Sebanyak 50 ekor beruang salji berkumpul di pinggir sebuah kampung yang terletak di jauh utara Rusia. Residen kampung menyatakan, pencairan ais artik telah menyebabkan beruang-beruang tersebut tidak mampu berkelana di habitatnya sendiri.

World Wildlife Fund (WWF) cawangan Rusia menyatakan perubahan iklim adalah faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Suhu yang hangat telah menghalang pembentukan ais di kawasan pantai. Tambah mereka lagi, beruang-beruang tersebut telah berkumpul di kawasan sebesar 0.4 batu persegi berhampiran kampung Ryrkaipy di Chukotka yang terletak di timur laut Rusia.

Ada kebimbangan dalam kalangan penduduk sekiranya beruang-beruang salji itu memasuki kampung yang diduduki kurang daripada 1,000 penduduk. Pasukan peronda telah dikerahkan untuk memantau pergerakan mereka.

Perubahan iklim telah menyebabkan kurangnya pembentukan. Tiadanya ais yang terbentuk, haiwan yang berhabitat ais terpaksa pergi ke tempat lain untuk mencari makanan. Penduduk kampung mengumpulkan sembelihan walrus di kawasan beruang itu untuk memastikan mereka tidak berkeliaran dalam kawasan kampung.

Beruang salji biasanya pergi ke kawasan yang tidak diduduki oleh manusia di Artik Rusia untuk mencari makanan dan biasanya mereka hanya menemui sampah. Namun, jumlah beruang yang pergi ke kawasan tersebut semakin meningkat seiring dengan kelajuan pencairan ais. Hal ini menuntut beruang salji itu bersaing untuk mendapatkan makanan.

RUJUKAN:

  1. More Than 50 Polar Bears Are Gathered Outside a Russian Village Because of Melting Ice.  https://www.sciencealert.com/more-than-50-polar-bears-are-stranded-outside-a-russian-village-because-of-melting-coastal-ice

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.