Masalah kesesakan jalan raya di Malaysia ini semakin menjadi-jadi. Tidak kisahlah mahu pulang ke kampung ataupun pergi balik kerja, pasti ramai diantara kita miliki pengalaman terperangkap dalam kesesakan. Paling geram sekali adalah tempat yang sepatutnya boleh sampai dalam masa begitu singkat menjadi sangat lama angkara kesesakan.

Memang membuat masa betul sehinggakan jalan raya ini boleh dianggap rumah kedua kerana kita terkandas begitu lama. Akibatnya bila sampai rumah, kita penat dan mental pun jadi rabak. Jadi kita cuma fikir nak tidur lantas ulang perkara yang sama iaitu terperangkap dalam kesesakan setiap hari. Masa untuk bertenang, berehat dan bersenang-lenang pun tiada hingga membuatkan mental semakin rabak saban hari.

Sebelum tu, cuba fikir sejenak. Lebuh raya adalah sebahagian daripada pembinaan tamadun. Banyak benda memainkan peranan yang akhirnya menjadi nilai ketamadunan. Untuk faham perihal tamadun, kami galakkan kalian beli KITAB TAMADUN MELAYU yang bercerita tentang keagungan tidak terganti walaupun seribu zaman. Dari Kedah Tua dan besi-besinya yang menjadi lagu perang, Srivijaya yang menakluk seluruh kepulauan menjadi satu bangsa dan Melaka yang kayanya tidak terbayang dek akal manusia. Hal ini ialah kitab yang merakamkan sebuah keagungan yang menyembah kaki Melayu. Link pembelian: https://bit.ly/3AhueXE

Persoalannya apa solusi terbaik untuk mengurangkan kesesakan jalan raya? Jawapannya yang paling kerap kita dengar adalah besarkan jalan, buat jalan baru dan tambah highway. Ramai berpendapat apabila ketiga-tiga cadangan itu dilaksanakan, kesesakan akan berkurangan kerana kenderaan dapat melalui jalan baru.

Sebenarnya tanggapan itu salah kerana menurut induced demand theory, kesesakan akan tetap berlaku jika jalan raya dibesarkan ataupun highway ditambah. Ini kerana pembesaran dan pertambahan itu akan membuatkan jumlah bilangan kenderaan semakin meningkat sekaligus gagal menyelesaikan masalah kesesakan. Tapi belum cuba belum tahu.

Letak 26 lane pun jem jugak

Tidak mengapa, kita ambil satu contoh. Di Amerika Syarikat, sebuah highway yang bernama Katy Freeway telah dinaik taraf kepada 26 lane bagi mengatasi masalah kesesakan. Pada mulanya projek yang menelan belanja $2.8 bilion tampak seakan-akan berhasil apabila kesesakan jalan raya mula pudar.

Tapi situasi itu hanya bertahan sementara sahaja kerana dalam masa yang singkat, kesesakan mula melanda Katy Freeway dengan lebih dahsyat. Bayangkan masa yang diambil untuk kenderaan melalui Katy Freeway telah meningkat 30% hingga 55%. Malah kenderaan juga semakin bertambah kerana persepsi rakyat bahawa jalan yang kosong membolehkan mereka beli kenderaan.

Lepas itu apabila sudah terperangkap dalam kesesakan jalan, diri sendiri rasa pelik padahal benak. Bermakna pembesaran highway di Amerika Syarikat tidak membantu langsung mengurangkan kesesakan. Malah buat rakyat makin marah dan mental rabak kerana perlu spend time dengan jalan raya begitu lama.

Di negara kita, induced demand theory telah menunjukkan kebenarannya. Lihat sahaja di Lembah Klang, terdapat begitu banyak highway telah dibina tetapi masih lagi tidak mampu kurangkan kesesakan. Sekarang ini ditambah pula dengan DASH yang miliki jalan bersimpang siur dan ramai akan sesat jika tidak cakna.

Ini ke yang kita mahukan?

Jadi apa solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di Malaysia? Sebelum itu kita kena faham bahawa jumlah manusia dan kereta di Malaysia akan sentiasa bertambah. Buktinya sekarang jumlah kereta di Malaysia telah melebihi populasi rakyat. Nak lebih jelas lagi cuba lihat di sekeliling kita, boleh dikatakan dalam satu rumah itu terdapat 2 hingga 3 buah kereta. Ditambah lagi kita ini memang suka bawa kereta berseorang sehingga buat jalan raya makin sesak.

Maka solusi paling ideal adalah pengangkutan awam. Ini kerana anda akan sampai lebih cepat ke lokasi tanpa tempuhi kesesakan, tidak perlu penat memandu dan boleh masa perjalanan boleh dipendekkan. Nanti mesti ada yang cakap, naik pengangkutan awam macam LRT lagi lama daripada naik kereta. Jawapannya adalah sila isi masa bermanfaat itu dengan baca buku ataupun dengar podcast.

Walau bagaimanapun, pengangkutan awam di negara kita ini belum betul-betul cekap. Di kawasan ibu kota pun KTM dan LRT boleh delay. Bukan setakat itu sahaja, kekerapan untuk LRT sampai juga makan masa lebih lama. Bas pula tidak perlu dibicarakan lagi kerana sentiasa lambat dan masa ikut mood pemandu. Nak tak nak, terpaksalah kita semua loan kereta hanya untuk memudahkan pergerakan sahaja

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Kesimpulannya, naiktaraf dulu sistem pengangkutan awam kita serupa Korea dan Jepun. Jika sistem pengangkutan sudah mantap, barulah kita boleh sama ada masalah kesesakan selesai ataupun tidak. Kalau tidak selesai angkara kedegilan kita mahu gunakan kenderaan persendirian, naikkan sahaja harga kereta, haramkan motosikal dekati bandar raya dan kenakan tol yang begitu tinggi. Itupun kalau kerajaan beranilah.

RUJUKAN:

Schneider, B. (2018, September 7). CityLab university: Induced demand. Bloomberg. Dipetik daripada https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-09-06/traffic-jam-blame-induced-demand


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply