Manusia mempunyai segala kelengkapan untuk berjaya dalam hidup. Faktor utama yang mempengaruhi kejayaan itu terletak di dalam kepala manusia. Dilindungi lapisan tulang berbentuk tempurung, otak manusia merupakan suatu permata paling berironi di dunia ini.

Otak boleh menyelesaikan masalah yang dicetuskan otak juga. Itulah keajaiban di sebalik suatu organ bernama otak. Nasib dunia ini boleh berubah kerana otak yang hanya 1.5 kilogram sahaja.

Sejujurnya semua mamalia mempunyai otak. Ada saja haiwan yang otaknya lebih besar daripada manusia, tetapi dalam aspek kepintaran, struktur otak lebih mempengaruhi berbanding saiz (Blackmore, n.d.).

Otak manusia (kiri) dan otak paus (kanan)

Otak yang kompleks membolehkan manusia bercita-cita tinggi. Benar, apa yang diketahui setakat ini pun terhad, kerana banyak misteri masih belum dirungkaikan.

Bagaimana sebuah organ dibuat daripada jaringan sel dan saraf boleh memproses aktiviti, menyimpan maklumat dan menggerakkan anggota sentiasa dikaji para saintis.

Tetapi sains yang sama juga mempunyai persoalan, bahawa manusia sebenarnya hanya menggunakan 10 peratus daripada otak sendiri. Kiranya potensi manusia boleh pergi lebih jauh jika boleh melebihi 10 peratus itu.

Pendapat ini ada kaitan dengan William James yang berhujah dalam The Energies of Men dan juga Albert Einstein, yang sangat terkenal kerana kepintarannya (Boyd, 2008).

Tetapi sebenarnya pendapat ini ialah suatu mitos yang bergelumangan pada unsur sains.

Manusia sebenarnya menggunakan semua bahagian otak dengan cara tersendiri. Sebuah otak terbahagi kepada beberapa bahagian seperti dalam gambar dibawah.

Setiap bahagian ini mempunyai fungsi tersendiri, seperti yang digambarkan Universiti Queensland:

Dalam gambar di atas, memang jelas semua bahagian otak penting dalam kehidupan manusia.

Malah berbincang tentang kepentingan otak itu sendiri boleh menimbulkan rasa janggal, kerana semua aktiviti dipengaruhi otak. Jadi senang kata, otak memang penting.

Walaupun ramai bergelagat seperti tiada otak, contohnya segelintir dalam kalangan pemandu Myvi, otak memang penting.

Purata berat seorang manusia ialah 62 kilogram. Kiranya otak merangkumi 2.5 peratus daripada jumlah berat manusia. Tetapi otak menggunakan 20 peratus daripada tenaga badan (Hub, 2014).

2.5 peratus itu memberi gambaran secukupnya untuk memahami struktur otak. Dalam gambar di atas, otak paus biru memang nampak besar iaitu 6.92 kilogram. Tetapi otak itulah digunakan untuk memproses fizikal 50,000 kilogram.

1.5 kilogram untuk 62 kilogram… 6.92 kilogram untuk 50,000 kilogram.

Hanya ketika tidur sahaja otak tidak digunakan secara sepenuhnya. Tetapi bahagian “frontal cortex” masih aktif, bantu membuatkan manusia sedar akan keadaan sekeliling.

Otak juga menyimpan memori jangka pendek dan kenangan silam masing-masing dalam bahagian “prefrontal lobe” dan “hippocampus” (Ashford, 2010).

Kiranya setiap hari 100 peratus daripada otak digunakan untuk tujuan hidup. Bukan 10 peratus, seperti dicanangkan mitos ini.

Lebih menakjubkan lagi, ada saja orang yang dibuang sebahagian daripada otaknya tetapi masih boleh hidup seperti biasa – kerana otak mereka “mencukupkan” keperluan harian (Shahmoradian, 2017).

Logiknya, b4r4h otak tentu sekali k4ns3r yang tidak begitu bermasalah melainkan jika tumbuh di bahagian 10 peratus yang penting.

Tetapi sesiapa yang mengh1d4pinya mempunyai pengalaman berbeza sampai anggota-anggota lain pun boleh terkesan juga oleh kerana hubungan saraf antara-anggota.

Jadi, merumuskan apa yang sudah jelas, otak berfungsi secara sepenuhnya. Mitos 10 peratus ini mungkin berpunca daripada golongan yang ingin menjustifikasikan kelemahan sendiri kononnya kerana kekangan biologi. Tetapi setiap bahagian memainkan peranan dalam kehidupan manusia.

Contohnya, Adam sedang memandu kereta. Tiba-tiba sebuah lori menghentam daripada kiri.

Dalam sekejap, keretanya dijilat api. Sensory cortex, occipital lobe dan parietal lobe masing-masing membuatkan Adam rasa, lihat dan sedar. Motor cortex membuatkan Adam bergerak. Frontal lobe buat Adam fikir cara untuk keluar. Dan temporal lobe membantu Adam jawab soalan polis dan bomba.

Dalam situasi ini, 100 peratus otak digunakan. Kalau 10 peratus, entahnya Adam boleh keluar atau tidak.

RUJUKAN:

Blackmore, S. (n.d.). Why aren’t animals with larger brains more intelligent than us? Science Focus.

Boyd, R. (2008, Februari 7). Do People Only Use 10 Percent of Their Brains? Scientific American.

Hub Staff. (2014, Julai 24). Busting a brain myth: We really do use 100 percent of our brains.

Shahmoradian, F.S. (2017). God and the System Anthology of Thoughts. Biblica.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.