Betul Ke Obama Tu Muslim?

1,273

Politik tidak pernah menyatukan. Kerana fitrah manusia adalah untuk berbeza pandangan. Apabila perbezaan pendapat tidak dapat ditangkis, mulalah pertuduhan.

Dan Amerika Syarikat sendiri tidak lari daripadanya. Malah politik Amerika Syarikat jauh lebih teruk berbanding negara-negara lain. Salah satu contohnya melibatkan Barack Obama.

Obama ialah ahli politik pertama yang mencabar normalisasi dalam politik Amerika.

Sejak tahun 1789, Amerika Syarikat tidak pernah menerima seorang ketua negara dalam kalangan selain kulit cerah.

Sehinggalah Obama menewaskan John McCain (dan Mitt Romney) dengan majoriti besar. Namun perjalanan beliau ke arah keajaiban jauh sekali mudah.

Semuanya bermula selepas beliau dilantik sebagai seorang senator dari Illinois pada 3 Januari 2005. Beliau bukanlah satu-satunya ahli politik kulit gelap yang mencuba nasib.

Tetapi beliaulah calon paling berpengaruh dalam suatu senarai panjang kulit gelap yang pernah berusaha ke White House.

Bermula di Old State Capitol pada 10 Februari 2007, Obama mengumumkan pencalonannya secara simbolik di tempat Abraham Lincoln memberikan ucapan House Divided 149 tahun sebelumnya (Pearson, 2007).

Semasa berkempen, Obama menerima hentaman antara yang pertama. Sebuah emel berantai pernah dihantar secara berleluasa dengan tuduhan melulu.

Menurut Kitab Wahyu, dajjal ialah seorang lelaki berusia 40-an daripada keturunan Islam akan mendustai dunia dengan bahasa memujuk dan mempunyai perwatakan mirip al-Masih. Ramalan ini mengatakan ramai akan menyokongnya dan dia akan menjanjikan harapan palsu dan keamanan dunia tetapi apabila berkuasa, dia akan musnahkan segalanya. Apakah dia itu Obama?”

Sudah tentunya emel ini tidak mampu menghalang kemaraan Obama. Kerana Amerika Syarikat berdiri teguh sebagai republik sekular.

Permasalahan juga terletak pada status Kitab Wahyu sendiri yang tidak pernah menyebut nama Dajjal, apata lagi usia dan agama keturunan. Islam sendiri belum didakwahkan dalam zaman naratif Bibel.

Amatlah menakjubkan apabila sebatang sosok tubuh 1.85 meter ini boleh dikaitkan dengan Dajjal. Tetapi itu bukannya satu-satunya tuduhan yang pernah dilemparkan.Satu lagi emel berantai ditularkan dengan dakwaan bahawa nama penuh Obama ialah “Barack Mohammed Obama”.

Naratif ini dilayurkan dengan dakwaan tanpa henti bahawasanya Obama beragama Islam. Asas bagi pertuduhan ini terletak pada latar belakang bapa Obama.

Menurut Obama sendiri, bapanya dibesarkan oleh keluarga Islam. Tetapi beliau telah menjadi ateis sebelum bertemu dengan Ann Dunham (Obama, 2006).

Tetapi hujah konspirasi menggunakan bapa tiri Obama pula yang bernama Lolo Soetoro di Indonesia.

Soetoro ialah seorang Islam, sekaligus menggemburkan tanggapan Obama ialah Islam secara rahsia.

Prasangka juga dijaja Michael Bloomberg daripada Bandaraya New York bahawa Obama ialah Islam secara rahsia yang tidak menyokong Israel (Associated Press, 2008).

Emel-emel berantai masih lagi digunakan untuk menyebarkan penipuan. Selepas kemenangan 2008, Obama sekali lagi dim4ngsakan dengan dakwaan mengangkat sumpah dengan Qur’an (walhal ia jelas senaskhah Bibel).

Secara konsisten Obama mempertahankan agama Kristiannya termasuk di Kaherah semasa menyampaikan ucapan “A New Beginning”.

Punca pertikaian juga dikukuhkan dengan sekeping gambar Obama dalam pakaian tradisional miripkan Islam. Pada tahun 2006 (sebagai Senator), Obama pernah mengunjungi Kenya dan memakainya.

Dan ia ditunggang sehabis rapi untuk menyebarkan apa yang jelas suatu Islamofobia seolah-olah menjadi Islam itu sumpahan terhadap Amerika. Walaupun ditegaskan berkali-kali (tanpa sekali pun mengakui atau mengiyakan).

Sehingga hari ini masih ada yang berpegang bahawa Obama ialah Islam secara rahsia.

RUJUKAN:

Associated Press. (2006, Jun 2). N.Y. Mayor urges Jewish voters to denounce Obama Muslim rumors. Haaretz. Retrieved from http://www.haaretz.com/news/n-y-mayor-urges-jewish-voters-to-denounce-obama-muslim-rumors-1.248209

Obama, B. (2006, Oktober 16). “My Spiritual Journey”. TIME. Retrieved from http://www.time.com/time/printout/0,8816,1546579,00.html

Pearson, R. (2007, Februari 10). “Obama: I’m running for president”. Chicago Tribune. Retrieved from https://www.chicagotribune.com/nation-world/chi-070210obama-pearson1-story-story.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.