Bagi peminat England, ketidakmampuan negara itu menjulang Piala Dunia dan Piala Eropah adalah satu pencapaian yang agak memalukan. Hal ini kerana mereka menyatakan England seharusnya tidak miliki masalah untuk memenangi sebarang kejohanan bola sepak kerana sukan tersebut berasal daripada negara mereka.

Tetapi lain pula yang jadi kerana England seringkali buat lawak ketika beraksi di Piala Dunia dan Piala Eropah. Ditambah lagi England miliki pemain seperti Harry Maguire, makin jadi lawak corak permainan England. Persoalannya, betul ke bola sepak yang kita main petang-petang hari ini berasal daripada England?

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Jika nak bercakap tentang sukan yang memerlukan kita menyepak bola menggunakan kaki sudah wujud dalam kebanyakan tamadun. Jadi awal-awal, kenyataan bola sepak berasal daripada England adalah sangat dangkal. Namun, sukan seumpama itu tidak pernah berkembang menjadi bola sepak moden. Malah ada yang berkembang menjadi sukan lain seperti sepak takraw sebagai salah satu contoh.

Sebenarnya bola sepak berasal daripada latihan ketenteraan untuk membentuk ketumbukkan Empayar Rom yang kuat dan berstamina tinggi. Latihan ketenteraan tersebut dipanggil sebagai Harpastum yang sering diamalkan secara intensiti tinggi oleh tentera Rom sebelum mula berperang. Harpastum ini dikatakan telah wujud sejak abad ke-5 sebelum masihi.

Macam mana Harpastum dimainkan oleh tentera Rom?

Untuk bermain Harpastum, anda memerlukan dua pasukan berjumlah 12 sehingga 14 orang pemain untuk berlawan sesama sendiri. Setelah itu kedua-dua pasukan perlu mengekalkan bola secara ball possession selama mungkin. Bagi pihak lawan yang mahu mendapatkan penguasaan bola, mereka dibenarkan untuk melakukan bentesan, memukul serta menanduk dada pemain lain tanpa dikenakan sebarang layangan kad. Nampak lebih kurang macam bola sepak moden tetapi bezanya adalah tentera Rom tidak menjaringkan gol ke gawang pihak lawan.

Jadi apa kaitan antara Harpastum dan asal-usul bola sepak moden.

Ceritanya begini, ketika Rom memasuki era Pax Romana, empayar itu telah menguasai hampir keseluruhan Eropah, Afrika Utara, Levant dan Asia Minor. Perluasan kuasa tersebut telah membuatkan tentera Rom perlu berpindah ke tanah jajahan lain untuk menahan serangan anasir luar. Secara tidak langsung, tentera Rom turut membawa Harpastum ke tanah jajahan seperti Kepulauan British.

Puak Briton

Apabila tentera Rom sedang berlatih, puak Briton yang menduduki kepulauan British telah melihat Harpastum. Sedikit demi sedikit, puak Briton mula mengadaptasi latihan ketenteraan tersebut sebagai permainan untuk mengisi waktu lapang.

Walau bagaimanapun, rekod terawal tentang kewujudan Harpastum di kepulauan British adalah pada tahun 410 apabila Raja Vortigern telah mengarahkan pawang diraja untuk mencari kanak-kanak lelaki untuk dijadikan korban. Secara tidak sengaja, dia telah melihat kanak-kanak lelaki sedang menendang bola. Itulah bukti terawal, orang Inggeris bermain bola sepak.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Selepas itu semuanya sudah menjadi sejarah dan bola sepak berjaya mencapai kegemilangan sebagai sukan paling popular walaupun pada asalnya adalah latihan ketenteraan sahaja.

Kesimpulannya, bola sepak berasal daripada Empayar Rom ataupun lebih tepat lagi adalah Itali yang pernah menjadi pusat empayar tersebut. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan sumbangan England dalam menstrukturkan kembali Harpastum kepada bola sepak moden yang kita kenali hari ini. Jika tidak kerana England, mungkin kita masih lagi bermain bola persis orang Rom yang sangat memerlukan ketahanan fizikal.

RUJUKAN:

Butterfield, D & McCormick, G. (n.d). Greeks, Romans, Monks and murder: Chaotic history of football in Britain. Antigone. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply