Selalunya kalau kita tengok video pasal anjing, kerap kali kita akan video terjumpa anjing banyak kali selamatkan tuan dia sebab naluri dia. Seolah olah mereka ni macam ada deria keenam. Dan itu persoalan untuk hari ini. Betul ke anjing punya deria ni merentasi ruang dan masa?

Untuk hal ini, kita kena perhatikan dahulu apa yang menyebabkan anjing mempunyai kebolehan sebegini – deria menghidu yang sangat tajam. Sebagai pemula, reseptor olfaktori merupakan komponen saraf yang bertanggungjawab pada kebolehan menghidu hidupan. Apabila sesuatu bahan kimia itu memasuki hidung dan melekat pada reseptor olfaktori, maka sebuah isyarat akan dihantar ke otak untuk memproses isyarat berkenaan. Pada masa pemprosesan data inilah otak akan menentukan isyarat itu berbau apa.

Gambar 1: Diagram deria hidu anjing. Hak milik Laboratory DermaPharm.

Kalau wangi, wangi lah. Kalau busuk, busuk lah. Secara puratanya, manusia mempunyai 5 juta reseptor olfaktori dalam hidung mereka. Berbanding manusia, anjing pula mempunyai sekitar 300 juta reseptor olfaktori! Kira kira 60 kali ganda lebih banyak berbanding manusia. Selain itu, bahagian otak yang memproses data bau bauan dalam otak anjing adalah lebih banyak berbanding manusia. Jadi, ini membolehkan anjing itu mempunyai kebolehan menghidu yang sangat peka.

Gambar 2: Perbezaan saiz dan jumlah reseptor saraf olfaktori.

Sebagai contoh, manusia boleh mengenal pasti bau bunga ros yang berada beberapa meter di hadapannya. Anjing pula boleh mengenal pasti bunga ros tu beratus ratus meter jauh darinya, dan anjing juga boleh tahu di mana bunga itu berada walaupun disorok daripada penglihatannya. Selain itu, ia juga boleh membezakan bau bunga ros tersebut walaupun dijambakkan dengan pelbagai lagi jenis bunga lain. Disebabkan kebolehan menghidu anjing yang sangat peka ini, kebolehan menghidu mereka seolah olah ‘merentasi ruang dan masa’.

Sudah tentulah maksud saya di sini bukanlah merentas masa macam cerita sains fiksyen tu, ia lebih kepada kebolehan anjing itu untuk mengetahui itu bau lama atau baharu. Sebagai contoh, apabila anjing itu membau seseorang, anjing itu akan tahu tentang apa yang telah dilakukan oleh seseorang itu berdasarkan bau bauan yang melekat padanya. Misalnya, kalau dia terbau peluh, asap dan debu pasir, maka anjing itu tahu orang itu mungkin bekerja di jalan raya atau bangunan yang tengah dibina.

Sekiranya dia terbau bauan ini berdasarkan angin yang bertiup ke arah anjing, maka anjing itu tahu ada seseorang yang bekerja di sektor yang disebutkan sedang berjalan ke arahnya. Ini secara teknikalnya menjadikan anjing tu dapat bau ‘masa depan’. Tapi yang lebih menarik pasal anjing ini ialah macam mana dia tahu orang tu baik atau jahat. Ingat tak bila saya cakap anjing dapat bau semua benda pada badan manusia? Benda tu termasuk hormon manusia.

Contohnya, apabila seseorang yang berniat jahat atau sedang marah berjalan ke arah si fulan ini, anjing tu dapat membau hormon adrenalin yang sedang mengalir deras pada si jahat tu. Lantas daripada itu, terus si anjing ni akan cuba untuk menarik tuannya si fulan itu pergi jauh daripada si jahat. Ini juga menjadikan anjing sebagai haiwan yang nalurinya sangat mudah dipercayai.

Kalau dah dia tak suka pada seseorang itu, maknanya orang tu mungkin ialah orang yang jahat sebab boleh jadi anjing itu terbau darah atau dadah daripadanya. Sama juga dengan kes bencana alam. Apabila dia terbau anomali seperti bau ozon hujan yang mencucuk, bau burung terbang beramai ramai dan tekanan barometer, terus anjing itu akan cuba untuk melarikan diri kerana dapat mengenal pasti ribut taufan yang bakal berlaku.

Jadi, persoalannya, adakah anjing ni mempunyai deria membau yang merentasi ruang dan masa? Secara teknikalnya, ya.

RUJUKAN:

Johnen, D., Heuwieser, W., & Fischer-Tenhagen, C. (2013). Canine scent detection—Fact or fiction?. Applied Animal Behaviour Science148(3-4), 201-208.

Kokocińska-Kusiak, A., Woszczyło, M., Zybala, M., Maciocha, J., Barłowska, K., & Dzięcioł, M. (2021). Canine olfaction: physiology, behavior, and possibilities for practical applications. Animals11(8), 2463.

Vesga, O., Agudelo, M., Valencia-Jaramillo, A. F., Mira-Montoya, A., Ossa-Ospina, F., Ocampo, E., … & Osorio, J. E. (2021). Highly sensitive scent-detection of COVID-19 patients in vivo by trained dogs. PloS one16(9), e0257474.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply