Betul Ke Harga Buku Di Malaysia Ni Mahal?

855

Harga buku.

Bagaimanakah harga buku ditentukan?

Amalan biasa dalam bidang book production, harga buku ditentukan melalui kerjasama maklumat antara penerbit dan pengedar.

Harga buku ini ditentukan oleh kedua pihak ini setelah melihat kos cetak sebuah buku dan juga kajian bilangan ‘confident buyer’.

Jika confident buyer sesebuah buku menunjukkan terdapat 100 unit buku bakal dibeli, maka cetakan pertama buku tersebut sewajarnya akan dibuat sebanyak 500 unit. Jika confident buyer menunjukkan terdapat 500 unit buku bakal dibeli, cetakan pertama yang wajar ialah 1000 unit. Dan jika confident buyer menunjukkan 3000 unit bakal dibeli, maka cetakan pertama yang wajar ialah 5000 unit buku.

Asas dalam book production ialah; Semakin banyak unit buku untuk dicetak, semakin rendah kos seunit buku. Maka rendahlah harga jualan sesebuah buku baharu.

Di US dan UK, tempat berpangkalannya 5 penerbit gergasi, secara rata-rata confident buyer sesebuah judul buku amat tinggi, sekitar 10 ribu hingga 50 ribu unit untuk cetakan pertama. Ini adalah normal kerana permintaan rakyat di kedua negara tersebut terhadap buku agak tinggi berbanding di Malaysia. Apatah lagi, buku-buku di kedua negara ini juga dieksport ke seluruh dunia.

Bilangan permintaan yang tinggi (baca: bilangan pembaca buku) dan confident buyer yang baik, mewajarkan harga buku di kedua negara ini menjadi murah.

Ini berbeza dengan buku tempatan di Malaysia kini yang secara purata tidak mempunyai permintaan tinggi, apatah lagi confident buyer.

Tahukah anda, 10 tahun dahulu penerbit besar di Malaysia selamba saja boleh mencetak cetakan pertama dengan sebanyak 5 ribu hingga 10 ribu unit kerana yakin terdapat pembeli.

Kini? Cetak 1 ribu atau 2 ribu unit pun semput nak jual.

Anda mahu buku di Malaysia menjadi murah? Maksud saya buku baharu tempatan?

Jawapannya mudah, hasut kawan-kawan dan keluarga anda untuk beli dan baca buku tempatan. Buku terbitan The Patriots misalnya.

Saya terus terang, jika permintaan tinggi yarabbi, saya sendiri akan turunkan harga jualan buku The Patriots. Perkara ini memang telah dimulakan apabila kami menawarkan diskaun (pengurangan harga jualan) setelah melihat permintaan semakin baik.

Btw, harga buku import di Malaysia memang akan terus mahal selagi prestasi ringgit terus merudum.

Selamat pagi!

Ruangan komen telah ditutup.