Polemik ganja di Malaysia ini semakin menjadi parah apabila ramai mendesak kerajaan untuk menghalalkannya atas tujuan perubatan. Malah terdapat sebuah negeri ingin menjadikan ganja sebagai hasil utama eksport mereka. Bagi golongan bani tenang pula, penghalalan ganja akan membuatkan Malaysia miliki lebih ramai angkasawan berbanding Amerika Syarikat dan Rusia.

Ditambah pula baru-baru ini, Thailand telah menarik segala larangan ke atas ganja. Hal itu telah membuatkan segala perkara baik mengenai ganja terus terserlah dan salah satunya ganja boleh buat daging ayam jadi lebih sedap. Macam mana tu?

Semuanya bermula apabila, seorang petani di utara Thailand diberikan kebenaran untuk menanam ganja atas tujuan perubatan. Hampir setiap bulan, terdapat lebihan ganja yang tidak diperlukan dan rugi pula kalau dibuang begitu sahaja. Fikir punya fikir, dia dapat idea untuk campur ganja di dalam makanan anak ayam. Dia mahu lihat sama ada ayam miliki tindak balas seperti manusia atau tidak iaitu kuat makan dan menuju bulan.

Hal ini telah menarik perhatian pihak Chiang Mai University untuk sama-sama mengkaji tindak balas ganja terhadap ayam, Sebagai permulaan, kedua-dua pihak telah mencampurkan ganja di dalam makanan 1000 ekor ayam di ladang. Jika eksperimen ini berjaya, ganja dijangka mampu mengurangkan kebergantungan penternak kepada antibiotik. Malah ganja juga senang didapati kerana boleh ditanam sendiri.

Setelah beberapa waktu, mereka mendapati ayam yang diberi ganja agak tahan dengan penyaki dan daging ayam juga lebih sedap. Apa yang menariknya adalah tiada unsur-unsur ganja dapat dikesan dalam daging dan telur ayam. Tingkah laku ayam juga tidak berubah selepas mereka diberikan ganja. Berlainan pula dengan manusia kerana dengan mudah kita dapat mengesan orang yang mengambil ganja.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah hasil akhir daripada eksperimen ayam diberi makan ganja kerana masih lagi di peringkat awal. Hal ini demikian kerana masih lagi banyak kajian yang perlu dilakukan bagi melihat keberkesanan ganja terhadap ayam. Antaranya adalah berapa kuantiti ganja yang patut dihadam oleh ayam. Ganja jenis apakah yang sesuai dengan ayam sama ada rebus, daun ataupun dicampur dengan coke.

Biarpun eksperimen ini masih di peringkat awal, ayam yang diberi makan ganja telah dijual di pasar-pasar sekitar Thailand. Harga yang agak mahal tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat Thailand untuk mendapatkan ayam diberi makan ganja. Ini kerana pada pendapat mereka, ayam diberi makan ganja lebih organik berbanding ayam dicucuk antibiotik.

“Rasanya sedap dan khayai”. Kata ayam ketika sedang makan dedak dicampur ganja

Jadi jika eksperimen ini berjaya, ganja akan menjadi makanan utama ayam lantas menjadikan haiwan itu lebih organik dan bebas bahan kimia. Bagaimana pula dengan Malaysia, adakah kita masih lagi berkeras untuk mengharamkan ganja dikala negara lain sudah menggunakan tumbuhan itu untuk kebaikan sejagat? Jawapannya adalah tepuk dada dan jangan ngisak.

Kesimpulannya, apa yang dibikin oleh Thailand ada satu revolusi dalam penggunaan ganja. Jika berjaya, mungkin persepsi buruk terhadap ganja akan berubah. Kepada golongan bani tenang sekali, mungkin anda boleh jadikan ganja sebagai makanan ayam untuk desak kerajaan halalkan ganja. Tapi pastikan ayam yang makan ganja dan bukan anda.

RUJUKAN:

Priya Kulasagaran. (2022, Jun 13). Chicken farmers in Thailand swap antibiotics for cannabis, claim chickens have better meat. Malay Mail. Dipetik daripada https://www.malaymail.com/news/life/2022/06/13/chicken-farmers-in-thailand-swap-antibiotics-for-cannabis-claim-chickens-have-better-meat/12049

Ratcliffe, R. (2022, Jun 15). How cannabis-fed chickens may help cut Thai farmers’ antibiotic use. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/world/2022/jun/15/cannabis-fed-chickens-may-help-cut-farmers-antibiotic-use-thai-study-shows


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply