Fenomena pembelian panik ialah sifat semulajadi dalam masyarakat tidak kira di negara mana pun. Ia tidak tertakluk secara khusus keapda satu dua bangsa sahaja.

Lima minggu lepas, segelintir kecil dalam kalangan rakyat Malaysia berketawa sinis terhadap kepanikan Singapura.

Tiga jam sebelum pengisytiharan perintah kawalan pergerakan, pasaraya-pasaraya Malaysia pula digempur kebanjiran pengguna yang dalam kepanikan. Namun mereka ini tidak seharusnya dipersalahkan pun – selagi mana pembelian mereka tidak menyusahkan orang lain.

Malang seribu malang, terdapat juga golongan yang memborong barangan penting secara lambakan semata-mata untuk penjualan untung segera. Salah seorang daripadanya ialah keluarga Colvin di Tennessee.

Pada 1 Mac 2020, Amerika Syarikat mengalami kem4tian pertama selepas mencatatkan kes-kes positif. Mengambil kesempatan, Matt dan Noah Colvin memecut ke kedai berdekatan untuk membeli pembersih tangan.

Tetapi selepas keluar daripada kedai Dollar Tree, mereka pergi ke Walmart, Staples dan Home Depot bagi tujuan yang sama. Bukan sebotol dua dibeli mereka – sebaliknya mereka memborong habis semua rak yang ada.

Tiga hari kemudian Noah menggunakan lori U-Haul untuk bergerak dari Tennessee ke Kentucky. Perjalanan 2,100 kilometer ini diselitkan hentian demi hentian di mana-mana kawasan bandaraya.

Di mana ada pembersih tangan, di situlah Noah ada untuk borong pembersih tangan. Matt pula tunggu di rumah mereka untuk menyenaraikan pembersih tangan diborong di Amazon.

Masalahnya mereka menjual antara AS$8-AS$70 bagi setiap pembersih tangan, berkali-kali ganda berbanding modal dibelanjakan. Bagi mereka, ia bukanlah satu kesalahan – sebab hanya mengambil peluang.

Tetapi apabila 17,700 botol pembersih tangan dilambakkan dalam garaj mereka, jelas sekali kebebasan diberikan telah disalahguna.

Gambar Sindiran Terhadap Matt Colvin

300 botol telah dijual sebelum Amazon menghidu gerak-geri mereka (bersama penjual-penjual lain yang mengambil kesempatan). Habis semua – pembersih tangan, tisu basah dan topeng muka – digugurkan daripada senarai jualan.

Penjual-penjual ini semuanya, termasuk keluarga Colvin, digantung akses mereka dengan amaran: jika harga dinaikkan lagi, Amazon akan membatalkan akaun mereka.

Kegiatan mereka tidak terlepas dalam eBay juga, yang mengharamkan terus semua penjualan topeng dan pembersih tangan. Tindakan Amazon dan eBay memang adil kerana Amerika Syarikat sekarang ini kesuntukan stok pembersih tangan.

Keadaan semakin serius sehingga hospital pun sedang mencatu topeng N95 dan pembersih tangan (Goodnough, 2020).

Kehabisan stok disusuli pula dengan tawaran pembersih tangan pada harga AS$50 (Nicas, 2020).

Pada 5 Mac, didapati harga pembersih tangan melambung setinggi AS$70 pun sebelum menurun kepada purata AS$40 (pun masih mahal). Topeng N95 mencecah AS$150 bagi setiap satu.

Ketamakan Yang Membawa Padah

Keluarga Colvin bermula jualan di Amazon sejak tahun 2015. Strategi perniagaan mereka yang kemas dengan tawaran kasut Nike telah memperolehi mereka keuntungan sebanyak ratusan ribu dolar.

Semua ini tergantung tanpa tali dengan kebarangkalian perniagaan mereka boleh diboikot pun. Selepas COVID-19 mula keluar dari China, keluarga Colvin terserempak dengan lelongan 2,000 beg kecemasan yang setiap satunya mempunyai 50 topeng muka dan empat botol pembersih tangan.

Harga lelongan ialah AS$5 yang keluarga Colvin turunkan ke AS$3.50 dengan syarat membeli semua.

Sebanyak AS$7,000 dibelanjakan untuk semuanya. Dan Colvin habis menjual dalam sekejap dengan harga AS$40 hingga AS$50 di eBay.

Kebarangkalian Colvin membuat keuntungan kasar sehingga AS$83,000. Selepas itu pula, Colvin melihat kepanikan domestik yang menggerakkan mereka ke “pemborongan 17,700”.

Bukan Colvin saja berbuat sedemikian. Chris Anderson dan Eric di negeri-negeri lain pun begitu juga.

Disebabkan kesempatan ini, Colvin berdepan dengan tindakan mahkamah selepas menerima surat daripada peguam negeri Tennessee. Kertas siasatan pun telah dibuka yang Colvin berkata beliau tidak sepatutnya dipersalahkan.

Gambar Dakwaan Bahawa Colvin Menderma Untuk Membuang Bukti

Pada ketika beliau letakkan harga AS$20 di Amazon (sebotol pembersih tangan hanyalah AS$1), beliau berhujah bahawa harganya melibatkan upah, caj Amazon dan yuran penghantaran.

Tetapi sejak kertas siasatan dibuka, Colvin yang menangis telah membuat keputusan untuk mendermakan semua stoknya (Nicas, 2020).

Amazon dan eBay telah menggantungkan Colvin. Pemilik stor yang disewa juga telah menghalaunya. Dan sekarang Colvin berdepan dengan denda (atau lebih lagi memandangkan Tennessee telah mengisytiharkan darurat).

RUJUKAN:

Goodnough, A. (2020, March 9). Some hospitals are close to running out of crucial masks for coronavirus. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/09/health/coronavirus-n95-face-masks.html

Nicas, J. (2020, March 14). He has 17,700 bottles of hand sanitizers and nowhere to sell them. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/14/technology/coronavirus-purell-wipes-amazon-sellers.html

Nicas, J. (2020, March 15). The man with 17,700 bottles of hand sanitizer just donated them. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/15/technology/matt-colvin-hand-sanitizer-donation.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.