Bila Jerung Kantoikan P*mb*nuh

4,464

Pada tahun 1935, seorang nelayan bernama Bert Hobson sedang menangkap ikan menggunakan jala di sebuah pantai bernama Coogee Beach yang terletak di Sydney, Australia. Ikan jerung spesis tiger shark ini tersangkut di jala dan Hobson bersama anaknya membawanya ke sebuah tempat bernama Coogee Aquarium and Swimming Baths (gambar di atas).

Tempat itu dipunyai oleh abang kepada Hobson, dan dia menerima ikan sepanjang 5 meter itu untuk dijadikan antara haiwan yang dipamerkan di situ untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung di sana. Ikan tersebut menjadi lemah dan gelisah semasa dalam kurungan, dan akhirnya ikan tersebut mem*nt*hkan isi p*r*tnya yang mengandungi burung, tikus, beberapa bendalir dan yang paling mengejutkan adalah t*ng*n m*nusia yang mulai timbul di permukaan air.

Mereka segera menghubungi polis, dan seorang koroner yang memeriksa tangan tersebut (gambar di atas) membuat kesimpulan bahawa tangan yang p*t*s itu bukanlah akibat dig*git oleh jerung berkenaan, sebaliknya, garisan lurus dan kemas bahagian tersebut menunjukkan ia dip*t*ng oleh pisau. Gambar tangan tersebut yang mempunyai tatu bergambar manusia yang memakai sarung tangan tinju disebarkan menerusi suratkhabar tempatan bernama Sydney’s Truth.

Dengan mudah mereka berjaya mengetahui identiti si pemilik tangan itu, yang bernama James Smith (gambar di atas), iaitu seorang peninju amatur dan penj*n*y*h kecil-kecilan. Dia dilaporkan hilang beberapa minggu yang lalu. Mengikut pada temubual dan penyiasatan daripada saksi, mereka kali terakhir melihatnya di sebuah hotel bersama rakannya, Patrick Brady (Brady) yang juga merupakan seorang penjen*nyah yang banyak terlibat dengan j*n*yah pemalsuan dokumen dan insurace fraud.

Setelah penyiasatan diteruskan, tuan rumah mendapati bahawa rumah yang disewa oleh Brady kini kosong. Dia juga mendapati tilam dan cadar di dalam kediaman terbabit telah ditukar, dan dinding rumah tersebut beserta dengan sebuah perahu yang berada di rumah sewa itu telah dicuci dan dibersihkan. Salah seorang saksi yang merupakan pemandu teksi telah menghantar Brady yang kelihatan pucat dan takut ke sebuah rumah milik Reginald Lloyd Holmes (gambar di atas).

Holmes merupakan seorang ahli bina badan dan ahli perniagaan yang terkenal. Walau bagaimanapun, dia sendiri juga sebenarnya terlibat dalam pelbagai j*n*yah seperti penyeludupan dadah, rokok dan pelbagai brang-barang yang tidak dibenarkan masuk ke Australia. Smith dan Brady merupakan ‘pekerjanya’, dan pernah terlibat dalam satu perancangan insurance fraud di mana Holmes mengarahkan kedua-dua mereka untuk membakar bot miliknya supaya dia mendapat wang daripada syarikat insurans.

Semasa ditahan, Brady (gambar di atas) menghadapi tuduhan menyebabkan kem4t1an, manakala Holmes yang mengaku tidak mengenali Brady dan Smith dilepaskan. Tetapi, akibat kegelisahan dan bimbang maruahnya jatuh dengan teruk, pada satu malam, Holmes membawa keluar bot miliknya, dan m*nemb*k kepalanya sendiri, menyebabkan dia jatuh ke dalam air.

