Bersenam Sampai Kegagalan Buah Pinggang?

577

Beberapa tahun lepas, semasa saya bertugas di wad perubatan, saya menerima seorang pesakit, berumur awal 20-an, yang masuk disebabkan oleh gejala-gejala kegagalan buah pinggang akut (acute renal failure), iaitu sesak nafas, keletihan, muntah-muntah dan warna air kencingnya menjadi seperti warna air teh-o.

Apa yang membimbangkan tentang pesakit ini ialah paras creatinine nya iaitu melebihi 1000 mikromol/L berdasarkan ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang.

Untuk pengetahuan anda, creatinine adalah sisa (byproduct) yang dihasilkan oleh otot apabila creatine dipecahkan  menjadi creatinine untuk menghasilkan tenaga,

Creatinine, secara amnya tidaklah merbahaya, namun kerana bahan ini hanya terjejas sedikit sahaja pengubahsuiannya oleh buah pinggang, maka tahap creatinine di dalam darah digunakan untuk mengukur tahap kesihatan buah pinggang seseorang itu.

Creatinine dihasilkan dan didapati di dalam darah, dan selalunya akan disingkirkan oleh buah pinggang melalui air kencing. Jadi sekiranya tahap creatinine dalam darah terlalu tinggi, maka keadaan ini menunjukkan bahawa buah pinggang kita mengalami masalah kerana creatinine gagal disingkirkan daripada darah.

Jadi dalam kes remaja terbabit, creatininenya amat tinggi, dan bukan itu sahaja, kandungan garam merbahaya, iaitu garam kalium (potassium) juga tinggi. Apabila ditanya, dia mendedahkan bahawa dia baru sahaja pulang daripada gim petang hari kejadian, dan apabila dia mengalami sesak nafas, dia terus sahaja ke unit kecemasan. Itulah kali pertama dia ke gim dan sebelum ini dia tidak pernah bersenam seteruk itu. 

Mengikutnya, jurulatih di gim tersebut mengajar dia untuk membuat light weight lifting (beban berat yang rendah), dan high repetition. Dia membuat senaman biceps curl sehingga melebihi 300 ulangan dan menggunakan dumbbell seberat 3 kilogram. Informasi ini amat berguna buat doktor yang merawatnya di unit kecemasan.

Dalam kes ini, disebabkan dia tidak pernah aktif sebelum ini, kesnya di diagnos sebagai Rhabdomyolysis with acute kidney injury. Dalam konteks perubatan, rhabdomyolysis adalah keadaan di mana beban kepada otot yang terlalu tinggi (excessive muscle straining) menyebabkan otot kita mulai koyak dalam skala mikro, dan melepaskan protein yang dinamakan myoglobin serta garam kalium.

Myoglobin adalah toksik kepada buah pinggang, dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kalium pula amat berbahaya kepada jantung pesakit sekiranya terlalu tinggi.

Izinkan saya menerangkan perenggan di atas menggunakan bahasa perubatan dan bahasa inggeris untuk memudahkan pemahaman anda

Because the patient never been to gym prior to this, the exercise that was being taught by the gym trainer, which was low weight with high repetition of biceps curl using a dumbbell weighing 3kg leads to excessive muscle straining.

This excessive muscle straining leads to a breakdown of the muscle fiber, condition known as rhabdomyoloysis (rhabdo – skeletal muscle). The broken muscle fibers began to leak a protein called myoglobin. These myoglobins are toxic particularly to the proximal convulated tubules of nephrons, leading to acute renal failure. On top of that, potassium also was release from the damage muscle, which may leads to disruption of electrical conductivity of the heart.”

Pesakit ini diberikan air secukupnya melalui intravena, dan dia bernasib baik kerana badannya mulai memberi kesan kepada air garam yang diberi. Sesetengah kes bagi pesakit yang kurang bernasib baik, rawatan dialisis terpaksa diberikan. 2 hari kemudian, paras bacaan creatinine nya mula normal, dan dia dibenarkan pulang.

Heavy lifting secara mendadak, mahupun light weight lifting with high repetition merupakan salah satu risiko untuk mengalami rhabdomyolysis. Saya faham, kebanyakkan jurulatih gim berpegang kepada konsep explosive workout, yang bakal mengejutkan otot-otot yang sudah lama berehat.

Namun, mereka perlu faham bahawa risiko ini ada walaupun jarang-jarang berlaku. Saya ingin menasihati untuk sesiapa yang baru sahaja nak memulakan senaman di gim, anda perlu bermula dengan kecil-kecilan. Maksudnya dengan berat yang rendah, dan ulangan yang tidak terlalu tinggi. Kemudian, barulah anda boleh meningkatkan latihan dan senaman secara perlahan-lahan.

RUJUKAN:
Low-Intensity Repetitive Exercise Induced Rhabdomyolysis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4674583/



Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.