Lagu Hotel California dendangan kumpulan The Eagles adalah salah satu lagu yang paling ikonik pernah dirakam, dan membantu kumpulan itu mencatat jualan album terlaris dalam sejarah carta muzik Amerika Syarikat.

Trek lagu rock klasik musim panas dari tahun 1976 ini masih lagi segar selepas lebih dari 40 tahun kemudian, tetapi apakah maksud sebenarnya dan adakah ia berdasarkan sebuah hotel yang sebenar?

Terdapat pelbagai teori dikemukakan oleh para peminat lagu ini, antaranya ialah mengenai sebuah hospital sakit jiwa di tengah gurun California, yang paling teruk adalah teori mengenai pemujaan sy4itan dan Freemason, nampaknya mereka ni menerima nasib yang serupa dengan Led Zeppelin menerusi lagu Stairway To Heaven.

Baiklah, sebelum kita telusuri lebih lanjut apa maksud sebenar di sebalik lagu Hotel California, kita perlu ketahui setiap fakta asas lagu ini.

Such a lovely place…

Siapa yang menulis lagu ‘Hotel California’?

Kredit untuk hasil penulisan lagu ini dikongsi secara bersama oleh Don Felder selaku penggubah muzik serta Don Henley dan Glenn Frey untuk penulisan lirik. Lagu ini ditulis untuk album mereka pada tahun 1976 dengan nama album yang sama dengan lagu.

Apa yang mengilhamkan lagu itu?

Secara umumnya lagu ini lebih kepada menyentuh mengenai isu materialisme dan gaya hidup yang berlebih-lebihan. California digunakan sebagai latar lagu, tetapi sebenarnya ia boleh saja dikaitkan secara umum dengan mana-mana tempat di Amerika dan sekitarnya.

 

Don Hanley dan Glenn Frey

Pada tahun 2007, Don Henley berkata: “Saya tahu, lagu itu sangat membosankan. Ini lagu tentang ‘dark underbelly of American Dream’ (titik kelemahan American Dream) dan tentang gaya hidup mewah di Amerika yang merupakan sesuatu yang kita tahu.”

Pada tahun 2013, dia menambah lagi: “Ini lagu tentang perjalanan seseorang yang suci menimba pengalaman.”

Henley yang memilih tema lagu itu, menunjukkan bagaimana The Beverly Hills Hotel telah menjadi fokus secara harfiah dan simbolik kepada gaya kehidupan mereka pada waktu itu. Maka hotel itu telah diabadikan sebagai imej kulit album mereka.

Dia menyentuh tentang pengalaman peribadi dan kerjaya profesional mereka di Los Angeles di mana mereka memperoleh pendidikan yang luas, dalam kehidupan, cinta, dan perniagaan.

Beverly Hills masih menjadi tempat mistik dan mitos bagi mereka. Dalam pengertian itu, ia menjadi simbol, dan “Hotel” di seluruh L.A. menjadi tempat yang bermakna bagi mereka. Dalam satu kalimat, Henley menyimpulkannya sebagai pengakhiran bagi seseorang yang kekampungan lagi suci kepada seseorang yang hidup mewah dan terkenal.

Frey juga muncul dengan kisahnya sendiri, ia tentang seseorang yang bosan sedang memandu jauh di tengah padang pasir, mencari tempat untuk singgah dan berehat pada waktu malam. Namun, dia memasuki “dunia aneh yang dikelilingi oleh watak aneh”, dan merasa seperti “dihantui oleh perasaan sesak” yang terperangkap dalam jaring yang menakutkan di mana dia mungkin tidak akan mampu melepaskan diri.

Henley menulis sebahagian besar lirik lagu ini  berdasarkan idea Frey, dan juga mencari inspirasi dengan pergi bersiar-siar di tengah gurun, serta mendapat ilham dari filem dan teater.

Sementara itu, beberapa rangkap lirik, seperti ‘her mind is Tiffany-twisted, she got the Mercedes-Benz / She got a lot of pretty pretty boys she calls friends’ ditulis berdasarkan kepada kisah perpisahan Henley dengan teman wanitanya Loree Rodkin.

Don Felder

Penggunaan perkataan “steely” dalam lirik, ‘they st4b it with their steely knives, but they just can’t kill the beast’, adalah sebagai tindakbalas positif terhadap sebuah lagu dari kumpulan Steely Dan, yang sebelum itu pernah memasukkan nama kumpulan The Eagles pada liriknya: ‘Turn up the Eagles, the neighbours are listening ‘ di dalam lagu mereka ‘Everything You Did’.

