Ratu Elizabeth tidak lama lagi akan pergi buat selamanya. Tetapi baginda takkan tenggelam dalam timbunan sejarah. Suasana pemerintahan baginda jauh berbeza untuk dibandingkan dengan dua pendahulu iaitu George V (1910-1936) dan George VI (1936-1952).

Perjalanan baginda daripada puteri ke permaisuri memang menakjubkan. Banyak benda yang berlaku (dan tidak berlaku) sejak tahun 1800-an lagi. Kalau ada sedikit perubahan, memang lain habis sekarang ini.

Misalnya jika George IV (1820-1830) dan William IV (1830-1837) mempunyai waris sah, barangkali Elizabeth akan menjadi kerabat jauh sahaja.

Jujurnya kalau tengok salasilah British, boleh tahan mengantuk juga. Senang cakap, Elizabeth merupakan keturunan William the Coηqµeror (1066-1087) yang mengubah habis dimensi politik Eropah.

William mempunyai tiga orang anak: Henry, Adela dan William II. Adela melahirkan seorang putera bernama Stephen dari Blois yang menyertai Perαηg Sαlib Pertama.

Kira moyang Elizabeth terdiri daripada golongan kerabat boleh tahan hebat. Walau bagaimanapun, ada ura-ura menyatakan yang baginda adalah keturunan Nabi Muhammad (SAW).

Melihat Asal-Usul Dakwaan Ini

Kalau tengok betul-betul, kenyataan ini kelihatan sedarjat pula dengan teori konspirasi. Ataupun sama seperti orang yang tularkan bahawa Dr Mahathir Mohamad dijaga dua wali berbeza personaliti – seorang lemah lembut dan seorang lagi garang macam singa.

Sumber bergambar dongengan bahawa Ratu Elizabeth melutut pada raja lain.

Tetapi hubungan Elizabeth dengan Nabi Muhammad (SAW) mempunyai konteks lebih rasmi. Kerana akhbar tabloid The Daily Mail dan The Daily Express katanya ada bercakap pasal benda ini.

Apabila dua berita British bercakap, ramai percaya terus… tanpa sedar yang dua akhbar ini memetik daripada sumber sama iaitu akhbar Al Ousboue daripada Morocco.

Khabar Angin Timbul Sekitar 1986

Kisah melibatkan Nabi Muhammad (SAW) sebenarnya dimulakan seorang saintis genealogi bernama Harold Brooks-Baker yang menerbit buku Burke’s Peerage (buku pasal bangsawan British).

Beliau berpendapat bahawa Elizabeth adalah keturunan seorang puteri bernama Zaida yang memeluk agama Kristian pada abad ke-11. Zaida kemudian menjadi gundik Raja Alfonso VI di Castile.

Penulis akhbar Al Ousboue turut menggunakan Zaida sebagai sumber induk. Katanya Zaida adalah generasi Nabi Muhammad yang ke-43.

Tetapi orang ramai lebih percaya apabila Mufti Besar Mesir iaitu Ali Gomaa ada beri sepatah dua kata pasal hal ini.

“Seorang lelaki daripada Bani Hashim ditαηgkαp di Britain. Beliau kemudian dipaksa murtad. Katanya beliau adalah datuk Ratu Elizabeth. Perkara sensitif ini ditulis dalam buku Arab dan Inggeris. Menafikan realiti dan sejarah akan membuatkan (kita) tidak berfikir dengan baik.”

Kenyataan ini mencetuskan sedikit kekecohan. Elizabeth mempunyai dua orang datuk – George V (1910-1936) dan Claude George Bowes-Lyon.

George V

Kedua-duanya tidak ditαηgkαp, apatah lagi dipaksa murtad. Kerana Claude adalah Earl of Strathmore dan Kinghorne.

Claude Bowes-Lyon

Mungkin kerana tidak logik, kenyataan mufti tidak menjadi tular. Kalau berpaut pada teori Zaida, mungkin ada sedikit kelogikan.

Namun memandangkan Mufti cakap pasal Bani Hashim, kita boleh beralih ke seorang penguasa suku tersebit. Beliau adalah Raja Abdullah II di Jordan, yang sah keturunan baginda melalui pertalian bapa.

Abdullah dipercayai adalah generasi ke-41 secara langsung daripada Nabi Muhammad terus.

Keluarga Diraja Jordan

Sekadar pengetahuan, Abdullah mempunyai seorang puteri bernama Salma yang menjadi juruterbang jet pejuang pertama Jordan.

Kalau ingin membuktikan dakwaan, kena guna sampel DNA daripada keluarga Elizabeth dan keluarga Abdullah. Itu saja jalan yang ada untuk mengesahkan dakwaan ini (atau menutup terus).

RUJUKAN:

Blakemore, E. (2018, April 11). Is Queen Elizabeth Related to the Prophet Muhammad? History.

The Times of Islamabad. (2018, April 9). Egypt’s former grand Mufti confirms Queen Elizabeth is descendant of Prophet Muhammad (PBUH).

The Times of Israel. (2018, April 7). Is Queen Elizabeth descended from the Prophet Muhammad?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.