Api pilihanraya di Amerika Syarikat sudah mula dipanaskan, dengan tarikh pilihanraya hanya dalam setahun sahaja. Sementara Parti Republikan bersatu di belakang Donald Trump, pembangkang Demokratik dilihat terpecah dengan Bekas Naib Presiden Joe Biden. Seorang lagi calon yang dijangka mampu mewakili parti tersebut ialah Bernie Sanders. Dalam pilihanraya yang lepas, Sanders tidak berjaya mendapat pencalonan dengan partinya agak ghairah dengan Hilary Clinton. Tetapi popularitinya meskipun sudah bertahun tidak berganjak pun, cukup berbeza dengan Mitt Romney yang sudah tenggelam.

Jika dicalonkan dan memenangi pilihanraya, Bernie Sanders mempunyai masa empat tahun untuk melaksanakan impiannya. Kalau benar pada kata-katanya, Sanders merupakan seakan-akan Bruce Wayne, seorang adiwira yang diperlukan bukan dimahukan. Barisan kapitalis Amerika Syarikat tentu sekali tidak mahukan Sanders. Namun rakyat bawahan amat mengharapkan kemenangannya.

Sanders tidak berganjak dari dasarnya untuk menubuhkan sistem penjagaan kesihatan universal yang digelar “Medicare-Untuk-Semua”. Dalam rancangan ini, rakyat Amerika Syarikat akan diberikan insurans kesihatan untuk digunakan bila diperlukan. Dengan erti kata lain, rancangan ini ialah penjagaan kesihatan percuma.

Selain kesihatan, Sanders menyokong pemansuhan bayaran yang membuatkan kolej dan universiti awam 100% percuma. Dibawah Akta Kolej-Untuk-Semua, kerajaan persekutuan dan negeri bakal berpakat menampung kos pembelajaran dalam perkadaran 67%-33%. Bagi pelajar-pelajar sedia ada, Sanders ingin mengurangkan kadar faedah pinjaman pendidikan dengan kenyataan bahawa sangatlah jijik kerajaan persekutuan menjana untung berbilion melalui pinjaman pengajian.

Masalah senjata juga dilihat membaham imej Amerika Syarikat di mata dunia. Maka Sanders ingin mengharapkan senjata “assault rifles” dengan mencadangkan pemeriksaan latar belakang sebelum meluluskan senjata kecil.

Sanders juga mencadangkan pembaharuan keadilan jenayah yang mana beliau berpendapat Amerika Syarikat perlu berbelanja lebih untuk membuat pekerjaan dan peluang pendidikan. Peperangan persekutuan terhadap dadah pun perlu dihentikan, dan digantikan dengan dasar lebih konstruktif. Dan beliau merupakan antara ahli politik yang nampak secara jelas bahawa sistem keadilan Amerika Syarikat sangatlah rasis dimana warga kulit gelap lebih muda mati semasa dalam tahanan.

Yang paling penting sekali bagi negara-negara lain ialah dasar luar negara. Pada tahun 2003, Amerika Syarikat melancarkan peperangan terhadap Iraq. George Bush sebenarnya mendapat restu Senat melalui undi yang Sanders menentang. Malah Sanders juga menentang sebarang campurtangan Amerika Syarikat, bahawa peperangan seharusnya dielakkan. Sanders lebih mahukan dasar luar negara yang bersifat kerjasama menyelesaikan krisis global. Dan perbelanjaan pertahanan Amerika Syarikat pun bakal dipotong dibawah Sanders. Beliau juga lantang mengecam Amerika Syarikat kerana masih menyokong Arab Saudi dalam konflik bersama Yaman. Dan meskipun menyokong persepakatan AS-Israel, Sanders sentiasa mengecam dasar Tel Aviv terhadap Palestin.

Beliau juga dilihat sangat terbuka dengan dasar imigrasi. Amerika Syarikat menjadi kuasa besar dengan gabungan minda dan kudrat daripada para pendatang. Dan Sanders mencadangkan jalan kearah kewarganegaraan kepada pendatang-pendatang tanpa izin melalui program imigrasi yang diperbaharui. Salah seorang daripada staf beliau dalam Kempen 2020 ini merupakan pendatang tanpa izin yang dipelihara program DACA semasa Barack Obama.

Cenderung kearah liberalisme, Sanders tanpa henti menyuarakan sokongan bahawa pengguguran anak perlu diputuskan ibu dan doktor, bukan kerajaan. Rancangan beliau juga ingin memberikan hak ibu untuk menggugurkan anak.

Jadi dengan rancangan-rancangan ini, soalan hampir sama bakal ditanya: dari mana datangnya duit? Sebenarnya Amerika Syarikat mampu berbelanja seberapa banyak mereka mahukan. Dengan memotong perbelanjaan ketenteraan, imbangan fiskal negara boleh menyokong dasar-dasar Sanders. Beliau juga amat menentang kebebasan golongan kaya yang kerap elak cukai. Antaranya ialah syarikat Amazon, Netflix dan GM yang tidak bayar apa-apa pun.

Pada 14 Oktober, Sanders mengumumkan bahawa beliau bakal menaikkan cukai korporat dari 21% (yang diimplementasikan oleh pro-hartawan Trump) ke 35%. Rancangan ini juga memberikan pekerja hak untuk mengundi 45% daripada barisan pengarah bagi syarikat-syarikat awam (dan swasta) dengan perolehan AS$100+ juta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.