Bila Fastfood Dihidangkan Di White House…

8353
views

Disebabkan government shutdown, tukang masak kat White House tak kerja, maka Trump order fast food untuk tetamunya (pasukan American Football Clemson Tigers).

Disebabkan kerajaan tak ada bajet, terpaksalah Trump keluar duit sendiri belanja. Ada Wendy’s, ada McD, ada Burger King. Benda-benda yang aku dah tak sentuh sejak ada 8 pack. 

Trump sendiri pun kaki fast food, gemar KFC. Semasa kempen 2016 dia pernah upload gambar makan KFC. KFC kat US kira makanan orang kampung lah, kat negeri-negeri Selatan (South) je popular, orang high class duduk East Coast West Coast semua tak pandang, jadi makan KFC telah menaikkan imej “marhaen” Trump. 

Bagi Trump, fast food ni lambang budaya Amerika, sesuai dengan ideologi “Americanism” dia, walaupun hakikatnya, fast food seperti hamburger, French fries, pizza bukanlah berasal dari Amerika pun. Budaya Amerika lebih kepada budaya “melting pot” yang menyerap budaya-budaya asing.

Selain itu, Trump juga seorang kaki Coke. Dia tak minum arak, jadi kat mana-mana sidang kemuncak pemimpin dunia dia akan gantikan arak dengan Coke dalam gelas. Mungkin tabiat unik dia ni buat dia susah nak blend in dengan kelompok elit dari muda, tu sebab dia suka langgar sini sana. Bagi dia tak perlu ikut rules orang, you make your own rules.

Apa-apa pun, tak tau nak nangis ke nak kagum melihat Presiden US kena hidangkan fast food kat White House untuk tetamunya, gara-gara government shutdown. Inilah “demokrasi”, di mana ahli politik lebih suka argue dan politicking berbanding memajukan negara untuk kesejahteraan bersama.