Tidak lama dahulu, ada satu filem Disney Pixar yang menggamit perhatian penulis iaitu Wall-E (2008). Bumi digambarkan dalam filem animasi berkenaan sebagai tempat tandus tanpa dihuni oleh manusia kecuali sebuah robot pemampat sampah bernama Wall-E. Menariknya, haiwan peliharaan robot berkenaan ialah seekor lipas bernama Hal, satu petunjuk dari Pixar bahawa lipas akan hidup lebih lama berbanding manusiawi.

Kebanyakan orang percaya lipas boleh terselamat daripada apa saja 4ncaman termasuklah l3tupan b0m nuklear. Bila ditanya bukti, mereka merujuk sama ada eksperimen Mythbusters terhadap lipas pada tahun 2012 atau khabar angin serangga bertambah secara mendadak selepas s3rangan b0m 4tom di Hiroshima dan Nagasaki.

Tetapi bagi pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2017, Profesor Tilman Ruff, beliau tidak melihat sebarang bukti kukuh yang menyokong teori tersebut. Beliau menambah, “Saya melihat banyak gambar orang yang cedera di Hiroshima dengan banyak lalat berterbangan dan anda boleh bayangkan sesetengah serangga boleh terselamat dari s3rangan berkenaan. Tetapi mereka akan tetap terkesan walaupun lebih bertahan lama berbanding manusia.”

Teori ini diuji oleh Mythbusters dengan mendedahkan lipas-lipas kepada bahan radioaktif. Hasil eksperimen menunjukkan lipas hidup lebih lama selepas didedahkan dengan bahan radioaktif berbanding manusia tetapi m4ti akibat tahap radiasi yang tinggi. Bagaimanapun, eksperimen tersebut disifatkan Profesor Mark Elgar sebagai tidak lengkap kerana mereka hanya melihat berapa hari lipas masih hidup selepas terdedah kepada bahan radioaktif.

Ini kerana mereka tidak melihat bagaimana pendedahan radiasi memberi kesan kepada keupayaannya menghasilkan telur sekaligus menjamin kelangsungan spesies itu. Prof Elgar berkata, “Wujud sedikit bukti mereka boleh bertahan dengan pendedahan sinaran gamma tetapi lipas tidak semestinya serangga yang paling lama bertahan.”

“Anda boleh saja berhujah sesetengah semut terutama semut yang membina sarang jauh di bawah tanah mempunyai peluang lebih tinggi untuk selamat berbanding lipas.” Ujian-ujian radiasi yang dijalankan ke atas serangga sebelum ini menunjukkan lipas bertahan enam hingga 15 kali lebih lama berbanding manusia masih tidak boleh mengatasi keupayaan lalat buah.

Rajah 1: Lalat buah hidup lebih lama jika terdedah kepada radiasi berbanding lipas.

Tambah Prof Elgar lagi, spesies lipas Amerika dan Jerman sebagai pembersih rumah tidak berbayar menakutkan orang ramai sekaligus memberi nama buruk kepada spesies lipas yang lain. Terdapat lebih 4,000 spesies lipas yang wujud di seluruh dunia termasuk lipas Mardi Gras Australia yang mempunyai warna dan corak yang unik.

Rajah 2: Lipas Mardi Gras Australia

Teori lipas boleh bertahan lama daripada s3rangan nuklear mungkin berpunca cirinya yang cepat membiak, mengeluarkan lebih banyak telur dan sukar dibvnvh dengan bahan kimia. Prof Elgar menambah, “Mereka amat bijak bertahan. Jika anda cuba dan memijak lipas, ia akan mengeluarkan bau yang kurang enak sebagai bahan penghalau yang efektif bagi mengelakkan ia ditangkap.

“Dengan badan yang rata, ia boleh melarikan diri ke tempat yang sukar dicapai kita.” Lipas juga bergantung kepada detritus daripada organisma hidup lain untuk terus hidup. Justeru, Prof Elgar mempersoalkan sama ada ia dapat bertahan tanpa kelibat manusia atau haiwan-haiwan lain. Ini kerana jika semua hidupan lain m4ti, lambat-laun lipas juga akan m4ti kerana ketiadaan makanan.

Prof Elgar turut menegaskan l3tupan nuklear memberi kesan kepada alam sekitar secara keseluruhan dan jika ada yang bertahan sekalipun, hanya segelintir saja yang mampu. Pertama, ia mengubah secara kekal DNA organisma hidup sekaligus mencetuskan mutasi dalam kalangan organisma generasi seterusnya.

Kedua, pengionan radiasi secara berterusan dan pada dos yang rendah boleh membawa kepada pelbagai peny4kit seperti kanser dan meningkatkan risiko peny4kit-peny4kit kronik seperti penyakit jantung. Sementara dos radiasi yang tinggi boleh membvnvh sel-sel. Ketiga, dengan bahan radioaktif boleh berkumpul dan berpusing mengikut kitaran alam semulajadi, ia boleh memberi kesan kepada bumi, sistem air tawar dan lautan dunia.

Keempat, ia boleh memberi kesan kepada rantaian makanan di mana haiwan tertier mengandungi tahap isotop lebih tinggi berbanding persekitaran mereka. Jadi, sekiranya sesetengah organisma ini tidak terkesan pada awalnya, ia masih menjadi sebahagian daripada ekosistem yang rosak akibat perkara sebegini.

Contoh paling mudah ialah Chernobyl. Selepas insiden kemalangan nuklear pada tahun 80-an yang menyaksikan populasi bandar berkenaan dipindahkan ke tempat lain, alam semulajadi kembali semula mengisi ruang bandar Ukraine yang ditinggalkan itu. Tetapi organisma yang hidup di situ bukan saja tidak banyak, malah banyak isu lain termasuk kekurangan kepelbagaian spesies hidupan dan jangka hayat hidupan yang pendek.

Rajah 3: Mutasi dikesan dalam banyak haiwan yang ditemui di Chernobyl.

Tambah Prof Ruff lagi, dengan memberi fokus kepada satu spesies sahaja, ia menyebabkan manusia terlepas pandang kerumitan persekitaran biologi dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain serta interaksi antara semua tekanan pada masa sama.

Beliau menambah, “Terdapat pelbagai faktor yang kita harus lihat. Terdapat faktor persekitaran. Terdapat pendedahan kronik, kesan kepada generasi-generasi dan kekurangan makanan sebagai contoh. Saiz kesan l3tupan nuklear jauh lebih besar daripada apa yang anda lihat dalam persekitaran makmal dan eksperimen terkawal.”

RUJUKAN:

Stanton, Kate. (2019). Would cockroaches really survive a nuclear apocalypse?. Go Figure. https://pursuit.unimelb.edu.au/articles/would-cockroaches-really-survive-a-nuclear-apocalypse


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.