Moving Forward As One

Betapa Obsesnya Empayar Rom Dengan Darah

2,659

Pada satu ketika, Maharaja Augustus makan malam bersama seorang bangsawan Rom bernama Vedius Pollio. Sedang mereka berdua enak menikmati juadah yang disediakan, tiba-tiba salah seorang khadam baginda secara tidak sengaja memecahkan gelas berkaki yang diperbuat daripada kristal. Berang dengan kecuaian khadam tersebut, Pollio mengarahkan khadam tersebut dicampak ke dalam kolam belut milik Augustus.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Bagaimanapun, Augustus membantah tindakan rakannya itu dan mengarahkan khadam tersebut dilepaskan. Bagi menghilangkan rasa murka terhadap apa yang berlaku, baginda mengarahkan semua gelas kaca di atas meja dipecahkan. Ini sebagai amaran terhadap Pollio agar ingat perbezaan kedudukan dirinya dan Augustus termasuk dari segi penentuan hukuman terhadap pesalah.

Kisah di atas merupakan sekelumit daripada ribuan kisah pembu.nu.han yang menjadi asas pembentukan Empayar Rom. Malah, mengikut legenda penubuhan kota tersebut, Romulus atau salah seorang penyokongnya membu.nu.h kembarnya, Remus selepas kedua-duanya bertelagah tentang lokasi bukit di mana kota yang diasaskan mereka patut dibina.

Rajah 1: Gambaran Romulus membu.nuh kembarnya, Remus.

Di sebalik kegi.la.an orang Rom terhadap da.r.ah, terdapat sesetengah kaedah pembu.nu.han terutama pembu.nu.han hamba yang dilarang oleh undang-undang mereka. Antara kaedah yang diharamkan ialah memba.ka.r orang hidup-hidup atau direjam dengan batu sampai ma_ti. Larangan sebegini mendorong orang Rom menjadi lebih kreatif termasuk mencampakkan pesalah/hamba dari Batu Tarpeia atau dipu_kul berkali-kali sehingga ma_ti.

Kisah dan kaedah pembu.nu.han sebegini dijelaskan panjang lebar oleh Dr Emma Southon menerusi buku terbarunya, A Fa_tal Thing Happened on the Way to the Forum: Mu.rd.er in Ancient Rome. Dalam buku tersebut, antara kaedah yang biasa digunakan ialah r.ac.un, se.ba.tan atau dicampak ke luar tingkap, dari gaung atau tebing tinggi atau ke dalam sungai.

Tetapi menurut beliau, kaedah penyaliban dianggap antara kaedah hukuman paling ke.jam pernah direkodkan dalam sejarah Rom. Ia direka dengan tujuan memalukan pesalah, meningkatkan kesakitan dialami pesalah dan sebagai amaran keras terhadap orang ramai. Biasanya, hukuman ini dikhususkan kepada hamba, la.nun, pengkhianat atau kelompok kelas bawahan. Menurut catatan Tacitus, hukuman ini biasanya dibuat di luar Pintu Gerbang Esquiline dengan satu kawasan khas diperuntukkan untuk hukuman tersebut.

Rajah 2: Gambaran hukuman salib oleh Victor Armand Poirson

Dalam sesetengah kes, penduduk yang tinggal dalam kawasan sama dengan pembu.nuh tidak terlepas daripada dihukum golongan pemerintah. Dalam buku tersebut, disebutkan kisah 400 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak dikumpul, diarak sekeliling kota dan disalib di luar Pintu Gerbang Esquiline selama berhari-hari.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Tetapi hukuman paling menyayat hati dikhaskan bagi pembu.nuh ahli keluarga sendiri. Mereka yang didapati bersalah akan dipu.kul dengan rod besi sebelum dimasukkan dalam guni kulit bersama haiwan seperti anjing, ayam jantan, monyet atau ular. Selepas itu, guni akan diikat dan dicampakkan ke dalam laut. Ini bagi memastikan si pesalah ma_ti dalam keadaan tersek_sa bersesuaian dengan je.na.yah yang dilakukannya.

RUJUKAN:

Cowie, A. (2021). Author Details Institutionalized Mu.rd.er and Vi.ole.nce in Ancient Rome. Ancient-Origins.

Ruangan komen telah ditutup.