Biden Jadi Presiden US, Kelapa Sawit Malaysia Akan Selamat?

878

Pra-tempah hanya di Shopee

Tidak pelik apabila Amerika Syarikat mengisytiharkan boikot terhadap syarikat Felda Global Ventures pada 1 Oktober 2020.

Katanya syarikat berkenaan setelah setahun disiasat terbukti menggunakan buruh paksa untuk merancakkan pengeluaran sawit.

Antara masalah yang dihadapi ialah dokumen identiti dipegang majikan, ugutan dan keganasan seksual (Reuters, 2020). Tuduhan ini sangatlah berat, kerana FGV didakwa membiarkan pekerja dianiaya.

Sebulan kemudian, Donald J. Trump tewas dalam sebuah pilihan raya yang sengit. Drama sawit memuncak enam minggu seterusnya, apabila Sime Darby Plantation pula diharamkan White House.

Siasatan kali ini pula mendedahkan sebuah sistem bagaikan perhambaan (kerja untuk bayar hutang), persekitaran tidak bersih dan keganasan seksual (Sands, 2020).

Jadi, Joe Biden menang pun – sawit masih diboikot. Pertama sekali, Biden masih belum menjadi Presiden Amerika Syarikat. Sekalipun sudah mengangkat sumpah 20 Januari hari itu, sekatan ini dijangka akan berkekalan.

Hal ini demikian kerana faktor sekatan terlalu berat untuk ditutup mata. Kedua pula, Amerika Syarikat sendiri digelumangi dengan isu buruh paksa.

Dijangka 50,000 orang sedang sengsara di Amerika Syarikat, dijadikan hamba di tanah air negara bebas (Buckley, n.d.).

Namun mereka ini benar-benar dieksploitasi, tanpa sebarang normalisasi. Pekerja yang diseludup daripada China, India, Mexico dan Vietnam antaranya bekerja dalam keadaan tidak selamat, bersama rakyat Amerika Syarikat yang lari dari rumah.

Kelompangan dalam penguatkuasaan undang-undang selalunya menjadi asbab yang menghalalkan gejala kotor ini berleluasa. Mereka akan dibayar gaji rendah tanpa mengambil kira langsung tentang persekitaran.

Keringat teruk diperah, tanpa sebarang ganjaran. Ramai juga dijadikan hamba seks tanpa kerelaan tetapi terpaksa kerana dokumen dipegang sindiket (jika lapor, mereka akan ditahan sebagai pendatang haram pula).

Kiranya ini merupakan masalah yang berlaku di mana-mana sahaja. Eksploitasi masih berterusan dalam bidang penjagaan rumah (pekerja domestik, pekebun laman, pembaikpulih barangan dan sebagainya).

Majikan bermulut manis dengan jaminan upah tetapi datang saja masa untuk bayar, mereka ugut akan menghubungi penguatkuasa imigrasi.

Inilah adalah realiti tetapi realiti sama juga boleh ditunggang Malaysia untuk memulihkan keadaan. Hanya kerana semua negara mempunyai gejala ini – tidak semestinya ia wajar dinormalisasikan.

Jika gejala ini dibasmikan, nescaya warga-warga asing yang bekerja akan mendapat gaji setimpal dengan jam kerja berperikemanusiaan.

Perubahan sebegini juga akan bantu membaiki peluang dalam kalangan warganegara (kerana warga asing tidak boleh dibayar rendah untuk kerja lama).

Persepsi Barat terhadap industri sawit memang sukar diperbaiki, melainkan dengan perjanjian antarabangsa yang menjaminkan keberkesanan dan kemanusiaan. Malaysia barangkali berkongsi nasib yang menimpa Indonesia.

Kerajaan Indonesia mengakui bahawa buruh paksa diamalkan secara berleluasa dalam industri sawit (Mason & McDowell, 2020).

Perjanjian antarabangsa yang dimaksudkan ialah apa-apa jua jenis hubungan multilateral seperti Trans-Pacific Partnership (TPP). Dengan adanya TPP, semua negara harus menepati piawaian dipersetujui bersama.

Jadi jika didakwa melakukan gejala buruh paksa, syarikat tempatan boleh memanjangkan pada pihak mahkamah TPP untuk mempertahankan diri.

Artikel juga boleh dibaca di portal kewangan dan ekonomi kami, The Outlook. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.