Apakah tafsiran lain mengenai lagu tersebut?

Lagu itu juga telah digambarkan sebagai segala-galanya tentang masalah kemerosotan sosial dan Amerika yang tenat, sifat materalistik yang mendorong rasuah, d4dah dan kesombongan; tiada lagi sifat rendah diri dan ketulusan hati.

Maksud ini ditafsirkan sebagai metafora untuk gejala hedonisme, ker0sakan diri, dan keserakahan korupsi dalam industri muzik pada akhir 1970-an.

Dalam buku Encyclopedia of Great Popular Song Recordings, Jilid 1, Steve Sullivan berteori bahawa “semangat” yang tidak dimiliki oleh Hotel California sejak tahun 1969, merujuk kepada semangat aktivisme sosial tahun 1960-an.

Manakala, perwatakan dan jalan cerita dalam lirik lagu ini telah mengilhamkan beberapa lagi tafsiran dan sangkaan yang berbeza-beza oleh pendengar.

Pada tahun 1980-an, Pendeta Paul Risley dari Cornerstone Church di Wisconsin mendakwa bahawa ‘Hotel California’ merujuk kepada sebuah hotel di San Francisco yang dibeli oleh pengasas kultus sesat, Anton LaVey dan ditukarkan menjadi Gereja pemujaan ibl!s.

Dakwaan lain menunjukkan bahawa Hotel California sebenarnya adalah Hospital S4kit Jiwa Camarillo.

Hotel Beverly Hills yang menjadi penghias kulit album Hotel California

Perkataan ‘colitas’ dalam lagu itu ditafsirkan sebagai istilah s3ksual atau nama lain yang merujuk kepada g4nja. ‘Colitas’ bermaksud ‘ekor kecil’ dalam bahasa Sepanyol, sementara dalam bahasa slanga Mexico ia merujuk kepada tunas tanaman g4nja.

Tafsiran lain mengenai lagu itu antaranya adalah tentang ket4gihan her0in dan kanib4lisme.

Henley pernah berkata: “Beberapa tafsiran yang lebih liar tentang lagu itu sangat mengagumkan. Ini benar-benar mengenai kemewahan budaya Amerika dan tentang wanita tertentu yang kami kenali. Tetapi ia juga mengenai keseimbangan antara seni dan perdagangan yang tidak selesa.”

Demo instrumental lagu ini dimainkan oleh Don Felder di sebuah rumah sewa di Pantai Malibu.

Dia merakam trek asas dengan mesin gendang Rhythm Ace dan kemudian menambahkan rakaman gitar 12 tali di dek rakaman empat trek di bilik tidur gantinya, kemudian dicampur dalam susunan gitar bass.

Dia memberikan Don Henley dan Glenn Frey satu salinan rakaman itu. Felder, yang bertemu dengan The Eagles melalui rakan sekolah menengahnya, Bernie Leadon, mengatakan bahawa Leadon menasihatinya untuk membuat kaset lagu yang ditulisnya untuk kumpulan itu sehingga anggota kumpulan lain seperti Henley mungkin mahu bekerjasama dengannya untuk menyiapkan lagu yang mereka sukai itu.

Demo Felder untuk ‘Hotel California’ mempunyai pengaruh dari muzik Latin dan reggae, dan elemen itu telah menarik minat Henley, yang mengatakan dia menyukai lagu yang kedengaran seperti reggae Mexico atau Bolero, lalu terhasillah judul karyanya yang pertama, ‘Mexican Reggae’.

Walau apa jua maksud di sebalik lagu ini, sebagai seorang pemain gitar, penulis tidak boleh menafikan bahawa semasa mempelajari teknik solo berhantu lagu ini, penulis langsung tidak pernah memahami maksud sebenar di sebalik liriknya kerana lebih menumpukan perhatian terhadap keindahan solo gitar petikan duo Joe Walsh dan Don Felder itu.

Hotel Beverly Hills yang menjadi penghias kulit album Hotel California

Untuk proses rakaman, Felder memainkan intro menggunakan gitar Takamine bertali 12 dan solo utama menggunakan gitar standard 1959 Gibson Les Paul.

Semasa bermain di atas pentas secara langsung, Felder melakukan intro menggunakan neck atas gitar 12 tali yang berkembar itu dan beralih kepada neck 6 tali di bawah ketika beradu solo dengan Walsh.

RUJUKAN:

Songfacts : True Meaning of Hotel California by The Eagles


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.