Orang ramai menyelamatkannya, dan percubaan mengakhirkan nyawanya sendiri itu gagal apabila peluru yang mempunyai kaliber kecil itu tidak menembusi kepalanya. Disebabkan ada orang ramai yang melaporkan kejadian ini, Holmes segera memanjat kembali ke dalam botnya, dan pihak polis mengejarnya melepasi pelabuhan Sydney, di mana dia akhirnya menyerah diri dan membenarkan pihak polis membawanya ke hospital.

Setelah dia sihat, Holmes akhirnya menceritakan kejadian tersebut kepada pihak polis. Mengikutnya, Brady menyebabkan kem4t14n Smith di dalam rumah yang disewanya itu. Dia kemudiannya mem*tong badan Smith dan menanamnya kesemuanya di dalam laut kecuali bahagian tangannya, yang digunakan untuk mengugut Holmes dengan menyatakan bahawa perkara sebegini akan berlaku sekiranya dia tidak membayar wang atau mencari masalah dengannya.

Setelah itu, Brady mengikat tangan tersebut kepada sebiji batu, dan menenggelamkannya di dalam laut. Tangan tersebutlah yang dibaham dan dimakan oleh tiger shark berkenaan. Holmes juga menyatakan akibat terlalu takut dan tertekan dengan ugutan Brady, dia mengambil keputusan untuk memb¢¥uh diri (gagal). Holmes sudahpun bersedia untuk memberi keterangannya di dalam mahkamah, namun, pada malam sebelum dia menghadirkan diri untuk memberi keterangan, dia ditemui m4t1 dengan kesan t3mb4kan di kepalanya.

Laporan autopsi yang dilakukan menyimpulkan bahawa Holmes M4t1 akibat membunuh diri. Dia dikatakan melakukan perkara sedemikian pada asalnya untuk mendapatkan insurans nyawa bagi dirinya yang hendak diberikan kepada keluarganya, malangnya, asyarikat insurans tidak melindungi dan memberi wang kepada mana-mana individu yang M4t1 dengan cara berkenaan.

Kes Brady juga tidak dapat diselesaikan memandangkan saksi utamanya sudah pun tiada. Peguambela Brady mengatakan bahawa hanya tangan milik Smith yang dijumpai itu tidak bereti Smith sudahpun M4t1. Mungkin Smith masih lagi hidup dan berada di tempat lain. Jadi, penemuan tangan sahaja tidak bermakna Brady membuat kesalahan homic1d3. Malangnya, hakim bersetuju dan membebaskan Brady. Brady walau bagaimanapun ditahan atas kesalahannya yang melibatkan pemalsuan dokumen, dan dia masih lagi tidak mengaku dia menyebabkan kem4t14n Smith sampailah dia meninggal dunia pada tahun 1965.

Apa pendapat anda mengenai kes-kes sebegini? Pada pendapat saya, sememangnya undang-undang ciptaan manusia ini banyak kelemahannya dan apabila anda mempunyai seorang peguam yang bagus, ada kemungkinan anda akan terlepas daripada menerima hukuman yang sepatutnya anda terima atas kesalahan yang anda lakukan. Juga, sepandai-pandai tupai melomnpat, akhirnya jatuh ke tanah jua, tetapi tidak bagi brady. Sepandai-pandai Brady menyembunyikan badan Smith, akhirnya ikan jerung jugalah yang meng’kantoi’kan dia.

Kita perlu belajar mengenai kes-kes sebegini, yang adakalanya sudah terang lagi bersuluh siapa pesalahnya, namun, rundingan dan hujahan yang diberikan adakalanya menyebabkan seseorang itu terlepas. Sebagai manusia, kita tidak lari dengan menghadapi dan menguruskan kerenah sesama manusia yang lain, tambahan jika mereka mempunyai agenda masing-masing. Lihatlah satu kes yang berlaku di sebuah negara di Asia Tenggara ini, si pesalah terbebas dan akhirnya kes tamat begitu sahaja tanpa pembelaan yang adil dilaksanakan kepada mangsa dan keluarga mangsa. Fikir-fikirkanlah…

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.