowi; Dayak undi Jokowi, Banjar undi Prabowo. Terlampau polarised, seolah-olah Indonesia dibahagi dua.

Di kalangan supporter base Prabowo juga terdapat golongan tentera dan veteran yang crucial kepada keselamatan negara, jadi langkah sebegini memang boleh menstabilkan keadaan, lagi-lagi sejak keputusan Pemilu keluar, Indonesia dah dilanda 3 rusuhan besar (rusuhan bantah keputusan Pemilu, rusuhan Papua dan rusuhan RKUHP).

Tapi di samping orang gelak-gelak, kes ini sebenarnya menunjukkan keunikan sistem republik berpresiden (presidential republic). Kalau kat negara kita atau Singapura, benda macam ni tak boleh berlaku sebab barisan kabinet kena terdiri daripada ahli parlimen parti/gabungan majoriti.

Sebab kita dan Singapura mengamalkan sistem Westminster yang berasal dari UK. Cabang legislatif (parlimen) dan eksekutif (PM dan menteri) ada link. Republik berpresiden seperti Indonesia dan US tak perlu. Legislatif dan eksekutif terpisah. Katakan Jokowi dari parti PDI-P menang presiden, tapi Gerindra yang menang majoriti Dewan Perwakilan Rakyat, tak ada hal, negara tetap boleh berfungsi. Macam US sekarang Presiden Trump seorang Republican, tapi majoriti di House of Representatives ialah Democrat.

Dan presiden ada kuasa untuk melantik siapa-siapa jadi menteri. Dalam sistem Westminster, kena dari kalangan ahli parlimen, dan pembangkang tak boleh nak jadi menteri melainkan parti dia masuk gabungan parti pemerintah, atau dia tukar parti. Dalam sistem republik berpresiden, kalau jadi menteri, tak leh jadi ahli parlimen.

Kat Asia Timur hanya Indonesia, Filipina dan Korea Selatan je yang mengamalkan sistem republik berpresiden. Eh, bukan Singapura pun presiden ke? Tu lain, walaupun nama presiden, peranannya sama dengan Queen UK dan YDPA Malaysia. Macam di India dan Pakistan juga.

Kelebihan sistem republik berpresiden ni ialah dia mengurangkan keperluan untuk “politicking”. Macam apa yang Jokowi buat sekarang, ajak seteru jadi sebahagian daripada sistem, daripada biarkan dia hari-hari fikir merebut kuasa. Macam dulu Obama lantik Hillary Clinton jadi Secretary of State, walaupun Hillary serang dia macam-macam dulu. Sebab tak nak buat Hillary rasa terasing dan menghakis perpaduan Parti Democrat.

Dan disebabkan menteri tak perlu dilantik dari kalangan ahli parlimen, jadi boleh dilantik dari kalangan pakar atau “teknokrat”. Macam Mari Elka Pangestu dulu, tak ada apa-apa latar belakang politik, hanya seorang profesor ekonomi. Tapi atas kepakaran dan kelayakannya dilantik sebagai Menteri Perdagangan, dan memang sangat sesuai dengan beliau. Obama dulu lantik Steven Chu, saintis pemenang Nobel jadi Menteri Tenaga. Tapi boleh jadi tak masuk akal juga, macam Trump lantik Rex Tillerson jadi Secretary of State, tak tau sihir apa itu.

Tapi kekurangan republik berpresiden ni ialah presiden terlalu berkuasa, mudah membawa kepada pemerintahan diktator. Jadi apabila Erdogan tukar sistem presiden-PM Turki ke sistem republik berpresiden, ramai kritik beliau nak jadi diktator. Dan kebanyakan negara Amerika Latin yang mengamalkan sistem republik berpresiden pun pernah terjebak dengan pemerintahan diktator.

Apa-apa pun, ada kebijaksanaan di sebalik langkah Jokowi. Tumpang gembira dengan Indonesia, so on track one, macam ada fortuna.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.