Big Brother: Filem Donnie Yen Yang Unik

180

Baru lepas layan movie Big Brother lakonan Donnie Yen. Filem ni berbeza sikit daripada filem beliau sebelum ini. Filem ni jugak mendapat komen yang kurang memuaskan dikalangan peminat beliau termasuk aku mungkin kerana betapa kurangnya babak berlawan. Kita semua sedia maklum, kalau filem Donnie Yen sudah tentu ada babak pertarungan dan bergaduh. Donnie Yen juga terkenal  dengan babak seorang berlawan dengan ratusan lawan.

Dalam filem ni, babak berlawan kurang dari 10 minit yang Cuma memaparkan sebanyak ada dua kali sahaja adegan aksi. Satu babak aksi ialah ketika di kelab tinju untuk mengambil anak murid, manakala sebuah lagi melibatkan percubaan menyelamatkan anak-anak muridnya dekat sekolah. Selain dari dua babak ini, file mini lebih banyak bermain dengam mesej kehidupan yang cuba ditampilkan melalui seorang lelaki yang menjadi guru kepada 24 orang murid.

Donnie Yen yang menggalas watak lelaki bernama Chen Xia atau Henry Chen merupakan rakyat Hongkong yang berpindah ke Amerika semasa kecil. Beliau kemudian dihantar ke Kolej Tentera dan menyertai Tentera Laut Amerika. Ketika dalam perang, Chen mula mencari arah makna kehidupan.

“Mencuba dan terus mencuba. Tapi apa yang kejam ialah jauh mana kau mencuba, kau masih lihat ada yang terbunuh.”

Dialog diatas selepas babak Chen masih dalam perkhidmatan tentera dan babak peperangan. Seorang perempuan yang cuba keluar dari medan peperangan meminta Chen mencari anak perempuan itu yang tertinggal dalam medan perang. Ya, Chen Berjaya menyelamatkan anak kecil itu. Tapi masih ada nyawa yang terkorban, termasuk musuh yang mereka bunuh.

Chen berhenti dari perkhidmatan tentera dan kemudian mengambil keputusan untuk mengembara. Dari Tembok Besar China hingga ke negara bersalji dan berakhir di tanah kering. Tak dinyatakan dimana tempat Chen ni singgah, tapi kalau tengok filem ni, kita dapat menmbuat kesimpulan bahawa lokasi tersebut merangkumi gabungan Amerika-China-Eropah-Afrika. Dalam filem tersebut, ada digambarkan Chen ternampak seekor burung helang yang terbang pulang ke sarang. (Kalau ikut dalam filem tu, helang tu terbang ikut Chen dari mula dia mengembara sampai ketempat terakhir tu.)

“Setinggi mana helang itu terbang, tetap pulang sarang. Menabur bakti untuk generasi seterusnya.”

Chen mengambil keputusan untuk pulang ke Hong Kong dan menjadi guru disekolah beliau semasa masih kecil, Takchi Secondary School. Chen telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah kelas yang muridnya memang sangatlah teruk, bak kata orang budak tiada masa depan. Setiap satu murid kelas ni ada masalah masing-masing dan Chen cuba memperbaiki masalah ni dengan cara beliau yang tersendiri.

Mari kenal satu demi satu watak murid dan masalah yang dihadapi.

Xiang Zufa

Zufa ialah remaja berketurunan Pakistan yang sudah lama menetap di HongKong. Dia minat untuk bermain muzik dan menyanyi. Masalah yang dihadapi ialah Zufa kurang mempunyai keyakinan. Ini berpunca dari faktor keturunan dan ketidakpetahan dia bertutur semasa dia kecil. Dia selalu diketawakan diatas pentas kerana tutur kantonis yang berbunyi janggal.

Chen akhirnya membawa Zufa agar menjadi lebih yakin dan berani. Dalam satu babak mereka berdua sedang menyaksikan persembahan busker ditepi jalan. Chen meminta Zufa menyertai kumpulan busker itu untuk menyanyi tetapi Zufa tidak mahu.

“After I go and sing, its your turn.”

Dalam babak ini menunjukkan nilai manusia yang akan cuba untuk mengubah sesuatu sekiranya ada seseorang yang mendorong dan menunjukkan caranya. Zufa menjadi lebih yakin selepas itu kerana persembahan itu mendapat sorakan dari penonton. Ketidakpetahan Zufa bertutur dalam kantonis ternyata sudah berubah menjadi lebih baik selepas lama menetap di HongKong.

Wang Denan

Wang Denan ialah seorang gadis yang merasa tersisih dek keluarga kerana sikap pilih kasih ayahnya. Ayahnya lebih mementingkan adik lelakinya dalam segala hal dan tidak menyukai sikap Wang Denan yang agak kelakian. Wang Denan akhirnya sedar yang ayahnya masih memikirkan tentang dia selepas dia hampir dilanggar sebuah lori.

Guan Qixian dan Guan Qicheng

Qixian dan Qicheng ialah saudara kembar. Ayah mereka ialah seorang lelaki yang kuat mabuk dan ibu mereka telah keluar dari rumah semasa mereka masih kecil. Semenjak dari ibu mereka keluar dari rumah itu, dua beradik ini makin hilang akrab antara hubungan ayah dan anak. Akibat dari permasalahan keluarga yang dihadapi oleh Qixian, dia mencari hiburan dengan bermain permainan computer.

