Dah 2020 pun ada orang macam Kathirasen ni yang dok sibuk ungkit kaum sekian-sekian bayar cukai dan kalau diorang belah akan menyebabkan negara Malaysia ni melingkup.[¹]

Facepalm betullah.

Dear ‘delusional’ Kathirasen ( dia yang tulis kat bio dia).

Pendapatan kerajaan daripada cukai ni terpecah kepada dua, [²]

1. Cukai Langsung
2. Cukai Tidak Langsung

Dan daripada cukai langsung tu memang benar Cukai Pendapatan mewakili portion paling besar Cukai Langsung.

Cuma anda kena tahu bahawa Cukai Pendapatan itu pula terpecah kepada,

1. Cukai Pendapatan Syarikat
2. Cukai Pendapatan Petroleum
3. Cukai Pendapatan Koperasi
4. Cukai Pendapatan Individu
5. Cukai Pegangan
6. Lain-lain

Now, FYI wahai Kathirasen, untuk no 1-2 yang mewakili hampir 65% keseluruhan cukai langsung, majoriti yang bayar cukai Syarikat, Petroleum adalah daripada GLCs.

Kenapa saya kata begitu?

Bagi cukai petroleum rasanya umum tahu siapa lagi kalau bukan Petronas yang membayar cukai terbesar kepada kerajaan Malaysia, itu belum kita ambil kira puluhan malah mungkin ratusan bilion yang telah dikutip daripada Petronas melalui dividen kepada kerajaan kalau kita kumpulkan sejak ia mula ditubuhkan lagi.

Manakala bagi cukai korporat/ syarikat, untuk tahun 2004-2014 sahaja, G20 yang terdiri daripada 20 top GLC dah membayar
RM63.5 billion kepada hasil cukai dan juga telah membayar lebih daripada RM108.6 billion dividen kepada kerajaan dan negara dalam tempoh yang sama. [³][⁴]

Itu belum kira ratusan GLC-GLC dan agensi-agensi kerajaan yang lain tu..

And these GLCs are spearheaded by whom?

Kang kita sebut dari kaum M, Bumi.. kau kata rasis pulak.

Den tak nak lah stoop low macam Kathirasen ni yang perasaan kononnya syarikat run by kaum-kaum tertentu sahaja bagi sumbangan kepada negara. ????
.

Tu belum kita cerita lagi pula Cukai Tidak Langsung yang terdiri daripada cukai GST (dah dimansuhkan), SST, eksais duti setem dll.

Dan dari segi angka, Bumiputera menyumbang 65.9% (Melayu 60.1%) daripada jumlah isi rumah dan 59.5% agihan pendapatan seluruh negara. [⁴]

Bukankah 65.9% BUMIPUTERA ini juga yang berbelanja dan akan dikutip cukai daripada mereka?

Syarikat-syarikat run by kaum-kaum tertentu ni pun, kalau kaum majoriti tak beli dan pakai barang atau servis kau boleh ke bayar cukai akhirnya?

Baru BMF pun dah tak senang duduk..
.

Maka sebagai kesimpulan sudah-sudahla dengan hujah kaum ini bayar cukai, kaum itu bayar cukai, kalau mereka tiada, Malaysia melingkup..

Dan bila kita hujahkan kembali kau orang jugak yang melompat kang.

Kembali kepada asas, negara ni sama-sama kita duduk dan berteduh, maka sama-sama lah kita menyumbang.

Tak perlu ungkit mengungkit, dah tahun 2020 ni, tak lama lagi kereta terbang pun nak siap.

Sekian.

.
RUJUKAN:

[1] Cheers to Chinese contribution to Malaysia’s growth
https://www.freemalaysiatoday.com/…/cheers-to-chinese-cont…/

[2] PERINCIAN ANGGARAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
https://www.treasury.gov.my/…/makl…/2019/hasil/perincian.pdf

[3] Driving GLCs to greater heights
https://www.nst.com.my/…/20…/09/driving-glcs-greater-heights

[4] Government-Linked Companies:
Impacts on the Malaysian Economy
http://www.ideas.org.my/…/PI45-Government-Linked-comapnies-…

[5] LAPORAN PENYIASATAN PENDAPATANISI RUMAH DAN KEMUDAHAN ASAS -2014
https://ongkianming.com/…/Household-and-Income-Survey-2014.…

Nota Kaki 1:
Kalau kau orang perasan, GST 2017 – 4RM4.29 Bilion, GST 2018(April) – RM19.1B, vs SST 2018 (Sep-Dis) – RM4 Bilion, 2019 – RM22.4 Bilion. Inilah yang LGE kata Kerajaan dah ‘pulangkan’ RM20 Bil pada rakyat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.