Betul Ke The Simpsons Ramalkan Coronavirus?

1,832

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Selepas Donald Trump mengumumkan keinginannya untuk bertanding sebagai calon Republikan, Syarikat Curiosity mengambil kesempatan untuk keluarkan video pendek bertajukkan “Trumptastic Voyage”. Tangkap layar daripada rakaman sebenar telah ditukar menjadi kartun. Tetapi pengguna-pengguna atas talian telah membuat persepsi lain dengan meletakkan tahun 2000:

Maka jadilah teori konspirasi bahawa tangan-tangan tersembunyi sedang menjalankan kerja. Orang yang jiwa kosong pun diumpankan dengan mudah seolah-olah ia benar (sebenarnya tidak).

Selepas lima tahun diam, The Simpsons naik balik dengan taburan persepsi berkaitan virus koron (2019-nCoV) pula. Katanya The Simpsons telah mengudarakan suatu episod berkaitan virus pada tahun 1993 (Bennett, 2020). Dan hari ini, 27 tahun kemudian, 2019-nCoV melanda.

Tangkap Layar Cina Bersin
Homer Beli Barang Atas Talian dan Dij4ngkiti

Sebenarnya perkaitan The Simpsons dan 2019-nCoV disunting dengan begitu kreatif. Dalam episod tahun 1993 itu, Homer membeli mesin pembuat jus daripada Jepun. Sebelum dihantar, pekerja Jepun yang sakit selsema telah bersin, menyebabkan selsema di Osaka dihantar terus ke Springfield, Amerika Syarikat (Wynne, 2020).

Inilah kotak yang dibuka Homer sebelum virus selsema dibersinkan. Boleh nampak dengan jelas tulisan Jepun iaitu alamat pengilang di Osaka. Jadi apakah The Simpsons meramalkan penularan 2019-nCoV?

Jawapannya tidak.

RUJUKAN:

Bennett, A. (2020, February 1). Fans Claim The Simpsons Predicted Coronavirus Outbreak in 1993 Episode. Deadline. Retrieved from https://deadline.com/2020/02/fans-claim-the-simpsons-predicted-coronavirus-in-1993-1202848816/

Wynne, A. (2020, February 1). Did the Simpsons also predict coronavirus? Fans claim storyline about flu outbreak spreading from Japan to the US bears eerie similarities to deadly outbreak. Daily Mail. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/news/article-7956095/The-Simpsons-predicted-deadly-coronavirus-outbreak-episode-27-years-ago.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.