Betul Ke Jerebu Ni Bukan Datang Dari Indonesia?

1,104

Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya menafikan jerebu yang melanda negara Malaysia ketika ini berpunca daripada kebakaran di Indonesia.

Beliau menyatakan:-

“Asap yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur itu dari Sarawak kemudian dari Semenanjung Malaya dan juga mungkin sebahagian dari Kalimantan Barat. Seharusnya pemerintah Malaysia objektif menjelaskannya.”

(Pautan: https://bisnis.tempo.co/read/1246481/menteri-siti-nurbaya-minta-malaysia-tak-asal-protes-soal-asap)

Hello buk menteri!

Dakwaan anda itu hanya omong kosong. Titik!

Data satelit tidak menipu.

Berpandukan data daripada satelit NOAA , Suomi-NPP , AQUA dan TERRA, sejak beberapa hari yang lalu sehingga ke hari ini, sejumlah besar titik panas disebabkan berlakunya kebakaran telah dikesan di Sumatra dan Kalimantan .

Kebakaran di Indonesia tersebut jelas memberi kesan kepada negara serantau apabila partikal – partikal halus yang terampai di atmosfera telah menyebabkan cuaca berjerebu di Malaysia dan Singapura.

Hujah ini dikuatkan apabila merujuk corak tiupan angin serantau ketika ini yang didominasi oleh angin monsun barat daya.

Angin monsun barat daya menolak jerebu dari Sumatra ke arah Semanjung Malaysia dan Singapura. Bukan jerebu dari Sarawak yang bergerak ke arah Kuala Lumpur seperti yang didakwa .

Manakala, jerebu di Sarawak pula merupakan jerebu yang bergerak dari Kalimantan .

Keadaan jerebu rentas sempadan (11 September 2019 )
Jumlah titik panas (11 september 2019 )
Titik panas yang telah dikesan dari 26 Ogos 2019 sehingga 09 September 2019
Peta taburan titik panas Indonesia yang dikeluarkan oleh BMKG ( 11 September 2019

* Gambar – gambar yang tertera merupakan bukti Indonesia ketika ini yang menjadi penyumbang utama jerebu serantau.




Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.