Melayu pemalas tapi Melayu lah paling ramai mencatatkan statistik buruh paling tinggi di Malaysia sepanjang tahun 2005 hingga 2014.

Melayu pemalas: [1]

Bumiputera mencatatkan jumlah buruh hampir 8 juta orang. Manakala, Cina dan India masing mencatatkan hampir 3 juta dan 1 juta orang buruh di Malaysia pada tahun 2014 berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara.

Melayu Miskin: [2]

Bumiputera mencatatkan sumbangan kepada ekonomi Malaysia melebihi 60% pada tahun 2014, 2015 dan 2018 berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Negara:

Melayu sumbang RM 294.4 billion iaitu 61.4% kepada ekonomi negara pada tahun 2018 berdasarkan data awal oleh DOSM

Melayu sumbang RM 231.8 billion iaitu 61.5% kepada ekonomi negara pada tahun 2015.

Melayu sumbang RM 218.6 billion iaitu 62.5% kepada ekonomi negara pada tahun 2014.

Sekali lagi kaum yang dikatakan miskin ini menyumbang paling banyak dalam ekonomi negara.

Melayu tak pandai berniaga: [3]

Berdasarkan bancian syarikat semasa wabak Covid-19. DOSM mencatatkan peratusan syarikat bumiputera sebanyak 52.2% berbanding bukan Bumiputera yang sebanyak 47.8%.

Jumlah syarikat yang telah menyertai bancian ini adalah sebanyak 4094 buah syarikat. 7.2% daripada syarikat ini berskala besar. 9.1% berskala sederhana. 40.4% berskala kecil dan baki 43.4% berskala mikro.

Mengikut bancian ada 2,137 buah syarikat milik Bumiputera dan 1,947 buah syarikat milik bukan Bumiputera.

Tapi yang diratibnya. Melayu pemalas, tak pandai berniaga, miskin. Lepas tu zikir lagi Melayu ramai masuk penjara, penagih dadah. Benda yang sama jeklah dia ratib sampai sekarang.

RUJUKAN:

[1] Jabatan Perangkaan Negara. (2018). Labour Force by Ethnic Group and State. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…

[2] Jabatan Perangkaan Negara. (2019). Social Accounting Matrix. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…

[3] Jabatan Perangkaan Negara. (2020). Main Findings of Special Survey ‘Effects of COVID-19 on the Economy and Companies/Business Firms’- Round 1. Retrieved from https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column%2Fcone…


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.