Betul Ke Muzik Rock Dah Mati?

1,136

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Baru-baru ini ada kawan yang bapak dia dulu buka studio jamming dan menjadi port lepak budak jamming masa era muzik underground dulu, ajak melepak.

So aku pun ok lah, sambil kunyah biskut butterscotch dan hisap vape, naiklah kereta dia dan ajak melepak kat port mana yang best kat Kluang ni.

Dalam perjalanan tu, member aku buka muzik Led Zeppelin, ZZ Top, Black Sabbath dan AC/DC. Sejak ayah dia meninggal tahun 2013 dan memandangkan dia sangat rapat dengan ayah dia, tiap kali dia rindukan ayah dia, dia akan buka lagu rock and roll macam ni.

So, dalam perjalanan tu dia meluahkan satu perasaan yang kesal dan berat dengan muzik zaman sekarang, sebab pada dia, muzik sekarang tak seawesome dulu.

“Apa maksud kau, tak seawesome dulu?” tanya aku.

“Ye lah, kau ada try dengar lagu zaman sekarang, macam mana? Teruk beb.”

“Tu tandanya kita dah tua. Cuba kau imagine apa perasaan abah kau bila masa dia remaja dulu, dia dengar Led Zep, Deep Purple, dan Sweet Charity sampai namakan nama kau sempena nama lagu kumpulan tu.”

“Okay,” kata dia.

“Lepas tu tiba-tiba zaman kita, lagu rock jadi macam Nickelback, Simple Plan atau Hoobastank, kau rasa orang baya ayah kau tak menyirap ke?”

Okay, soalan ni sebenarnya dah dijawab banyak kali oleh pengulas muzik di channel Youtube macam Rick Beato, Anthony Fantano atau Punk Rock MBA, ramai orang bertanya, “kau rasa betul ke muzik rock ni dah mati?”

Sebelum kita kata dia dah mati, kita kena tahu macam mana ia lahir dan meneruskan hidupnya.

Muzik rock, atau rock and roll berasal dari muzik kulit hitam 1920an di selatan Amerika Syarikat, dan to be exact di kawasan Tennessee. Muzik ini berevolusi dari muzik blues, tetapi dirancakkan.

Ciptaan amplifier speaker radio (budak rock panggil amp) pada sekitar tahun 1920an menjadikan bunyi gitar tu boleh dikuatkan, dan apabila dirancakkan, maka jadilah ia muzik rock.

Pada sekitar 1920an, rock baru bermula tapi masa tu adalah zaman kegemilangan jazz. Masa tu muzik jazz adalah muzik yang dimainkan di radio Amerika terutamanya di Radio City Hall.

Rock mula berkembang menjadi sebuah genre yang disukai ramai pada Perang Dunia Kedua, bila tentera dari kaum kulit hitam ini bermain muzik ini di kem tentera semasa nak tunggu turn pergi berperang.

Selepas Per4ng Dunia Kedua, muzik ini mula merebak ke kulit putih dengan beberapa pemuzik seperti Elvis Presley dengan lagu Jailhouse Rock dan Bill Haley and His Comets mula memasuki era mainstream Amerika pada tahun 1950an.

Pada masa ini muzik jazz pun hilang dari mainstream, dan dipinggirkan anak muda kerana muzik jazz ini untuk orang tua.

1960an menyaksikan muzik rock menguasai dunia dengan kumpulan-kumpulan seperti The Beatles, The Rolling Stones, The Beach Boys dan Steppenwolf merancakkan dunia, ditambah pula dengan Creedence Clearwater Revival dengan lagu anti perang Vietnam, Fortunate Son.

Perkembangan muzik rock masa tu seiring dengan zeitgeist dunia yang masa tu mahu merebel dan melawan kerajaan. Pada masa tu, siapa nak rebel, bela rambut panjang, dengar lagu rock, hisap rokok, dilihat cool.

Menjelang 1970an keadaan dunia masa tu huru-hara, dari Watergatenya, Perang Vietnam yang tak sudah-sudah, krisis minyak serta keadaan ekonomi yang teruk, pada masa ini rock di zaman emasnya.

Beberapa pemuzik seperti Pink Floyd, The Who, David Bowie menggunakan rock untuk mengekspesikan muzik mereka. Dalam masa sama, muncul sekumpulan golongan dari era Beatnik menemui satu gaya muzik untuk menyampaikan puisi, salah satunya ialah Gil Scott Heron, dengan puisinya The Revolution Will Not Be Televised.

Dari situ muzik hiphop bermula, tetapi masa rock di era Perang Dunia Kedua, hiphop bermula pada era Perang Budaya.

Menjelang 1980an, muzik rock mula slow sekejap, terutamanya dari 1981-1985 bila elektro mula dilihat cool. Muzik yang menggunakan synthesizer mula naik, tetapi muzik rock melawan kembali dengan heavy metal, untuk menarik golongan remaja.

