Ratu Elizabeth sudah lama menjadi bahan perbualan golongan falasi konspirasi. Ada yang berkata baginda adalah keturunan Nabi Muhammad SAW.

Ada yang berkata baginda berketurunan Firaun. Dan ada juga berkata baginda adalah keturunan Raja Namrud. Memang bahan bualan betul-betul… tetapi sekadar bualan kedai kopi sajalah.

Sekalipun kedai kopi, wajar juga jika kita tengok macam mana khabar angin ini berputik. Sebelum bercakap tentang Ratu Elizabeth, perlu cakap dulu tentang Raja Namrud.

Namrud adalah cicit pada Nabi Nuh as melalui Kush bin Ham. Baginda berkuasa di sebuah lembah Mesopotamia dipanggil Shinar.

Baginda memang raja yang hebat. Namun persengketaan baginda dengan Nabi Ibrahim (as) telah mengabadikan suatu kisah sangat penting dalam agama Islam, Judaisme dan Kristian.

Ibrahim (as) dan Namrud sudah menjadi figura baik dan jahat, bersimbol antara tauhid dan musyrik. Persengketaan ini mencapai kemuncak dengan peristiwa paling besar: pembαkαrαη Ibrahim (as).

Khabarnya, Namrud mengumpulkan kayu selama empat tahun berturut-turut untuk membuat sebuah unggun api paling besar dalam sejarah. Lalu dicampaknya Ibrahim (as) dalam unggun api ini… tetapi baginda Ibrahim keluar tanpa sebarang kesan.

Dalam kisah lain, Namrud mencαbαr Ibrahim (as) untuk bertem.pµr. Datangnya Namrud dengan bala begitu besar. Tetapi Ibrahim (as) hanya bersama serangga sahaja, iaitu barangkali nyamuk yang menyebabkan Namrud menjadi gila. Macam-macam versi dalam sejarah Judaisme.

Kalau dalam al-Qur’an, nama Namrud tidak disebut. Tetapi ada kisah yang seorang raja begitu angkuh dengan kenyataan “akulah pemberi nyαwα dan penyebab αjαl”.

Itulah kisah asas tentang Namrud, yakni sang raja yang membina Menara Babel. Baginda meninggal dunia apabila tiba masa. Anak cucunya pun sama. Maka wajah Namrud lenyap daripada zaman, tidak dikenang langsung meskipun dengan segala kemewahan dan kemegahan duniawi.

Nabi Ibrahim (as) pun wafat, dengan anugerah kerasulan memuliakan suruhan-suruhan lain hinggalah Nabi Muhammad (SAW). Sirah baginda Muhammad (SAW) pun lebih kurang seperti Ibrahim (as).

Walaupun tiada raja yang perangai serupa celaka, ada pula ketua-ketua suku atau puak Arab seperti Amir bin Hisham yang diagung-agungkan sebagai Abu al-Hakam walhal sebenarnya Abu Jahal.

Sikap Abu Jahal dan Abu Lahab membawa naratif baru dalam sirah penting, mengetepikan Namrud sebagai penjahat utama. Tetapi legasi Namrud akhirnya kembali dengan dakwaan kosong bahawa Ratu Elizabeth adalah keturunannya. Dakwaan ini timbul selepas gambar ini tersebar.

Katanya inilah satu-satunya gambar menunjukkan Ratu Elizabeth (dan mendiang suaminya, Putera Philip) melutut pada seorang figura. Kebetulan pula figura itu adalah Maharaja Haile Selassie I (1930-1974) di Ethiopia.

Menurut ajaran Rastafari, Maharaja Haile adalah seorang penyelamat dunia. Namun ada yang berkata baginda adalah keturunan Sulaiman (as) dan Balqis. Dan tersulam pula kisah Elizabeth sebagai keturunan Namrud perlu menghormati keturunan Sulaiman. Daripada satu menjadi dua, terbahagi empat kemudian lapan kisah berlainan.

Sebagai penjelasan, kisah ini tidak berasas. Sama seperti dakyah keturunan Firaun, penyebaran dakwaan ini hanyalah bertujuan negatif.

Pihak yang menyebar kisah ini hanya mahu memburuk-burukkan baginda. Itu sahaja.

Konteks gambar itu pun adalah suatu penipuan tidak berasas. Ratu Elizabeth pergi ke Ethiopia buat julung kalinya pada tahun 1965, padahal gambar itu diambil 10 tahun sebelumnya.

Dua orang yang bertunduk dalam gambar itu pula bukan Ratu Elizabeth mahupun Putera Philip.

Sumber sebenar gambar tersebut ada di sini: https://www.pinterest.com/pin/615937686527682333/

Jadi pucuk pangkalnya, itu bukan mereka. Sama juga dengan dakwaan Namrud. Tiada siapa dapat buktikan, sekadar perbualan kedai kopi sahaja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.