Pengguna FB ni kata, kaum lain pun ada apply untuk position public sector. Walaupun dia tak cakap secara jelas. Tapi, den memang dapat rasa yang dia nak cakap kaum selain Bumiputera didiskriminasikan dalam pengambilan kerja dalam kerajaan.

Den memang rasa dia ni biadap ya amat. Den nak marah kat orang buta, tak guna jugakkan. Tapi, tak apalah den pun ada benda nak tunjuk kat dia.

Kalau tengok dalam table tu. Setiap tahun kaum Bumiputera dan Bukan Bumiputera akan apply dan direkrut dalam sektor kerajaan. Tapi, den tak nak ulas setiap tahun dalam gambar tu. Den cakap pasal tahun 2010 tu jek lah.

Pemohon untuk tahun 2010 mengikut kaum
Melayu Bumiputera – 754 106
Bumiputera lain – 109 985
Cina – 19 216
India – 32 708

Yang berjaya diterima bekerja dalam kerajaan.
Melayu Bumiputera – 14 430
Bumiputera lain – 2 083
Cina – 907
India – 3 105

Peratusan yang diterima dalam kerajaan.
Melayu Bumiputera – 1.91%
Bumiputera lain – 1.89%
Cina – 4.72%
India – 9.49%

Sebelum den kena tanya macam mana dapat peratusan tu. Senang jo. Yang diterima/Pemohon x 100%

Pengguna FB ni tanya ‘BUT WHO GETS THE JOB’. Den dah tunjukkan. Peratusan untuk bekerja dengan kerajaan antara kaum. Cina dengan India paling tinggi sekali dengan masing-masing 4.72% dan 9.49%.

Masalah kedua, tengoklah berapa ramai yang memohon dalam sektor kerajaan mengikut kaum. Takkan ekau nak bising Melayu dan Bumiputera lain ramai kerja kerajaan sebab diskriminasi. Masalahnya, memang Melayu dan Bumiputera lain pun ramai mohon kerja dalam kerajaan. Kaum yang lain kurang mohon lepas tu ekau cakap dorang tak dapat kerja kerajaan pulak.

Den tak faham kenapa kerajaan baru ni lembab sangat dalam isu-isu agama dan bangsa ni. Kerajaan nak sangat berlaku racial tension kali kedua ke? Semoga ada tindakan diambil kepada mereka-mereka yang sewenang-wenangnya mengacau keharmonian negara kita seperti mana dalam gambar ini.

Ekau rasa biadap tak biadap pengguna FB tu.

Den memang tak suka orang cakap bangsa den pemalas. Tapi den lagi tak suka orang cakap bangsa den discriminate kaum lain.

Siapa yang paling banyak didiskriminasikan?

Rujukan:

Edmund Terrence Gomez (2013) The New Economic Policy in Malaysia: Affirmative Action, Ethnic Inequalities, and Social Justice (page 188)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.