Pendaratan ke bulan pada 16 Julai 1969 oleh Armstrong-Aldrin dikatakan hoax atau penipuan oleh geng teori konspirasi. Dikatanya sekarang kita dah lagi maju, kenapa tidak ada lagi orang naik ke bulan?

Pertama kali, perlu diingat bahawa perlumbaan ke bulan pada era 60 hingga 70an adalah persaingan politik – antara US dan USSR. Selepas Yuri Gagarin berjaya mengorbit Bumi pada tahun 1961, pihak US sangat terasa kekalahan mereka. Maka US begitu berusaha untuk melawan kejayaan USSR, dengan cara “kalau depa dah ke angkasa, kita ke bulan pulak!”

Maka projek Apollo pun bermula. Dan akhirnya, 16 Julai 1969 US berjaya menghantar manusia ke bulan – Neil Armstrong dan Edwin Aldrin (Buzz Aldrin) jadi taruhan bersama ‘Eagle’ sebagai tunggangan. “one small step for a man, one giant leap for mankind,” kata keramat berkumandang pada 20 Julai. Apollo 11 pun selamat kembali ke bumi tanggal 24 Julai, 4 hari selepas ekspedisi ke Luna.

Tidak. Ia tidak terhenti setakat itu.

Apollo 12 juga gah meluncur ke angkasa – terus ke bulan pada tahun yang sama. 19 November 1969, angkawasan Charles Conrad dan Alan Bean berjaya menjejakkan kaki ke bulan juga. 35kg sampel dari permukaan bulan telah dibawa pulang ke bumi.

US masih tak puas. Egonya masih tinggi untuk melawan USSR dalam era Cold War tersebut. Maka seterusnya Apollo 13 mendukung misi seterusnya. ‘Aquarius’ menjadi tunggangan seterusnya, tapi malangnya pada 13 April 1970 (Apollo 13 = April 13 ?) mengalami komplikasi dan letupan pada tangki oksigen seterusnya memaksa kru angkawasan James Lovell dan John Swigert untuk kembali ke bumi.

Menarik juga pada ekspedisi kali ini, kru asal adalah Thomas Mattingly tetapi diganti oleh Swigert kerana diserang demam campak. Penggantian sebelum berlepas seperti ini hanya berlaku sekali sahaja dalam semua ekspedisi US ke angkasa.

Ilustrasi kegagalan Apollo 13.

Kegagalan Apollo 13 tidak menghalang US untuk terus meneroka Luna. Apollo 14, sebagai pewaris, dan warga US pertama ke angkasa Alan Shepard sekali lagi beraksi sebagai angkawasan bersama Stuart Roosa pada tarikh 31 Januari 1971. Kali ini US mengambil langkah drastik membawa sekali ‘Rickshaw’ atau Modularized Equipment Transporter untuk membawa peralatan kajian sepanjang angkawasan-angkasawan berjalan di permukaan bulan. Ekspedisi kali ni juga US berjaya meletakkan antena komunikasi dan TV berwarna untuk memudahkan ekspedisi seterusnya. ??

Ekspedisi manusia ke bulan yang keempat diteruskan oleh US. Ketika itu juga, pihak USSR juga begitu berusaha untuk menghantar manusia ke bulan tetapi masih gagal. Kali ini pihak US berjaya melaksanakan ekspedisi bersambungan pertama, iaitu selama 12 hari lamanya bersama Apollo 15 di tarikh 26 Julai 1971.  Ditambah lagi dengan kemunculan Rover, kenderaan berkuasa bateri pertama adanya, membantu astronaut dalam melaksanakan kajian. Astronaut David Scott dan James Irwin juga berjaya melaksanakan ekspedisi di luar kawasan lingkup Lunar Module Falcon.

Rover digunakan di permukaan Bulan.

Apollo 16 pada tarikh 16 April 1972  meneruskan legasi ekspedisi manusia ke bulan, dengan John Young dan Thomas Mattingly akhirnya dapat menjejakkan kaki ke bulan. Akibat kegagalan antena, ekspedisi mereka tidak dapat disaksikan di Bumi. Tetapi itu tidak menghalang mereka memulangkan semula batu bulan yang dibawa balik sebelum ini. Fakta penting pada ekspedisi kali ni, kajian mendapati Bulan mempunyai medan magnetnya tersendiri; dan Orion telah dinyahmagnet ketika pulang ke Bumi.

Ekspedisi terakhir manusia ke Bulan, Apollo 17 memecah lebih banyak rekod yang ada. NASA sengaja membuat rekod video gagal dilaksanakan, dengan astronaut George Cernan dan Ronald Evans juga memecah rekod dengan berada di permukaan bulan lebih lama dari yang sebelumnya iaitu selama 74 jam. Pelancaran Challenger juga memecah rekod, pertama kali berlaku ketika waktu tengah malam dalam kegelapan pada 7 Disember 1972.

Nah, manusia ke bulan bukan lagi teori konspirasi khayalan. Selepas Apollo 17, banyak lagi perancangan untuk ke bulan tetapi terhalang oleh ekonomi dan kekurangan sokongan dari marhaen. Bukti, manusia sendiri jadi kekangan kemajuan. Kini, sejarah terulang. ?

P.S: Apa khabar Mej Dr Faiz sekarang? ?

Sumber:

1) http://www.spaceline.org/apollo.html

2) https://www.airspacemag.com/space/the-other-moon-landings-6457729/

3) http://historylists.org/events/list-of-6-manned-moon-landings.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.