Betul Ke Wanita Melayu Dulu Tak Tutup Aurat?

3,417

Ada ramai yang buat kesimpulan konon wanita dulu kebanyakannya pakai macam ni. Zaman now je tutup melitup sebab “Arabisasi” & “Islamisasi”. Siap ada yang komen “we don’t have awrah issue then”. Sekeping gambar tak memberi gambaran menyeluruh.

Dua-dua gambar ni diambil oleh Gustav Richard Lambert (jurugambar Jerman yang aktif di Tanah Melayu dari 1867-1914). Yang kiri tahun 1880, yang kanan tahun 1890. Ia menunjukkan dari dulu lagi ada orang Melayu yang pakai tutup melitup.

Wanita Melayu dulu-dulu (abad ke-19 & awal abad ke-20) ke mana-mana akan pakai kelubung, samada kain pelikat sarung atau kain pelikat batik. Tujuannya adalah untuk memelihara aurat. Ye, aurat. Aurat was, is and always will be an issue sebab orang Melayu adalah Muslim.

Fungsi kelubung tu macam ni hah.

Ni Melaka tahun 1910. Nasib baik sekarang tak macam ni. Naya Ayda Jebat nak keluar rumah.

Sebelum ada “Arabisasi” orang dah tutup muka macam ni dah. Awal abad ke-20. Tarikh spesifik tak tau bila.

“Malaiisch Meisje” tu Bahasa Belanda, maksudnya gadis Melayu. Gambar diambil di Singapura.

Ni kaum ibu Minang di Payakumbuh, Sumatera Barat, awal abad ke-20 juga.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Ni diambil semasa perjumpaan Kaum Ibu UMNO di Kuala Lumpur pada 1954. 50:50. Ada yang pakai kelubung/tudung, ada yang tak pakai. Macam hari ni juga.

Ni tarikh tak sure bila, kemungkinan 1950-an. Budak2 pun pakai kelubung/tudung woi. Mau kena maki dengan SIS kalau gambar tu gambar zaman sekarang.

Begitu juga dengan 1960-an. Tak semua pakai kebaya ketat. Ramai masih pakai kelubung/tudung. Tak semestinya pakai kelubung/tudung tu “kampung” “tak berpendidikan”. Ni bakal guru-guru dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada 1950-an.

Ni model Singapore pada tahun 1956. Ala model majalah Hijabista now. Keris tu mahal.

Orang pakai kelubung/tudung/hijab bukan sebab “Arabisasi” atau jadi “fundamentalis”. Ia cuma membuktikan seseorang boleh jadi cemerlang tanpa perlu mimick gaya orang Barat, sambil berpegang kepada nilai agamanya. A true liberal tak paksa orang lain untuk jadi se-liberal dia.

Gambar yang menunjukkan orang Melayu “dulu2” bebas berjoget dengan baju glamer kebanyakan hanya menunjukkan cara hidup socialite bandar yang terpengaruh dengan angin “Westernization” dari 1950-an hingga 1970-an. Arak pun minum. Ramai yang nostalgia tak tentu pasal.

Setiap zaman ada ekspresi budaya yang uniknya, tak semua sesuai untuk diamalkan. Tanggungjawab kita adalah untuk ambil yang jernih buang yang keruh, melakukan pembaharuan sesuai dengan peredaran zaman & pada masa yang sama memelihara jiwa (soul) bangsa.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.