Netizen pasti mengingati plot twist dalam Star Wars ketika Darth Vader berkata pada Luke Skywalker.

“Luke, i am your father”

… Sebenarnya salah.

Dialog sebenar yang dilontarkan oleh James Earl Jones ialah.

“No, i am your father”

Ini dipanggil Mandela Effect. Fenomena memori salah, dimana otak mengingat sesuatu peristiwa itu berbeza daripada perkara sebenar ataupun peristiwa yang diingati itu sebenarnya tidak pernah wujud pun.

Begitu juga dengan dialog yang viral baru-baru ini. Yang kemudiannya kita akan terlintas watak pemuzik HM Busra dalam bujang lapok.

“Maznah ke tu?”

Arwah HM Busra tidak pernah mengeluarkan dialog ini. Dialognya yang sebenar dalam Seniman Bujang Lapok ialah.

“Siapa tu? Maznah ya” – HM Busra

Dialog ‘Maznah ke tu’ sanadnya jika di susur asal usulnya, dituturkan oleh watak Wan Kaswi, babak dimana pelakon almarhum Azwan Annuar menjawab telefon sebelum mengelek Usop Wilcha dengan traktor dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah 2010

Kemudian dialog ini diguna semula oleh Nayan dalam Hantu Kak Limah 2018.

Bagaimanapun, dialog ini sememangnya tribute khas untuk watak yang dibawakan oleh HM Busra dalam Seniman Bujang Lapok.

Memori ni kalau jadi masa jawab soalan peperiksaan memang pedih. Ingat lain, jawab lain.

Artikel dikirimkan oleh Muhamad Khair untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.