Sejak pertama kali ditayangkan pada bulan Ramadan tahun 2007, Upin & Ipin terus dapat mencapai begitu banyak kejayaan sehingga ke hari ini. Antaranya adalah Upin & Ipin melalui filem Keris Siamang Tunggal berjaya memenangi anugerah Best Animation of The Year di Beijing Animation and Game Industry Awards.

Malah boleh dikatakan Upin & Ipin adalah pencetus kepada kebangkitan industri animasi negara melalui kelahiran animasi shounen iaitu Boboiboy dan animasi dark seperti Ejen Ali.

Apa yang membuatkan animasi Malaysia sangat power adalah ketiga-tiganya telah disiarkan di begitu banyak negara. Sebagai contoh, Upin & Ipin sudah menjadi animasi kegemaran kanak-kanak Indonesia sehingga dianggap sebagai satu alat propaganda. Hal ini diakui sendiri oleh Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) iaitu Agung Suprio bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Pengaruh Upin & Ipin di Indonesia memang sangat besar. Buktinya, masyarakat di sana pernah mendakwa bahawa mereka telah menjumpai kubur Upin & Ipin di Sulawesi Tengah. Mereka mengatakan kedua-duanya telah meninggal pada tahun 1995 dan 1996. Secara tidak langsung ada yang mendakwa idea dua orang kembar berkepala botak ini berasal daripada Indonesia. Namun penerbit Upin & Ipin iaitu Burhanuddin Md Radzi menafikan telah menafikan dakwaan tersebut.

Tapi sebelum kehadiran Upin & Ipin, Malaysia terlebih dulu pernah miliki propaganda yang pernah menakluk Indonesia iaitu rock kapak ataupun slow rock. Cakap sahaja nama Search, Iklim ataupun Exists, pasti seantero Indonesia mengenali lagu-lagu kumpulan tersebut. Namun propaganda rock kapak tidak bertahan lama apabila Indonesia menyekat muzik daripada luar agar tidak bermaharajalela di negara mereka.

Selepas itu secara perlahan-lahan musik Indonesia mula menakluk Malaysia sehingga band seperti Metalasia, Exists dan XPDC tidak mampu melawan. Namun kita perlu berterima kasih kepada Spider dan gelombang kebangkitan indie kerana berjaya menyekatkan dominasi muzik Indonesia.

Kemunculan Upin & Ipin telah membawa kembali memori rock kapak yang pernah menakluk Indonesia suatu ketika dahulu. Kembali persoalan di atas tadi, betul ke Upin & Ipin adalah alat propaganda untuk menakluk Indonesia?

Menurut Agung Suprio sendiri, Upin & Ipin merupakan propaganda yang positif ataupun dalam erti kata lain adalah “soft power”. Hal ini demikian kerana Upin & Ipin telah memperkenalkan budaya Malaysia yang sopan, ramah, sangat beragama dan bertoleransi kepada masyarakat antarabangsa.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Ditambah pula, Upin & Ipin miliki nilai moral yang sangat tinggi walaupun series itu memaparkan realiti sebenar betapa degilnya sekumpulan kanak-kanak kampung.

Bukan itu sahaja, Agung Suprio juga mengatakan Upin & Ipin telah membuatkan imej Malaysia di mata dunia semakin baik sehingga mampu menarik kehadiran pelancong. Beliau juga turut membandingkan animasi Malaysia dan Indonesia yang tidaklah terlalu jauh kualitinya. Tetapi bezanya adalah Malaysia telah memberikan subsidi untuk menghasilkan animasi manakala di Indonesia, nak hasilkan animasi memang cukup mahal. Baik buat sinetron zoom in zoom out je.

Senang cerita, Upin & Ipin dan animasi lain boleh dikatakan soft power untuk memperkenal Malaysia di peringkat antarabangsa. Cuma jangan pula secara tiba-tiba Indonesia menyekat Upin & Ipin kerana katanya sudah ramai kanak-kanak Indonesia bisa bicara loghat Johor-Riau kerana animasi tersebut.

RUJUKAN:

Nabil Ahmad Nor Azwan. (2021, September 12). Upin & Ipin alat propaganda. Kosmo Online. Dipetik daripada https://www.kosmo.com.my/2021/09/12/upin-ipin-alat-propaganda/

Selma Intania Hafidha. (2021, September 15). Upin & Ipin tanggapi ketua KPI soal propaganda Malaysia, ini 5 faktanya. Liputan 6. Dipetik daripada https://hot.liputan6.com/read/4658816/upin-amp-ipin-tanggapi-ketua-kpi-soal-propaganda-malaysia-ini-5-faktanya


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply