Bila Duerte Kena Game Dengan China

0
2752
views

Siapa tak kenal Rodrigo Duterte, Presiden Filipina yang lantang dan tak ada ‘filter’ bila berucap, pernah memaki Trump, US dan juga keras dalam usahanya membasmi isu dadah hingga melibatkan pembunuhan secara rambang.

Bekas Datuk Bandar Davao City ini, walaupun disukai rakyatnya dalam banyak sudut, tapi ada satu isu yang beliau dikritik hebat hingga kini, dan ramai yang berpendapat bahawa ini boleh menjadi titik mula zaman kejatuhannya.

Kata kuncinya adalah ‘China’.
.
.

Apa kena mengena pula China dengan Duterte?

Untuk ‘connect the dots’ kita kena ‘root back’ ke masa mula-mula beliau dicalonkan untuk menjadi presiden Filipina..

Kerana ketika itu, diantara agenda utama yang dibawa oleh Duterte adalah isu pencerobohan China di Lautan Cina Selatan.

Ketika itu Duterte dengan ‘confident’nya kata yang dia akan ‘deal’ dengan China ‘face to face’ dan menemplak bekas Presiden ketika itu Benigno Aquino yang baginya adalah lambat kerana hanya menggunakan proses perundangan antarabangsa seperti melakukan tuntutan di ICJ, di The Hague.

Paling tak boleh blah, dia siap canang, kalau tak settle jugak, dia sendiri akan naik jetski pergi ke pulau-pulau di Lautan Cina Selatan dan akan pacak bendera Filipina dengan tangannya sendiri! *gaya Putin !*
.
.

Maka nak dijadikan cerita, Duterte menang jadi Presiden, dan antara benda pertama dia buat iaitu dalam sebulan selepas berkuasa adalah membatalkan tuntutan yang dibuat oleh Bekas Presiden Aquino di ICJ, di The Hague.

Dan dia juga telah melawat China selepas itu, maka ramai lah ingat dia betul-betul nak ‘face to face’ dengan China, tapi sangkaan itu telah meleset, apabila Duterte sendiri kata bahawa isu perebutan Lautan Cina Selatan ini tiada dalam agenda beliau ke China..

Rupa-rupanya, Duterte pergi ke China sebab nak ‘secure’ pelaburan asing(FDI) dan juga bantuan pinjaman mudah dari China..dibawanya 400 ‘envoy’ ahli perniagaan dalam lawatan Duterte ke China ketika itu.

Yang paling mengejutkan dia siap declare “I am Chinese”..*gila punya level jilat* dalam usaha nak amik hati China..dan secara halusnya menjarakkan diri dengan US.
.
.

Waqaf Saham

So apa yang dia dapat dari ‘uturn’ epic dia di China ketika itu?

Duterte telah berjaya ‘secure’ USD$24 Billion dari China dimana USD$15 Billion(FDI) dan juga USD$9 Billion(Loans dalam bentuk gran) yang mana sangat diperlukan untuk polisi ‘build, build, build’ beliau yang dijangkakan akan melibatkan perbelanjaan yang berjumlah USD$180-billion dalam membangunkan infrasturktur awam di Filipina untuk tempoh jangakamasa 6 tahun.

Sebagai tukaran, China diberi kelonggaran untuk melakukan kerja kerja pengukuhan kuasa mereka di Lautan Cina Selatan.
.
.

‘Fast forward’, selepas 2 tahun..

Daripada USD$24 Billion yang dijanjikan oleh China, hanya 2 projek ‘seems to materialize’ yang mana ianya hanyalah berjumlah kurang dari USD$150 juta..

Jauh meninggalkan jumlah asal yang dijanjikan oleh China pada tahun 2016 !

Maka merayulah Duterte kepada China untuk mengotakan janji $24 Billion sebelum ini..2 kali dia pergi China lepas lawatan pertama pada October 2016, iaitu pada June 2017 dan April 2018, untuk tuntut janji China tersebut.

Sampaikan pernah Duterte hilang sabar dan dia kata, “kalau susah sangat nak bagi duit kat kami, tukar jelah kami ni jadi sebahagian dari China macam Fujian, Philippines Province of China, haa apa susah!”

Yang mana perkataan tersebut akhirnya telah makan diri Duterte, sebab rakyat Filipina rasa terhina dengan ayat Duterte tersebut, berlakulah ‘public out-lash’ sampai dibakarnya patung gergasi bermuka Duterte di Manila.
.
.

Memburukkan keadaan lagi, dalam masa 2 tahun ini, China juga telah berjaya menukar beberapa tebing pasir di tengah lautan kepada pulau artificial yang mana bertindak sebagai ‘fully functional military base’ siap dengan ‘airstrip’ untuk pesawat dan jet pejuang untuk mendarat disitu.

Malah China juga telah melakukan beberapa ujian pendaratan jet pengebom disitu. Menambah lagi kritikan terhadap Duterte adalah apabila ditanya mengenai perkara tersebut, beliau berkata Filipina ‘powerless’ nak lawan China dan berkata bahawa melawan China adalah bukan berperang tapi adalah ‘bunuh diri’..

“Sinong g***** susunod sa iyo? This is not an… This is an armed forces of service, not suicide.” – Duterte

Maka Duterte telah mencadangkan untuk berkerjasama dengan China untuk melakukan eksplorasi minyak di sekitar Lautan China Selatan yang mana ramai berpendapat ianya seolah-olah membenarkan klaim China keatas lautan China Selatan sebelum ini.

Lagilah kena kecam..😅
.
.

Terbaru, isu ini panas semula beberapa hari ini apabila radio kawalan di pulau artificial yang menempatkan pusat operasi tentera China tersebut telah menghantar transmisi kata kata kesat/”bakaq line” kepada jet-jet pejuang Filipina yang melalui Lautan Cina Selatan..

Maka makin kena kritik lah Duterte, Laut China Selatan melepas..Duit USD$24 Billion pun tak dapat..🤭

Sekian.
.