Dan semua ini berlaku atas kerjasama dengan hiphop, apabila Run DMC bekerjasama dengan Aerosmith membuat remix collab, gabungkan hiphop dan rock, dengan lagu Walk This Way.

Menjelang 80an kerjasama hiphop dan rock membuahkan hasil dengan pemuzik seperti Beastie Boys, sebelum pada 90an Rage Against The Machine yang muncul.

Dalam masa sama band alternatif seperti Pixies, Sonic Youth dan REM mula dimainkan di radio kolej di Amerika dan jadi popular.

Jadi kalau nak jadi mainstream, start conquer radio kolej.

Pada tahun 1991, alternative rock yang bermula dari grunge menumbangkan heavy metal, apabila buat pertama kali dalam sejarah, band alternative rock naik carta Billboard 100 di nombor satu, apabila Smells Like Teen Spirit menumpaskan Black and White Michael Jackson (yang juga ada influence rock).

Grunge mula naik dan band-band seperti Pearl Jam, Soundgarden, Alice In Chains, Stone Temple Pilots dan Bush mula masuk mainstream. Tapi lepas Kurt Cobain mati, muzik rock beralih ke muzik alternatif dan band macam REM (yang dari tahun 80an), Smashing Pumpkins, The Cranberries, Green Day, Rancid, Red Hot Chili Peppers, Foo Fighters dan bermacam-macam lagi.

Di Britain pula, Britpop menguasai carta dengan band-band seperti Blur, Oasis, Pulp, Ocean Colour Scene, The Verve, Elastica dan macam-macam lagi band yang muncul.

Di Indonesia, Indopop menguasai rantau Nusantara pada lewat 90an dan awal 2000an seperti Sheila On 7, Padi, Dewa, Peterpan dan

Cokelat.

Tapi dalam masa sama hiphop mula meningkat naik menerusi Eminem, artis hiphop kulit putih pertama yang berjaya dapat platinum certificate menerusi album The Slim Shady EP.
Dan dekad 2000an, beberapa band seperti Muse, Radiohead, Coldplay, The Strokes, Libertines dan Arctic Monkeys mula menguasai carta, tetapi muzik mereka mula berevolusi jadi benda lain.

Tak caya cuba dengar album Parachutes dengan Mylo Xyloto, atau Pablo Honey dan bandingkan dengan The King of Limbs, jauh beza.

Tetapi bila muzik rock dah masuk band macam Nickelback, Simple Plan dan Hoobastank, muzik rock makin watered down dan orang mula beralih ke muzik lain.

Dan sekarang, kalau kau nak dengar muzik rock, kau dengar la radio macam Sinar FM, Trexx atau Mix FM, iaitu channel orang tua.

Anyway, selepas panjang bercerita tentang kelahiran dan masa hidup muzik rock, kita kembali ke soalan pada tajuk di atas, adakah muzik rock dah mati?

Jawapan aku, kalau target kau ialah masuk Top 40, Billboard Top 100, maka ya benar memang muzik rock dah berdepan dengan sakratul maut sejak Hoobastank dianggap muzik rock. Heck, sebelum tu lagi pun dah jarang muzik rock masuk Top 40.

Tapi, pada aku, bila peminat rock komplen muzik rock dah mati dan muzik zaman sekarang dah teruk, orang yang layan keroncong pada era 1920an rilek je layan muzik depa, takde pun meroyan pun “alaaa keroncong dah mati”.

Muzik jazz masih lagi dimainkan, di port-port elit, di mana anak tengku dan anak datuk yang layan, dan kat situ aku nampak masa depan rock.

Dia akan jadi muzik yang niche macam jazz, keroncong, blues, atau classical.

Tapi kalau kau nak rock kembali menggegar carta, langkah macam apa Aerosmith buat masa buat lagu Walk This Way, atau apa Kurt buat sampai meletup lagu Smells Like Teen Spirit, dan diminati ramai semula.

Pada aku, band The Chats hampir mengulangi apa yang Kurt Cobain buat bila lagu Smoko jadi viral pada tahun 2017. Cuma sayang, band Australia ni jarang yang boleh naik walaupun banyak yang sedap.

Dan rock tak mati. Sama macam jazz, blues, keroncong atau muzik klasik, masih lagi orang dengar. Sedangkan dangdut yang late-90s dulu orang cakap hampir mati dulu pun mampu direvivekan dengan gabung dengan EDM jadi dugem, come on, express yourself and create new stuff la, rockers!

Dengan cara tu barulah rock akan naik balik. Bak kata Juergen Klopp masa dia mula-mula takeover Liverpool, “to move forward, you must let go the past”.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.