Bila Babi Dibicarakan Di Mahkamah

697

https://bit.ky/kombowww

Atas: Gambaran mahkamah haiwan yang dijalankan dan kelihatan seekor babi sedang dibicarakan atas sebuah kesalahan.

Bawah: Antara catatan kes yang terdapat di dalam buku ‘The Criminal Pr0secution and Capital Pvnishment of Animals’ oleh Edward Payson Evans.

Ya, bukan manusia sahaja menghadapi hvkuman gantung sampai m4ti, bahkan haiwan juga tidak terlepas daripada hvkman tersebut.

Peristiwa pelik ini dapat dijejaki kembali daripada sebuah buku bertajuk ‘The Cr!minal Pr0secution and Capital Punishment of Animals’ yang ditulis oleh Edward Payson Evans pada tahun 1906, yang memuatkan sebanyak 200 kes yang dibicarakan di mahkamah haiwan yang mana setiap haiwan menghadapi pembicaraan dan hukvman sepertimana yang dihadapi oleh manusia. Kebanyakan peristiwa ini berlaku di Perancis dan Switzerland.

Setiap haiwan yang melakukan ‘j3nayah’ terhadap manusia akan ditangkap, dip3njara dan disediakan peguam bela untuknya di dalam sidang perbicaraan akan datang. Haiwan yang melakukan jenayah ini juga akan disidang di dalam majlis mahkamah yang dijalankan secara rasmi dan tertib.

Di dalam buku tersebut, terdapat pelbagai haiwan yang dibicarakan seperti burung, lembu, anjing, belut, kuda, kambing biri-biri, dolphin dan lain-lain. Dan spesis haiwan yang paling banyak kesnya adalah b4bi. Ya, b4bi.

Antara kes b4bi yang dibicarakan di dalam buku tersebut adalah:

1. 1266 M: Seekor b4bi disabitkan kesalahan kerana memakan seorang manusia. Proses pembicaraan berjalan dan babi tersebut disabitkan kesalahan oleh pendeta Sainte Genevieve. Babi tersebut dihvkum b4kar sampai m4ti. Peristiwa ini terjadi di sebuah kampung di Perancis, Fontenay-aux-Roses.

2. 1386 M: Seekor b4bi ditangkap dan disabitkan kesalahan membvnuh seorang kanak-kanak. Babi tersebut dijatuhkan hvkuman g4ntung sampai m4ti di khalayak ramai. Peristiwa ini juga berlaku di Perancis.

3. 1394 M: Seekor babi disabitkan kesalahan meminum air suci dari sebuah gereja. Ia dihvkum gantung sampai m4ti.

4. 1457 M: Seekor babi disabitkan kes4lahan kerana membunvh seorang gadis. Ia dihvkum g4ntung sampai m4ti.

Selain spesis babi, haiwan lain turut terlibat dalam j3nayah ini, seperti:

1. 1314 M: Seekor kerbau disabitkan kesalahan kerana melarikan diri daripada kandang lalu meny3rang manusia. Ia dihvkum gantung sampai m4ti.

2. 1500 M: Seekor Moose disabitkan kesalahan kerana menyerupai seperti seekor sy4itan. Ia dihvkum memakan sebiji epal yang diisi dengan jarum-jarum patah. Moose tersebut m4ti setelah memakan epal tersebut.

3. 1474 M: Seekor ayam jantan dibicarakan di mahkamah kerana tuduhan ia menyerupai seperti jelmaan syaitan dan bertelur. Ayam jantan ini dihvkum b4kar sampai m4ti. Peristiwa ini berlaku di bandar Basel, Switzerland.

Tidak semua haiwan dihvkum bunvh di dalam mahkamah haiwan, ada yang dibebaskan daripada tuduhan sepertimana pada tahun 1750 M, seekor keldai betina yang dituduh telah dibela oleh peguam bela haiwan dan penuduh yang merupakan seorang manusia pula dijatuhkan hvkuman m4ti.

Seorang profesor dari John Jay College of Cr!minal Justice, Sara McDougall menyatakan kebanyakan peristiwa yang terjadi dalam kes mahkamah haiwan ini merupakan kisah dongeng, hanya sebahagian sahaja, tidak kesemua kes.

Jadi, begitulah peristiwa bersejarah pelik yang pernah terjadi di benua Eropah. Bagi yang ingin melihat bagaimana proses hvkuman pembicaraan mahkamah haiwan ini, disarankan menonton filem ‘Hour of the Pig’ (1993).

Yang mana pemandu m4buk langgar orang sampai m4ti tu, jangan sampai kena dibicarakan di mahkamah haiwan. Baru tahu erti h!na dan kejinya hidup kau di atas muka bumi ini.

RUJUKAN:

1. Medival Animal Trials, Medievalist. Net.

2. First documented animal execvtion, Guinness World Records.

3. The Criminal Pr0secvtion and Capital Pvnishment of Animals, Edward Payson Evans.

4. Fantastically Wrong: Europe’s Insane History of Putting Animals on Trial and Ex3cuting Them, Wired.

5. The Truth and Myth Behind Animal Trials in the Middle Ages, Eric Grundhauser, Atlas Obscura.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.