Bolasepak di Mesir bukanlah semata-mata sukan kebangsaan atau sekadar hiburan hujung minggu bagi rakyatnya. Ia sukan yang menjadi budaya dan ‘agama’, lambang penyatuan atau perseteruan lebih-lebih antara kelab tempatan, sebagai contoh Cairo Derby melibatkan pasukan Al-Ahly bertemu Zamalik misalnya.

Mesir adalah umpama Brazil atau Argentina di Timur Tengah. Kecintaan mereka pada sukan ini tidak bertepi. Bolasepak adalah escapism rakyat Mesir yang hari-hari mereka dihimpit kesulitan dan perseteruan politik yang tidak kunjung henti sehingga hari ini.

Namun ia tambah membara dan mengganda apabila lahir Firaun baharu mereka, Mohamed Salah.

Di Mesir, Salah adalah umpama dewa. Semua kedai kopi menampal poster Salah di dalam kedai masing-masing. Mural dengan gambar Salah terdapat di segenap lorong dan jalan di Mesir dilukis bersama-sama ikon kebudayaan Mesir, seperti penyanyi bernama Umi Kalthoum dan novelis popular Mesir, Najib Mahfouz.

Jenama Salah bertebaran pada banyak produk, perkhidmatan dan digunakan pada banyak sekali dalam aktiviti perniagaan dan pemasaran di Mesir.

Muka dan nama Salah muncul pada banyak papan iklan, dilagukan dalam jingle promosi di televisyen dan radio di seluruh Mesir. Salah muncul pada produk-produk untuk kanak-kanak seperti tenusu, coklat, manisan dan minuman ringan, selain banyak sekali mempromosi perkhidmatan telekomunikasi dan internet selain wajah yang tidak asing lagi mempromosi pelbagai perkhidmatan perbankan di negara itu.

Malah, Salah turut muncul untuk memperomosikan kempen dan inisiatif anti dadah anjuran kerajaan Mesir. Mereka melaporkan peningkatan sehingga 400% trafik panggilan dari pemanggil yang berhasrat mahu menyertai kempen sebagai sukarelawan ataupun mahu berhenti dari terus terjerumus dengan najis dadah sebaik sahaja mereka berkempen dengan wajah dan nama Mohamed Salah.

Ini belum lagi diceritakan tentang kisah-kisah baik tentang kebajikan yang Salah lakukan demi menyatukan dan menggembirakan rakyat Mesir. Sekalipun banyak antaranya adalah khabar angin semata-mata, ia menunjukkan betapa pada bibir rakyat Mesir, mereka mahu sentiasa menyebut nama Salah.

Pada hati mereka, mereka mahu menyematkan semangat dan kegigihan Salah. Pada pemikiran mereka, Salah adalah penawar yang memberikan harapan dan juga peluang, sinar yang mampu membawa Mesir yang kini sedang dalam kesuraman politik dan ketidakstabilan pasca ‘Arab Spring’ kembali pada zaman kegemilangannya.

Salah hadir membawa era baharu kebebasan dan kegemilangan seorang Mesir. Beliau kini adalah kekasih Mesir.

Selepas perpecahan rakyat dan faksi politik pasca kejatuhan Hosni Mubarak, hati dan perasaan rakyat Mesir kembali menyatu di bawah satu payung apabila pasukan mereka berjaya layak ke akhir Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung seawal Syawal menjelma nanti di Russia.

Ia sesuatu yang mencetus euforia nasional selepas hampir 30 tahun Mesir menanti. Kali terakhir mereka layak ke Piala Dunia ialah pada 1990, dan kali ini mereka ada Mohamed Salah.

Namun sebagaimana umat Liverpool bersedih di atas kekalahan Liverpool semalam pada akhir Liga Juara-Juara UEFA, rakyat Mesir lebih lagi bersedih di atas kecederaan idola penyatuan mereka iaitu Mohamed Salah dalam perlawanan itu.

Didoakan semoga Mohamed Salah akan dapat meneruskan misi penyatuan dan kebangkitan Mesir di dalam Piala Dunia 2018 kelak, sama ada dengan atau tanpa kehadiran beliau di dalam pasukan Mesir kerana masih bergelut dengan kecederaan semalam.

*Mural di bawah adalah salah satu dari banyak mural yang mendewakan Salah sebagai idola Mesir moden kini, di salah satu lorong di Kaherah. Ia menggambarkan Salah dengan latarbelakang piramid, juga dengan tulisan Arab bermaksud;

“Engkau lebih kuat dari dadah”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.