“I found a place. If you lose, you can repeat again. Not cruel as the real world.”

Qicheng pula seorang yang agak lembam dan kurang berkeyakinan tetapi rajin. Berbeza dengan Qixian yang sentiasa memegang telefon pintar, dia sentiasa melakukan kerja dan belajar dirumah. Akan tetapi, faktor dia yang lembam dan sukar untuk mengingati apa yang dia belajar menyebabkan dia gagal dalam ujian yang disediakan oleh Chen.

Ini membuatkan Qicheng merasa tertekan dan kecewa dengan semua itu. Selepas dia berusaha, dia masih gagal. Dia mengambil tindakan nekad untuk membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya ditingkat tiga.

Dalam usaha Chen memperbaiki hubungan kembar ini dengan ayahnya, Chen mengaturkan satu sesi kaunseling untuk Encik Quan. Sesi kaunseling secara berkumpulan ini memerlukan dia untuk meluahkan perasaan kepada orang dalam kumpulan. Tanpa diketahui, Chen meletakkan Qixian dan Qicheng dalam kumpulan kaunseling itu. Sesi soal jawab bermula seperti biasa pada mulanya dan Encik Quan bersikap jujur pada semua termasuk dua anaknya.

Bila ditanya mengapa anak Encik Quan tidak menegur sikapnya yang suka mabuk, Encik Quan menjawab yang anaknya tidak peduli tentangnya.

“They don’t care about you or you don’t care about them.”

“I don’t know, we don’t talk.”

Semenjak mereka berdua kehilangan ibu mereka, mereka langsung tidak bercakap dengan ayah mereka kecuali tentang makan atau menyuruh mereka melakukan sesuatu. Encik Quan menjadi seorang pemabuk kerana mahu melupakan masalah yang dihadapi, rasa bersalah terhadap dua anaknya. Dia juga tidak memberi tahu punca sebenar ibu mereka keluar dari rumah itu menyebabkan Qixiang dan Qicheng menyalahkan Encik Quan tanpa mengetahui punca sebenar.

Li Weicong

Weicong ialah seorang murid pintar namun kerana kesusahan hidup yang dihadapi membuatkan dia terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan. Ini menyebabkan dia sering penat disekolah dan kurang fokus hingga mengabaikan pelajaran.

Weicong telah dibuang dari sekolah kerana bergaduh dengan seorang murid lain. Chen menyedarkan Weicong untuk memperbaiki hidup dengan belajar bersungguh-sungguh dan menghargai jasa neneknya yang telah banyak bersusah payah.

Dalam babak permulaan Chen memasuki kelas dan baru mengenali semua murid dalam kelas itu. Chen menegur Weicong yang merokok dan memberitahu bahaya dan kesan rokok pada semua muridnya. Chen memberitahu nilai keuntungan yang telah dikaut dari perniagaan jualan rokok.

You once talk about science, then business, later philosophy. Really don’t understand.”

Chen kemudian menjawab,

“Not all I said you have to understand. But to tell you must use brain not to being lied.”

Chen mengingatkan misi dan visi sekolah itu kepada pengetua semasa mereka berdua sedang berbual tentang hala tuju sekolah itu sekiranya pelajar mereka gagal dalam ujian seterusnya. Mereka telah diberi amaran yang dana akan dihentikan sekiranya pelajar mereka gagal dalam ujian.

“Everything can be taught can be useful.”

Chen lebih gemar mengajar pelajarnya agar lebih kenal erti kehidupan.

“We said this education not teach students how to answer the test but to provide guide to choose their own way.”

Chen semasa kecil telah menyebabkan tangan seorang pelajar sekolah ini patah dalam satu pergaduhan iaitu Luo Xinjiang. Xinjiang yang mahu sekolah itu ditutup atas faktor perniagaan telah mengurung semua murid Chen semasa hari peperiksaan. Chen datang untuk menyelamatkan muridnya dan bergelut dengan Chen. Kemudian barulah Chen tahu rupanya Xinjiang ialah murid yang pernah dia patahkan tangan dahulu.

Chen yang Berjaya merampas pisau dari Xinjiang bertindak menikam pehanya sendiri kemudian beredar dari situ.

“I know I debt you one word. I try to find you but failed. Sorry.”

Dengan perbuatan Chen menikam pehanya sendiri, hutang darah telah dibalas dengan darah. Xinjiang mengatakan Chen telah memusnahkan impian Xinjiang untuk menjadi seorang pemain piano.

Dalam babak terakhir menonjolkan Xinjiang bermain piano. Ironi bukan, impian itu tidak musnah tetapi Xinjiang sendiri memilih untuk menjadi samseng berbanding meneruskan cita-cita menajdi pemain piano terkenal. Semua itu kerana dendam dan sikap meletakkan kesalahan pada orang. Dalam satu babak dimana satu dari soalan ujian yang diberikan oleh Chen kepada semua muridnya berbunyi sebegini.

What is the meaning of life?”

Weicong tidak memilih mana-mana pilihan jawapan sebaliknya menambah satu lagi pilihan jawapan iaitu,

“Grow up after making mistake.”

Ya. Manusia lebih belajar selepas melakukan kesilapan.

This world only talk about power, money and whose the more cruel.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.