Semua sedia maklum Krisis Pe.lu.ru Berpandu Cuba 1962 merupakan detik paling tegang dalam Pe.ra.ng Dingin. Semasa krisis inilah, dunia menyangka bakal menyaksikan pertembungan nuk.le.ar Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet tetapi ketegangan tersebut berjaya dileraikan. Tetapi tidak ramai tahu, seekor beruang hitam hampir menjadi pencetus pe.ra.ng nuk.le.ar semasa ia tercetus!

Situasi di kebanyakan pangkalan ten.te.ra AS amat genting dengan kebanyakkannya berstatus DEFCON[1] 3. Sementara Pemerintah Strategik  Udara yang mengendalikan kebanyakan aset nuk.le.ar AS berada pada tahap DEFCON 2. Dengan situasi tegang tatkala pentadbiran kedua-dua negara sedang berunding, ten.te.ra-ten.te.ra ini menjadi mudah panik dan cenderung melakukan kesilapan.

Dan ini  yang berlaku pada 25 Oktober 1962 apabila seorang ten.te.ra di Pangkalan Ten.te.ra Udara Duluth hampir membuat kesilapan yang boleh menjadi pencetus Pe.ra.ng Dunia Ketiga (WWIII). Duluth sememangnya diketahui mempunyai simpanan 130 aset nuk.le.ar. Justeru, kawalan keselamatan yang dikenakan pihak ten.te.ra terutama semasa Krisis Pe.lu.ru Berpandu Cuba amat ketat.

Dalam kegelapan malam, seorang pengawal keselamatan melihat kelibat bayang-bayang seseorang yang cuba memanjat pagar. Si pengawal menyangka bayang-bayang itu milik seorang pengintip Soviet yang cuba menceroboh. Tanpa berlengah, dia melepaskan sedas tem.ba.kan amaran ke udara sebelum membunyikan penggera amaran sabotaj.

Tetapi alangkah terkejutnya si pengawal apabila mendapati si penceroboh bukan pengintip Soviet tetapi seekor beruang hitam. Menyedari dia telah melakukan kesilapan besar, si pengawal segera menghubungi pangkalan dan melaporkan apa yang berlaku.  Setelah mendapat laporan berkenaan, komander pangkalan mengarahkan penggera penceroboh dihentikan.

Pada masa sama, 200 batu dari Duluth, Pangkalan  Pengawal Negara Udara Volk Field pula berada dalam keadaan cemas. Pangkalan kecil ini digunakan untuk menempatkan pesawat-pesawat pemintas F-106 Delta Dart sebagai tindak balas terhadap apa yang berlaku di Cuba. Bagaimanapun, ia tidak mempunyai menara kawalan dan paling menakutkan, jurutera tersilap memasang wayar penggera dari Duluth ke Volk Field.

Kebiasaannya, penggera akan dibunyikan untuk memberitahu ada isu pencerobohan di pangkalan berhampiran. Malangnya, kesilapan jurutera yang memasang wayar pada penggera kerahan mengakibatkan semua juruterbang F-106 dikerah ke pesawat masing-masing. F-106 dilengkapi dengan pe.lu.ru berpandu nuk.le.ar Genie dan berupaya mengha.pu.skan seluruh skuadron penge.b.om udara Soviet di Cuba.

Jika itu dibenarkan berlaku, maka pe.ra.ng nuk.le.ar antara kedua-dua pihak akan tercetus. Bagaimanapun, semua itu berjaya dielakkan selepas komander pangkalan menghubungi Duluth dan bertanya apa yang berlaku di sana. Selepas diberitahu si penceroboh ialah seekor beruang hitam, beberapa anggota dihantar ke landasan kapal terbang dengan menaiki Jeep untuk menghalang mereka daripada berlepas.

Insiden sebegini mungkin dianggap insiden terpencil tetapi hakikatnya, ia menunjukkan kedua-dua AS dan Soviet banyak melakukan kesilapan dalam mengendalikan aset nuk.le.ar mereka. Contoh paling mudah, kehilangan aset nuk.le.ar mereka. AS merekodkan kehilangan  enam CENSORED nuk.le.ar dan masih tidak dijumpai sehingga hari ini.

Insiden kehilangan aset nuk.le.ar ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada senario Broken Ar.r.ow[2]. Manakala pihak Soviet pula mengakui hakikat kehilangan 100 aset nuk.le.ar mereka.

Antara insiden Broken Ar.r.ow mereka yang terkenal ialah insiden kapal selam K-171 secara tidak sengaja melancarkan sebutir pe.lu.ru berpandu nuk.le.ar. Kepala pe.le.dak berjaya ditemui selepas pencarian menyeluruh dibuat di perairan Semenanjung Kamchatka membabitkan puluhan kapal dan pesawat.

Siapa sangka kerana seekor beruang hitam, ia hampir-hampir menjadikan Krisis Pe.lu.ru Berpandu Cuba 1962 sebagai permulaan konflik nuk.le.ar. Ia memang melucukan tetapi pada masa sama, satu peringatan betapa hampirnya manusia terjebak dalam konflik sedemikian rupa. Ini menunjukkan dalam detik-detik kritikal, kesilapan kecil boleh mengundang padah kepada sesiapa yang melakukannya.

RUJUKAN:

Beckett, J. (2021). The Time a Black Bear Nearly Set off World CENSORED III. CENSORED History Online.

NOTA KAKI:

[1] Tahap kesediaan ten.te.ra AS dalam menghadapi pelbagai situasi keten.te.raan. Ia dibahagikan kepada lima tahap dari DEFCON 5 (kesediaan secara normal) kepada DEFCON 1 (pe.ra.ng nuklear).

[2] Terma teknikal yang digunakan pihak ten.te.ra AS bagi menerangkan mana-mana insiden sen.ja.ta nuklear yang hilang, dicuri atau dile.tu.pkan secara tidak sengaja.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.