Baru-baru ini ada pembantu jualan yang menyatakan bahawa orang yang gemar check tanda harga semasa membeli barang adalah miskin hina. Malah pembantu jualan itu mendakwa apabila pelanggan sudah melihat tanda harga, mereka akan terus berlalu pergi tanpa buat sebarang pembelian. Jika ada yang berbuat demikian, pembantu jualan itu tidak akan melayan pelanggan itu kerana membuang masa sahaja.

Hal ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada warganet. Ada yang menyatakan pembantu jualan itu sombong kerana gajinya sendiri pun belum tentu cukup nak beli barang di tempat dia bekerja. Ada juga yang cakap, pelanggan nak berjimat-cermat dengan mencari barang yang setanding dari segi harga dan kualiti.

Persoalannya sekarang betul ke check tanda harga masa membeli belah dianggap sebagai miskin hina? Sebenarnya tanggapan ini bersifat separa benar kerana tidak semua pelanggan yang keluar tangan kosong daripada kedai adalah miskin-miskin belaka. Untuk itu kita perlu lihat daripada dua sudut pandang iaitu pelanggan dan kedai.

Kebanyakan pelanggan lebih gemar masuk ke banyak kedai untuk meninjau harga terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Jika kedai tersebut mampu memenuhi kemahuan pelanggan, pembelian barangan akan berlaku. Jadi disini pelanggan akan mencari tawaran yang lebih menarik untuk membeli sesuatu produk. Sebagai contoh terdapat beberapa barangan di 99 Speedmart dijual lebih murah berbanding kedai acheh. Pelanggan yang bijak akan memilih 99 Speedmart dan itu tidak membawa makna bahawa mereka keluar dari kedai acheh dengan tangan kosong sebagai miskin.

Selain itu, ramai pelanggan sangat bergantung kepada diskaun yang ditawarkan oleh kedai. Ini kerana tidak ramai yang mampu membeli barang premium pada harga begitu mahal. Maka penawaran diskaun sangat dinanti-nantikan oleh mereka. Sebagai contoh, beberapa kedai seperti Brand Outlet sentiasa menerima kehadiran pelanggan yang agak ramai. Dengan tawaran 3 helai baju RM50 dan beli satu percuma satu, diskaun tersebut sudah cukup murah bagi sesetengah pelanggan.

Sekarang ini kita pergi kepada sudut pandang kedai pula. Sebelum nak mula apa-apa perniagaan, perkara paling mustahak yang perlu diambil tahu adalah apa masalah pelanggan. Contohnya, anda tinggal di luar bandar dan sering menghadapi kesukaran untuk dapatkan barang runcit dengan harga murah. Nak pergi pasar raya pula terlalu jauh dan mahu tak mahu, terpaksa juga bergantung pada kedai acheh.

99 Speedmart nampak masalah ini lantas terus membuka begitu banyak cawangan di luar bandar dan kawasan yang jauh dari pasar raya. Hasilkan 99 Speedmart berjaya selesaikan masalah pelanggan lantas dapat menjana keuntungan. Jadi apa yang boleh dipelajari adalah buka kedai di tempat yang sesuai.

Jangan sesekali membuka kedai yang menjual barangan premium di kawasan perumahan kos rendah atau flat. Perkara tersebut membawa makna bahawa kedai itu tidak mengenal pelanggan sendiri. Apabila itu terjadi, jangan terkejut jika pelanggan hanya masuk untuk lihat harga sahaja.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bukan itu sahaja, layanan yang kurang mesra daripada kedai juga membuatkan pelanggan terus keluar serta-merta. Sebelum ini, banyak kali kes pembantu jualan menjadi punca pelanggan membatal niat untuk membeli barangan di kedai. Antaranya adalah pembantu jualan tidak akan melayan anda jika berpakaian murah ke kedai premium. Sikap sebegini adalah kurang elok kerana kita tidak perlu judge orang lain dari aspek luaran sahaja.

Jadi jika pembantu jualan sendiri seseolah tidak mengalu-alukan kehadiran pelanggan, tiada sebab untuk mereka kekal dan membeli di kedai tersebut.

Kesimpulannya, jangan beranggapan pelanggan yang keluar tangan kosong daripada kedai adalah miskin hina. Ini kerana mungkin mereka tidak dapat cari apa yang dimahukan dan anda tidak menyelesaikan masalah mereka. Selepas ini anggap sahaja tiada rezeki untuk dapat mendapatkan duit daripada pelanggan.


The Human’s Complex bercerita tentang selok-belok minda, pemikiran dan tingkah laku manusia. Sangat kena dengan perangai orang yang kita bincang ni, kerana minda manusia adalah satu “daerah” yang masih lagi belum diterokai sepenuhnya oleh saintis memandangkan ia sangat kompleks dan proses kajiannya sungguh rumit sekali. Namun banyak benda sekarang kita tahu tentang minda manusia. Maka kami mempelawa kalian beli kombo The Human’s Complex bersama World Without Walls III yang kini ada dalam bahasa Inggeris:

World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Adams, K. (2021, Mei 4). 5 reasons people leave your stores without buying anything (and how to fix it). Bindy. Dipetik daripada https://blog.bindy.com/5-reasons-people-leave-your-stores-without-buying-anything-and-how-to-fix-it/

Sanders, B. (2017, September 27). 12 reasons people leave your store without buying anything. The Business Journal. Dipetik daripada https://www.bizjournals.com/bizjournals/how-to/growth-strategies/2017/09/12-reasons-people-leave-your-store-without-buying.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply