Ahmad Nisfu, salah seorang pelakon kegemaran P. Ramlee meninggal dunia pada 25 Jun 1972. P. Ramlee banyak beri watak ‘terhormat’ kepada Ahmad Nisfu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Contoh: Sultan, pengarah filem, bapa mentua sporting, tauke sampan (walaupun jahat tapi masih style!)

Mungkin ramai yang tak tahu perkara ini. Cerita asal IBU MERTUA KU ditulis oleh Ahmad Nisfu yang kemudiannya diolah kembali oleh P. Ramlee.

Menurut beberapa sumber, Ahmad Nisfu hanya menulis dan membaca dalam tulisan Jawi. Beliau antara seniman veteran dari kumpulan bangsawan yang tidak buta huruf.

Kisah yang pernah tular di internet: Ahmad Nisfu hidup sebatang kara di sebuah kubu peninggalan tentera Jepun dalam keadaan yang sangat daif.

Padahal Ahmad Nisfu hidup rileks je dengan anak cucunya. Semasa menghembuskan nafas terakhir, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu.

Ahmad Nisfu lambat sikit terjun ke dunia filem sebab dia lebih banyak berlakon dengan grup wayang bangsawan. Selepas banyak grup wayang bangsawan ni gulung tikar pada penghujung 1950-an (dan bisnes filem sedang mencanak naik) barulah Ahmad Nisfu dapat peluang berlakon filem.

Ahmad Nisfu lambat sikit terjun ke dunia filem sebab dia lebih banyak berlakon dengan grup wayang bangsawan. Selepas banyak grup wayang bangsawan ni gulung tikar pada penghujung 1950-an (dan bisnes filem sedang mencanak naik) barulah Ahmad Nisfu dapat peluang berlakon filem.

Filem pertama Ahmad Nisfu: Anak Pontianak (1958) diikuti dengan filem Gergasi (1958). Kedua-dua filem ni terbitan studio Jalan Ampas.

Filem Gergasi ni ala-ala Frankenstein sikit. Anda boleh cuba tonton.

Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang tinggi apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi.

Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.

Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P. Ramlee ialah Musang Berjanggut (1959), Nujum Pa’ Blalang (1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Madu Tiga (1964) dan
3 Abdul (1964).

Filem-filem lain yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di studio Jalan Ampas ialah Doctor (1958), Saudagar Minyak Urat (1959), Siti Muslihat (1962), Gerhana (1962), Korban (1963), Pileh Menantu (1963), Siapa Besar! (1964), Pusaka Pontianak (1965), Sayang Si Buta (1965), Dayang Senandong (1965), Sri Andalas (1966), Lampong Karam (1967) dan A Go Go 67 (1967).

Satu perkara menarik tentang Ahmad Nisfu, dia tak mengikat kontrak dengan mana-mana studio. Dia lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat lihat Ahmad Nisfu juga turut berlakon di dalam filem-filem di studio Cathay Keris.

Filem-filem Ahmad Nisfu di Cathay Keris:

Dang Anom (1962), Tun Fatimah (1962), Jula Juli Bintang Tujoh (1962), Laila Majnun (1962), Lanchang Kuning (1962), Darah-Ku (1963), Bayangan Di-Waktu Fajar (1963), Bunga Tanjong (1963), Tajul Ashikin (1963), Pontianak Kembali (1963), Ayer Mata Duyong (1964), Wan Perkasa (1964), Istana Berdarah (1965), Dua Kali Lima (1966), Playboy (1967), Mat Raja Kapor (1967), Si-Murai (1968), Nafsu Belia (1969), Puaka (1970), Linang Nuraka (1970), Mat Karung Guni (1970) dan yang terakhir Jahanam (1971).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Comments are closed.