Penghasilan air maulihayat (Elixir of Immortality) atau kita kenal sebagai ‘Philosopher Stone’ (Batu Hikmah) adalah ilmu alkimia tertua dan terkenal sepanjang lipatan sejarah.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Tamadun China dikatakan adalah pelopor kepada penghasilan air maulihayat ini dan ramai maharaja berusaha hasilkan air maulihayat yang sempurna namun pengakhirannya hanya tragik semata. Antara maharaja/raja China yang berusaha hasilkan Air Maulihayat adalah:

  • Raja Qingxiang (298-263 SM)

Mengikut lagenda, raja Qingxing yang yang memerintah negeri Chu ini pernah hasilkan Air Maulihayat namun air maulihayat itu dirampas kemudian diminum oleh salah satu pengawalnya.

  • Maharaja Qin Shi Huang (210 SM)

Maharaja yang pertama menyatukan seluruh China ini obses dengan kehidupan abadi di akhir hayatnya. Baginda pernah menghantar beberapa ekspedisi ke luar China semata-mata mencari air maulihayat tersebut.

Ekspedisi terakhir yang diketuai oleh ahli alkimia bernama Xu Fu tidak kembali ke China setelah melakukan penjelajahan dua kali di Jepun. Sesetengah ahli alkimia China memberikan pil merkuri dan menyakinkan Huang akan keberkesanannya menjadi hidup abadi namun akhirnya baginda m.ati diracun.

  • Maharaja Wu (141-87 SM)

Maharaja dinasti Han ini pernah melantik beberapa ahli alkimia untuk membantu baginda mencari Air Maulihayat. Ahli alkimia bernama Li Shaojun pernah memberitahu baginda akan cara menghasilkan air maulihayat tetapi memerlukan roh untuk menjayakannya. Pada akhirnya, segala usaha Wu tiada hasilnya.

  • Maharaja Ai (365)

Pada usia 25 tahun, maharaja dinasti Jin ini risau akan penuaaan dirinya dan pasukan ahli alkimia memberikan pil yang dipercayai mampu undurkan usia. Namun baginda juga menerima nasib yang sama seperti maharaja Qin.

  • Maharaja Daowu (371-409)

Maharaja yang memerintah Utara Wei ini berminat dengan ilmu alkimia kemudian berusaha menghasilkan Air Maulihayat. Air maulihayat-air maulihayat yang baginda hasilkan akan diuji menggunakan banduan yang bakal menerima hukuman m.ati. Hasilnya gagal dengan kem.atian para banduan setelah menelan air maulihayat dan Daowu tidak lagi meneruskan kajiannya.

  • Maharaja Wu, Dinasti Liang (502-549)

Maharaja Wu ini mengetahui akan Air Maulihayat tetapi tidak seperti maharaja terdahulu, baginda curiga akan keberkesanannya. Walau bagaimanapun, baginda minum juga air maulihayat tersebut atas pujuk rayu ahli alkimia diraja. Baginda tidak merasa apa-apa dan beberapa tahun kemudian Wu mangkat akibat sakit.

  • Maharaja Wenxuan (550-559)

Seperti maharaja Wu dinasti Liang, maharaja pertama dari Utara Qi mencurigai akan Air Maulihayat namun atas sikap ingin tahu, baginda hasilkan juga air maulihayat tersebut dan disimpan dalam kotak jed agar baginda meminumnya ketika usia tua. Tiada sumber sahih tentang Wenxuan meminum air maulihayat itu.

  • Maharaja Xianzong (805-820)

Maharaja dinasti Tang ini berminat tentang Air Maulihayat dan baginda mengarahkan para alkimia diraja buatkan air maulihayat untuk dirinya. Siap hasilkan air maulihayat, Xianzong terus minum, tidak pedulikan arahan dari ahli alkimia akan ujian air maulihayat itu. Akhirnya, baginda menjadi gila dan dib.nuh oleh salah satu sida.

  • Maharaja Muzong (820-824)

Maharaja yang mengambil takhta dinasti Tang dari ayahandanya ini percaya bahawa air maulihayat yang Xianzong minum itu perlu diminum banyak kali sehingga mendapat kesan hidup abadi. Akibat tebiat meminum air maulihayat, baginda keracunan oleh merkuri.

  • Maharaja Wuzong, Dinasti Tang (840-846)

Pada akhir hayat, Wuzong yang mengalami sakit tua berbaring di katil dan meminum Air Maulihayat atas arahan ahli alkimia. Akibatnya, baginda sukar bertutur selama 10 hari dan mengalami kekacauan emosi. Wuzong kemudian mangkat pada 846.

  • Maharaja Xuanzong, Dinasti Tang (846-859)

Xuanzong dipujuk oleh ahli alkimia untuk meminum Air Maulihayat pada akhir pemerintahan baginda. Xuanzong minum air maulihayat itu dan baginda mengalami paranoid dan mudah marah. Tahun 859, tumbuh bisul di belakang baginda dan mangkat pada tahun yang sama. Baginda diisytiharkan mangkat akibat keracunan merkuri.

  • Maharaja Zu Wen (907-912)

Maharaja yang menggulingkan dinasti Tang dan pengasas dinasti Liang Akhir ini juga meminum Air Maulihayat kemudian seluruh tubuhnya tidak bermaya dan dib.nuh oleh puteranya.

  • Maharaja Li Bian (937-943)

Maharaja pertama dari Selatan Tang ini meminum air maulihayat atas saranan ahli alkimia diraja. Kesan penggunaannya menjadikan baginda cepat marah dan kesihatannya semakin teruk. Pada 30 Mac 943, baginda mengalami sakit tenat dan puteranya, Li Jing datang melawat ayahandanya. Pernah Li Bian mengotakan ayat terakhir di telinga puteranya:

“Beta mengambil ubat yang diperbuat dari emas dan batu untuk panjangkan usia beta, tetapi mereka (ahli alkimia) menyakiti beta. Kamu harus berhati-hati akan hal ini.”

  • Maharaja Jiajing (1521-1567)

Maharaja dinasti Ming ini memulakan projek penghasilan Air Maulihayat saat ia tidak lagi menjadi obsesi maharaja terdahulu dan ahli alkimia diraja. Baginda menggunakan darah haid hamba wanita sebagai bahan utama air maulihayat. Akibat meminum banyak air maulihayat, Jiajing keracunan merkuri dan ketua ahli alkimia yang melarikan diri setelah kemangkatan baginda telah ditangkap.

  • Maharaja Yongzheng (1722-1735)

Maharaja dinasti Qing ini adalah maharaja China terakhir mengamalkan penggunaan air maulihayat dan baginda juga mangkat akibat keracunan merkuri, walaupun terdapat teori lain menyatakan Yongzheng dib.nuh oleh ahli keluarga diraja sendiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.