https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Betul Ke Yang The Simpsons Dah Ramal Tragedi George Floyd?

13,277

Berikutan kem4tian George Floyd yang mati dilutut oleh seorang pegawai polis di Minneapolis telah mencetuskan protes besar-besaran sehingga dari proses protes yang aman-damai menjadi sebuah protes keganasan yang mana telah menyebabkan ia merebak ke negeri-negeri yang lain di Amerika Syarikat.

Untuk membaca mengenai Floyd dengan lebih lanjut: https://www.thepatriots.asia/apa-yang-berlaku-pada-george-floyd

Apabila berlakunya tragedi ini, maka ada sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk mencetuskan teori konspirasi yang kematian Floyd sudah dirancang bahkan telah dijangka di dalam siri kartun satira terkenal AS iaitu, The Simpsons. Satira bermaksud ‘perlian atau sindiran’. Kartun ini dicipta khusus untuk menyindir rakyat AS sendiri.

Antara gambar adegan dari siri The Simpsons yang ditunggang oleh puak teori konspirasi adalah adegan terbakarnya sebuah balai polis Springfield, dua orang pegawai polis mencekik seorang lelaki berkulit hitam, rusuhan rakyat, White House dalam keadaan gelap dan kematian Trump.

1. Baik, untuk gambar pertama, kebakaran di balai polis Springfield diambil daripada episod ‘Hello Gutter, Hello Fadder’ (episod 6, musim 11) pada tahun 1999. Adegan cerita Simpsons pada episod tersebut tidak ada kena mengena langsung dengan kes Flyod, jauh berbeza sekali.

Dalam adegan episod ini, Homer (watak utama Simpsons) ditarik oleh seorang ketua polis Springfield iaitu Wiggum ke tepi jalan dan ditanya: “Alright smart guy, where’s the fire?”. Lalu Homer menunjukkan api yang tengah membakar balai polis Springfield. Adegan ini hanya dicipta untuk memerli pegawai polis yang tidak cekap dan bekerja sambil lewa sahaja.

Ada kena mengena? Tiada langsung.

2. Gambar seorang lelaki berkulit hitam dicekik oleh seorang pegawai polis. Dicekik atau posisi ini dikenali sebagai ‘choke-hold’.

Ya, ini bukan babak yang diambil daripada siri kartun Simpsons, tetapi ia merupakan lukisan kartun yang dilukis oleh seorang pelukis satira dari Itali, iaitu aleXsandro Palombo. Lukisan ini dimuatnaik pada tanggal 1 Jun 2020 iaitu setelah 6 hari kematian Floyd.

Boleh melihat buktinya di sini:

3. Gambar ketiga, menunjukkan Rumah Putih atau White House dalam keadaan gelap atau boleh kita gambarkan sebagai ‘White House Down’. Pada tanggal 1 Jun 2020, White House telah mematikan kesemua lampunya pada malam hari ketika protes sedang memuncak. Tidak tahu maksud jelas yang ingin disampaikan oleh pihak pentadbiran AS, tetapi ada yang beranggapan ia sebagai mengenang dan pentadbiran AS bersama dengan rakyat menentang keganasan ke atas Floyd.

Menurut NY Times, Trump menghadapi protokol Presidential Emergency Operations Center, iaitu Trump dibawa bersembunyi ke sebuah bunker keselamatan bawah tanah dan dikawal ketat oleh Secret Service ketika rakyat berkumpul dan memprotes di luar White House. Boleh baca di sini: https://www.google.com/…/trump-protests-george-floyd.amp.ht…

Gambar White House gelap ini tular di Twitter dan ramai pengguna Twitter memuat naik gambar tersebut, diantaranya:

Berikutan kejadian ini, puak teori konspirasi menunggang lagi adegan dari Simpsons bertajuk ‘Donald Trump Review His 100 Days in Office’. Babak video pendek ini hanya dikeluarkan di laman Twitter rasmi The Simpsons pada 27 April 2017:

Babak pendek ini merupakan sedutan daripada episod baharu The Simpsons yang di mana digambarkan apabila Donald Trump mengambil alih pucuk pimpinan di AS iaitu ‘Trump’s Real 100-day Mark’. Episod siri ini tidak mempunyai apa-apa kaitan mengenai Floyd tetapi ia hanya ingin memerli Trump apabila memerintah AS.

Trump menjadi presiden AS pada tanggal 20 Januari 2017. Jarak waktu yang sangat lama antara bulan Januari dan April.

Predicted? Nah..

4. Gambar keempat, menunjukkan adegan rakyat sedang berarak protes membawa obor api beramai-ramai. Perlu diketahui, ini adalah petikan adegan dari filem The Simpsons Movie (2007).

Adegan yang dikenali sebagai ‘Kill Kill Kill’ atau ‘Simpsons Angry Mob’ ini sebenarnya menunjukkan protes masyarakat Springfield ke atas Homer setelah dia membuang bahan sisa buangan babi ke dalam tasik dan menyebabkan tasik tersebut tercemar. Akibat perbuatan Homer, seluruh rakyat Springfield mengamuk dan berarak menuju ke rumah Homer.

Apa kena mengena kematian Floyd dengan buangan sisa babi ke dalam tasik?

5. Gambar kelima, babak Trump mati dan berada di dalam peti mayat. Baik, ini merupakan teori ‘akan datang’ yang ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuklah peminat teori konspirasi. Adakah ia akan berlaku? Mana nak tahu, saya seorang manusia biasa, bukannya ejen Illuminati.

Yang pasti babak Trump mati ini tidak ada langsung di dalam siri kartun Simpsons. Tetapi ia merupakan gambar yang disunting ini pertama kali muncul di laman web forum 4chan lalu ia diambil, disebarkan dan diklaim pula diambil daripada siri kartun Simpsons.

Tak percaya? Tiada masalah, boleh tak tolong mencari klip video Trump mati ini tak? Klip video kartun ok, bukan gambar.

7. Gambar pegawai anggota polis, iaitu watak Wiggum melutut di leher seorang lelaki berkulit hitam, yang mana tentunya mendiang Floyd. Gambar ini juga banyak ditunggang secara membabi-buta orang orang ramai kerana mereka menganggap gambar ini merupakan salah satu babak daripada kartun The Simpsons walhal ia hanyalah sebuah gambar yang dilukis oleh pengguna akaun Instagram bernama ‘yuripomo’ dan ia dimuat naik di aplikasi berkenaan pada tanggal 30 Mei 2020 iaitu setelah 5 hari kematian Floyd.

Tidak percaya? Boleh melihat sumber aslinya di sini:

Itulah para sahabat sekalian, hidup ini jangan terlalu gelabah dan gelojoh. Jangan terlalu paranoid terhadap sesuatu benda. Bila tengok ada gah dan pelik sedikit mula la kaitkan ia dengan agenda Illuminati, Freemason dan Yahudi Tel Aviv. Tak salah belajar mengenai benda baharu, tetapi yang salahnya kau belajar tanpa ulangkaji, telan bulat-bulat menerimanya, bahkan buat ulasan kepalatao sendiri.

Contohnya, tengok bungkusan nasi lemak, terus terbayang piramid, bila bayang piramid, kau bayangkan Dewa Ra, Matahari, Mata Satu, bayangkan itu dan ini sampai akidah kau kepada ketentuan Qada dan Qadar rosak. Kalau semua atas dunia ini dirancang oleh agenda mereka, jadi apa fungsi kewujudan Tuhan di alam ini?

Salam hiba kepada sesiapa yang percaya teori konspirasi Simpsons ini.

Wallahu’alam.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.